backup og meta

Ibu Teruja Untuk Tahu Mengandung Atau Tidak? Jom Semak Beberapa Tanda Ini!

Anda berasa mual, perut kembung dan mood berubah sejak kebelakangan ini? Malah orang sekeliling juga sering menegur ‘eh dah macam ada isi’. Usah bimbang! Ikuti artikel ini yang akan menyenaraikan beberapa cara nak tahu mengandung atau tak yang berkesan dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Ibu Teruja Untuk Tahu Mengandung Atau Tidak? Jom Semak Beberapa Tanda Ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai kesihatan wanita, anda boleh klik di sini.

Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test

Bagi anda yang berpengalaman menjadi seorang ibu sebelum ini, adalah sangat normal jika anda sukar untuk menentukan status mengandung anda yang sebenar. Tahukah anda bahawa anda juga boleh mengetahui cara nak tahu mengandung atau tak tanpa menggunakan pregnancy test?

Sebenarnya terdapat banyak pregnancy test yang boleh dibeli di pasaran, namun anda juga boleh menggunakan cara semula jadi dengan mengesan tahap hCG (human chorionic gonadotropin) iaitu hormon mengandung dalam air kencing anda.

*masukkan disclaimer bila buat ttg tips/ kaedah selain moden*

Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test #1. Cuka

Letakkan dua sudu cuka putih di dalam bekas yang bersih dan campurkan dengan sampel air kencing anda. Tunggu sehingga 3 hingga 5 minit. Sekiranya campuran tersebut berubah warna dan berbuih, ia bermakna anda mengandung. Jika sebaliknya, anda masih belum mengandung.

Cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test #2. Gula

cara nak tahu mengandung atau tak

Salah satu cara nak tahu mengandung atau tak yang mudah adalah dengan menggunakan bahan yang sudah sedia ada di rumah seperti gula. Untuk pengetahuan anda, gula merupakan bahan yang mudah didapati dan dikatakan boleh mengesan kandungan hCG dalam sampel air kencing anda di rumah.

Letakkan satu sudu gula ke dalam mangkuk bersih. Kemudian, masukkan sampel air kencing anda di dalamnya dan biarkan selama 10 minit. Sekiranya gula bergumpal, ini bermakna anda mengandung, namun sekiranya gula tersebut cepat larut, ia bermakna anda belum mengandung lagi.

Cara nak tahu mengandung atau tak #3. Ubat gigi

Gunakan ubat gigi putih sahaja bagi petua ini. Ambil dua sudu besar ubat gigi dan letakkan bersama air kecing di dalam bekas yang bersih. Tunggu sehingga 5 ke 10 minit.

Sekiranya ubat gigi berubah warna dan juga berbuih, ia bermakna anda sudah berbadan dua!

Hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Ramai wanita mudah terpedaya dengan mitos keputusan pregnancy test yang dapat diketahui antara 4 hingga ke 6 hari sebelum tibanya haid. Sebenarnya, keputusan yang lebih tepat boleh didapati dalam jangka masa 7 hingga ke 10 hari selepas kitaran haid biasanya bermula.

Sel-sel yang membentuk plasenta akan merembeskan hCG dan ia dapat dikesan di dalam air kencing dalam jangkaan 6 hingga 14 hari selepas proses persenyawaan dan ovulasi berlaku.

Anda juga digalakkan untuk membuat pregnancy test pada minggu pertama ataupun pada minggu kedua selepas melakukan seks bersama pasangan anda.

Berikut merupakan tip yang anda perlu tahu sebelum menggunakan pregnancy test:

  • Baca arahan alat ujian kehamilan dengan betul
  • Kurangkan minum air
  • Lakukan ujian ketika awal pagi
  • Semak tarikh luput kit ujian mengandung
  • Elak melakukan ujian kehamilan dengan terlalu awal

Cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut

Memegang perut juga merupakan salah satu cara nak tahu mengandung atau tak yang paling mudah. Kebiasaannya, perut yang membuncit merupakan cara yang paling cepat untuk mengetahui anda mengandung ataupun tidak, namun tidak semua perut wanita terlihat buncit di awal kehamilan.

#1. Perut akan berasa kembung ketika ditekan

Jika anda berasa tidak selesa pada bahagian perut seperti kembung dan berangin, ini mungkin petanda bahawa anda sedang mengandung. Keadaan ini akan menyebabkan anda untuk kerap sendawa dan juga terkentut. Ini berlaku kerana peningkatan kadar hormon progesteron (hormon wanita) di dalam badan anda.

#2. Rasa mual dan ingin muntah apabila perut ditekan

tanda mengandung

Simptom ini sering dikaitkan dengan morning sickness dan ia boleh berlaku tanpa mengira siang atau malam. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita akan mengalami tanda seperti ini kerana tahap hormon kehamilan bagi setiap wanita adalah berbeza.

#3. Perut berasa senak dan kejang

Anda juga akan mengalami kekejangan perut seperti gejala pra-menstruasi. Pada waktu ini, anda mungkin akan merasakan simptom kedatangan haid yang biasa anda alami. Simptom ini juga berlaku disebabkan masalah sembelit dan peningkatan aliran darah ke kawasan rahim anda.

Kesimpulan

Jadi, persoalan mengenai cara nak tahu mengandung atau tak anda sudah pun terjawab. Walaupun petua menguji kehamilan di rumah ini sememangnya berkesan, tetapi ia masih seratus peratus belum tepat. Anda juga dinasihatkan untuk membuat ujian darah dan imbasan ultra selepas melakukan ujian mengandung di rumah.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy – Signs And Symptoms. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-signs-and-symptoms Accessed on October 9, 2023.

Pregnancy Tests. https://my.clevelandclinic.org/health/diagnostics/9703-pregnancy-tests. Accessed on October 9, 2023.

Hormones During Pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/hormones-during-pregnancy Accessed on October 9, 2023.

Are You Pregnant? http://www.myhealth.gov.my/en/are-you-pregnant/. Accessed on October 9, 2023.

Pregnancy Hormones: Progesterone, Oestrogen, And The Mood Swings. https://www.nct.org.uk/pregnancy/how-you-might-be-feeling/pregnancy-hormones-progesterone-oestrogen-and-mood-swings Accessed on October 9, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anda Baru Saja Hamil 1 Bulan? Tolong Elakkan & Jauhkan 8 Jenis Makanan Ini Ya!

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan