Pada minggu ini, sudah menginjak minggu keempat anda menjalani ibadah puasa. Pastinya badan anda sudah selesa dengan norma seharian yang tidak boleh makan dan minum. Pasti anda merasai perut semakin kempis bukan? Itulah antara hikmah berpuasa !
Bulan Ramadan bukan sekadar bulan untuk beribadah dan berpuasa, tetapi juga masa yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti riadah.
Walaupun penat menjalani ibadah puasa, tidak menjadi halangan untuk mengamalkan gaya hidup aktif.
Dalam artikel ini, kita akan kongsikan hikmah berpuasa dan apa aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.
Hikmah berpuasa untuk kesihatan
Mari kita kenali hikmah berpuasa di bulan Ramadhan dari sudut kesihatan.
1. Mampu mengawal gula dalam darah dengan lebih baik
Tahukah anda, puasa boleh membantu mengawal paras gula dalam darah? Hal ini kerana, ia mengurangkan rintangan insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Ini terjadi disebabkan apabila seseorang berpuasa, badan terpaksa menggunakan glukosa yang disimpan untuk tenaga, yang membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
Hikmah berpuasa untuk kesihatan #2. Membantu untuk menurunkan berat badan

Salah satu hikmah berpuasa di bulan ramadan ialah ia membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan metabolisme.
Apabila badan menyesuaikan diri dengan jumlah makanan dan minuman yang terhad pada siang hari, ia menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga yang penting.
Untuk menurunkan berat badan, ia selari dengan hadkan jumlah kalori ketika sahur dan berbuka dan melakukan senaman.
Ini membawa kepada pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Dengan itu, metabolisma badan juga boleh bertambah baik dan menjadikannya lebih cekap dalam membakar kalori.
Hikmah berpuasa untuk kesihatan # 3. Meningkatkan sistem imunisasi
Salah satu hikmah berpuasa di bulan Ramadan ialah meningkatkan sistem imun di dalam badan.
Semasa berpuasa, badan beralih daripada menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama kepada menggunakan keton yang dihasilkan daripada simpanan lemak.
Peralihan ini mengaktifkan autophagy, di mana badan mula memecahkan dan mengitar semula sel-sel yang rosak, termasuk yang berada dalam sistem imun.
Autophagy membantu meningkatkan fungsi sistem imun dengan membuang sel imun yang lama atau rosak dan menggantikannya dengan yang baru dan sihat.
Hikmah berpuasa untuk kesihatan # 4. Dapat tidur yang lebih baik
Antara hikmah berpuasa yang lain ialah dapat membantu meningkatkan tidur.
Sebagai contoh, ia mampu untuk mengurangkan tahap hormon stres kortisol yang boleh mengganggu tidur.
Selain itu, puasa dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon melatonin yang menggalakkan tidur.
Dengan menyelaraskan irama semula jadi badan dengan kitaran tidur-bangun, berpuasa boleh membantu meningkatkan kualiti dan tempoh tidur anda.
Hikmah berpuasa untuk kesihatan # 5. Tekanan darah berkurangan
Percaya atau tidak, antara hikmah berpuasa , ia dapat mengurangkan tekanan darah dengan mengurangkan jumlah natrium dalam badan yang menjadi faktor yang berlakunya hipertensi.
Ia juga menggalakkan penurunan berat badan, yang boleh menyumbang lagi untuk menurunkan tekanan darah.
6. Mengawal kolesterol ‘buruk’ dan kesihatan jantung
Antara perkara lain yang anda harus tahu, hikmah berpuasa kepada manusia ialah dapat membantu mengawal kolesterol jahat, atau dikenali sebagai kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).
Apabila badan dalam keadaan berpuasa, ia akan menggunakan lemak yang disimpan sebagai tenaga, yang boleh membantu mengurangkan tahap trigliserida dan kolesterol LDL dalam darah.
7. Memperbaiki pemakanan yang tidak teratur

Ramadan mengajak kita untuk makan secara berdisiplin untuk menggalakkan kita mengambil hidangan mengikut kemampuan diri sendiri. Hal ini membantu anda memperbaiki tabiat makan menjadi lebih teratur.
Tabiat baik ini membantu dalam pencernaan yang sihat dan juga mengekang keinginan anda untuk makan snek dengan berlebihan yang merupakan sumber kalori kosong dan tabiat pemakanan yang buruk merupakan hikmah berpuasa yang bermanfaat kepada diri.
8. Detoks badan daripada toksin, adalah hikmah berpuasa untuk kesihatan
Apabila anda berpuasa, sistem pencernaan diperbaharui dan membantu badan menyahtoksik dengan membenarkan hati memproses dengan lebih baik.
Hal ini kerana, badan beralih kepada menggunakan lemak yang disimpan untuk tenaga.
Tempoh detoks ini membolehkan badan menyingkirkan bahan berbahaya, membawa kepada kulit yang lebih bersih, penghadaman yang lebih baik dan tahap tenaga yang lebih tinggi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan
1.Berjalan
2. Berbasikal
3. Latihan bebanan (weight training)

Elakkan daripada bersenam pada waktu tengah hari. Sebagai alternatif, anda boleh melakukan aktiviti di atas sebelum sahur, 1jam sebelum berbuka ataupun selepas berbuka dan selepas melakukan solat terawih.
Usah paksa diri melakukan aktiviti riadah.
Sebelum anda aktiviti riadah ketika sedang berpuasa, pastikan anda telah mendapatkan rehat dan makan yang cukup sebagai bekalan tenaga sepanjang hari. Hal ini kerana, ia boleh memberi risiko kepada individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu.
Diharapkan perkongsian mengenai hikmah berpuasa di bulan ramadhan dapat membuka mata anda untuk mengenali dna memahaminya dari aspek kesihatan.
[embed-health-tool-heart-rate]