backup og meta

Cuping Telinga Anda Bengkak, Merah & Sakit? Ia Mungkin Bukan Sekadar Jerawat!

Cuping Telinga Anda Bengkak, Merah & Sakit? Ia Mungkin Bukan Sekadar Jerawat!

Setiap kali mengalami cuping telinga bengkak dan merah, mungkin ramai yang hanya akan sangka bahawa ia adalah sekadar jerawat.

Ya, anda mungkin benar namun juga mungkin silap mengenai penilaian ini kerana ada juga sebab lain yang menyebabkannya.

Untuk mengetahui apa punca masalah ini yang lain selain jerawat, jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.

Cuping telinga bengkak dan merah angkara jerawat?

Antara punca kondisi ini berlaku adalah kehadiran jerawat yang boleh timbul pada mana-mana bahagian kulit tubuh badan.

Jika kondisi ini berlaku, ia mungkin disebabkan oleh kehadiran minyak dan peluh berlebihan atau sel kulit mati pada kawasan terbabit.

Namun ia bukanlah merupakan satu kondisi yang berbahaya dan dalam kebanyakan kes akan hilang dengan sendirinya.

Sila berjumpa dengan doktor sekiranya jerawat pada cuping telinga ini tidak hilang setelah sekian lama untuk rawatan lanjut.

cuping telinga bengkak

Ini kerana anda juga mungkin tersalah anggap bahawa ia adalah jerawat sedangkan kondisi ini juga mungkin ada dalang yang lain!

Ada punca lain cuping telinga bengkak dan merah!

Kadangkala, kita sendiri mungkin tidak sedar bahawa berlaku sesuatu yang tidak normal pada cuping telinga dan menyangka ia hanya sekadar jerawat.

Tidak, ada beberapa punca lain masalah ini boleh berlaku termasuklah:

#1. Kesan tindik telinga

Ini merupakan punca kebengkakan dan kemerahan pada cuping telinga yang paling biasa serta mungkin boleh dianggap sebagai normal.

Namun ia mungkin berisiko menjadi lebih teruk jika cuping telinga mengalami jangkitan atau alahan terhadap anting-anting yang dipakai.

Jika ia menyebabkan rasa sakit dan tidak kebah selepas beberapa hari, berjumpa dengan doktor segera okay?

#2. Jangkitan telinga

Ada juga kemungkinan ia disebabkan oleh jangkitan telinga luar yang turut dikenali sebagai otitis externa atau swimmer’s ear.

Jangkitan ini adalah biasa dialami oleh golongan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang sangat gemarkan aktiviti berenang.

#3. Alahan telinga

Seperti yang telah kami nyatakan di atas, perhiasan yang dipasang pada telinga seperti anting-anting boleh membawa kepada alahan.

Ia adalah disebabkan sebatian nikel yang selalu terdapat pada emas, perak, besi atau logam serta boleh menyebabkan kulit bengkak dan merah.

cuping telinga bengkak

Punca cuping telinga bengkak dan merah #4. Kecederaan

Sebarang jenis kecederaan yang berlaku pada cuping telinga boleh menyebabkan kebengkakan atau kemerahan padanya.

Antara punca ia berlaku adalah anting-anting terlalu ketat, gigitan haiwan, sengatan serangga atau terlalu kuat menggaru.

#5. Hematoma auris

Jika anda perasan, kebanyakan ahli gusti, tinju atau atlet pertahanan diri cenderung memiliki bentuk telinga yang aneh bukan? Kondisi ini adalah penyebab ia berlaku!

Kondisi ini akan menyebabkan kelainan pada pembentukan telinga yang biasa berlaku akibat kecederaan ketika bersukan dengan lasak atau ganas.

Ia disebabkan oleh darah yang terkumpul dan tersumbat pada bahagian luar telinga lantas mengakibatkan kecacatan kekal jika tidak dirawat.

#6. Mastoiditis

Mastoidis adalah kesan jangkitan pada tulang mastoid yang terletak di bahagian dalam telinga dan mempunyai struktur unik berbanding tulang lain.

Ini kerana ia mengandungi sac udara dan berbentuk seperti span yang sangat mudah terjejas sekiranya berlaku keabnormalan pada kawasan berdekatan.

Selain menyebabkan kebengkakan pada cuping telinga, kalian juga mungkin akan mengalami:

  • Lelehan keluar daripada dalam telinga
  • Pening kepala
  • Demam ringan
  • Pekak

cuping telinga bengkak

Punca cuping telinga bengkak dan merah #7. Ketumbuhan

Ketumbuhan pada bahagian ini adalah disebabkan oleh sista atau abses kulit – ketulan atau benjolan yang berisi dengan nanah.

Kebiasaannya, ia adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ketumbuhan ini boleh terus membesar jika tidak segera dirawat.

Pada mulanya, anda mungkin akan menyangka bahawa ia hanya jerawat yang kecil namun ia mungkin petanda gejala lebih berbahaya!

#8. Selulit

Akhir sekali, punca cuping telinga bengkak dan merah mungkin disebabkan oleh sejenis kondisi kulit bernama selulit yang boleh berlaku pada seluruh kulit tubuh badan.

Biasa berlaku pada muka, kondisi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria ini akan menyebabkan kulit seakan timbul di sekitar.

Ia juga boleh membawa kepada kondisi yang lebih serius jika tidak segera dirawat, jadi sila cepat jumpa doktor untuk tahu bagaimana cara rawat telinga bengkak dan berdenyut ini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ear Problems, https://familydoctor.org/symptom/ear-problems/, Accessed Apr 1 2021.
  2. Ear Piercing Symptoms, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/ear-piercing-symptoms/, Accessed Apr 1 2021.
  3. Mastoiditis in Children, https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/m/mastoiditis-in-children.html, Accessed Apr 1 2021.
  4. Cauliflower Ear, https://www.nationwidechildrens.org/specialties/sports-medicine/sports-medicine-articles/cauliflower-ear-article, Accessed Apr 1 2021.
  5. Swimmer’s Ear, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/swimmers-ear, Accessed Apr 1 2021.

Versi Terbaru

21/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

Panik Lihat Kahak & Hingus Seakan Berdarah? Ini 6 Puncanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan