backup og meta

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/05/2023

    5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

    Mungkin ramai yang akan kata mereka tidak ada masa untuk sakit kepala, namun bagaimana pula jika sakit tekak? Musim hujan panas begini sudah pasti ramai yang mencari-cari petua hilang sakit tekak.

    Sakit tekak juga adalah salah satu kondisi yang akan mengakibatkan kehidupan seharian kita terganggu dan terjejas!

    Ini terutamanya jika anda bekerja sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara, peniaga atau apa-apa sahaja kerjaya yang memerlukan suara sebagai aset utama.

    Untuk menyelesaikannya, sudah pasti ada dalam kalangan kita yang akan mencari ubat sakit tekak.

    Persoalannya, adakah ia berkesan? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Baca lebih lanjut tentang Keadaaan Telinga, Hidung & Tekak di sini.

    Cari petua hilang sakit tekak? Fahami dulu kondisi ini

    Sakit tekak merujuk kepada rasa sakit, pedih, perit atau gatal pada tekak yang akan menjadi lebih teruk ketika menelan air liur, makanan dan minuman.

    Kebiasaannya, ia berpunca daripada pharyngitis yang merupakan jangkitan virus akibat demam, selesema atau flu dan akan sembuh dengan sendiri.

    Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (streptococcal infection) yang memerlukan pengambilan antibiotik untuk merawatnya.

    Sekiranya ia bukan berlaku akibat daripada virus atau bakteria, maka sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

    Pun begitu, siapa yang ada masa untuk sakit tekak sehingga perlu berjumpa doktor?

    Inilah punca ramai orang gemar mengambil pil yang dihisap sehingga larut iaitu lozeng! Namun, persoalannya, adakah lozeng satu-satunya petua hilang sakit tekak? Jom teruskan pembacaan anda.

    petua hilang sakit tekak

    Adakah lozeng petua hilang sakit tekak yang berkesan?

    Kami faham bahawa ramai orang memang sangat gemar mencari lozeng untuk melegakan tekak di farmasi, klinik atau pasar raya.

    Ini ekoran ia sangat popular dan mempunyai pelbagai jenama, perisa dan jenis yang anda boleh pilih mengikut kesukaan diri.

    Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan sebagai petua hilang sakit tekak?

    Jawapannya adalah ya, tentu sekali kerana lozeng mengandungi beberapa sebatian yang mampu membantu melegakan tekak seperti:

    • Menthol
    • Tylenol
    • Amylmetacresol

    Lebih menarik, lozeng ini didatangkan dengan bentuk dan rasa seakan gula-gula lantas membuat individu yang tidak gemar makan ubat mampu mengambilnya.

    Adakah terdapat sebarang alternatif yang lain?

    Ya, ada. Jom sama-sama kita ikuti alternatif untuk merawat sakit tekak seperti berikut:

    #1. Madu

    Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, madu adalah sangat bagus untuk merawat masalah tekak.

    Menurut sebuah kajian, telah terbukti bahawa ia mampu melegakan batuk pada waktu malam, lebih bagus berbanding ubat batuk biasa.

    Bukan itu sahaja, kajian juga membuktikan bahawa madu adalah sangat bagus untuk membantu merawat luka.

    Ini sekali gus menjadikannya sebagai ramuan terbaik untuk merawat sakit tekak.

    #2.  Pudina

    Pudina sangat popular dicampurkan dalam ubat gigi ekoran kemampuannya untuk membuat nafas lebih segar.

    Dalam pada itu, ia juga mengandungi menthol yang mampu menipiskan lapisan mukus dalam mulut sekali gus melegakan batuk dan sakit tekak.

    Selain menthol, pudina juga tinggi sebatian antiradang, antibakteria dan antiviral yang bagus untuk merawat luka.

    Jika digabungkan kesemuanya, ia lebih daripada mampu untuk merawat sakit tekak.

    petua hilang sakit tekak

    #3. Cuka epal

    Secara semula jadinya, cuka epal memang tinggi sebatian antimikrobial yang mampu melawan pelbagai jangkitan.

    Disebabkan sifatnya yang asidik, ia berupaya membantu menipiskan lapisan mukus dalam mulut dan tekak lantas menghalang mikrobial dari merebak.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa ia mungkin mendatangkan efek sampingan buat mereka yang sensitif terhadap cuka.

    Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

    #4. Bawang putih

    Bawang putih adalah tinggi kandungan allicin, sebatian organosulfer yang berfungsi melawan pelbagai jangkitan.

    Menurut kajian, pengambilannya dalam diet seharian anda mampu menghalang diri daripada terkena demam atau selesema yang biasa.

    Dalam pada itu, ia juga boleh digunakan sekiranya anda mempunyai masalah sakit atau gatal pada tekak anda.

    Ini adalah disebabkan bawang putih juga mempunyai sifat antimikrobial yang mampu mencegah jangkitan.

    petua hilang sakit tekak

    #5. Serbuk penaik juga boleh jadi petua hilang sakit tekak?

    Akhir sekali, ini adalah satu alternatif yang agak pelik.

    Menurut The National Cancer Institute, kumur air garam bercampur serbuk penaik mampu melegakan sakit tekak kerana ia boleh membunuh bakteria selain menghalang pertumbuhan yis dan kulat.

    Caranya, campurkan 1/4 sudu kecil serbuk penaik, 1/8 garam dan 1 cawan air suam kemudian kumur sebagai alternatif ubat sakit tekak.

    Pun begitu, ini semua hanyalah cadangan yang boleh membantu sahaja.

    Sebaiknya, dapatkan konsultasi daripada doktor pakar terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan