Tidur Pakai Anting-anting, BOLEH Jika Baru Bertindik, TAPI Kalau Dah Lama, Tanggalkan, BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menindik telinga merupakan ikon fesyen yang terkenal sejak dahulu lagi. Selalunya, selepas menindik telinga, pesanan yang diberikan ialah tidak perlu untuk membuka anting-anting telinga selama beberapa hari atau minggu.

Ini bermakna anda dibenarkan untuk tidur dengan anting-anting baru anda.

Namun begitu, keadaan ini tidak sama untuk tindikan yang sudah lama. Anda sepatutnya membuka anting-anting anda sebelum tidur.

Mengapa begitu? Teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut mengenai kemudaratan tidur dengan anting-anting bagi diri anda.

Situasi di mana anda BOLEH tidur dengan anting-anting telinga

Bolehkah kita tidur dengan anting-anting telinga?

Jawapannya ya, tapi spesifik untuk satu situasi sahaja di mana anda baru sahaja menindik telinga. Selalunya, ia mengambil masa 6 minggu atau lebih untuk anda membiarkan anting-anting telinga tanpa dibuka.

Selain itu, anda tidak sepatutnya tidur dengan anting-anting anda.

Jika anda risau akan tindikan anda tertutup, anda boleh memakai anting-anting yang kecil sahaja. Tidak perlu untuk memakai yang besar atau berjuntai ketika tidur kerana ia akan menyebabkan telinga anda berasa sakit.

Mudarat tidur dengan anting-anting

Cuping telinga boleh terobek

Ketika anda sedang nyenyak tidur, anting-anting anda boleh tersangkut pada sarung bantal anda. Jika tidak disedari dan bergerak dengan perlahan, anda berisiko untuk mengoyakkan cuping telinga anda.

Risiko ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya anda memakai anting-anting yang besar, bergelung atau berjuntai.

Jika koyakan teruk, anda harus mendapat rawatan dan jahitan daripada hospital.

menindik telinga

Alergi kepada nikel meningkat

Alergi kepada nikel mudah terjadi kepada mereka yang kerap tidur bersama anting-anting.

Nikel ialah sejenis logam yang kerap digunakan dalam pembuatan barang kemas. Kajian mendedahkan secara purata 30% daripada orang yang memakai anting-anting sensitif terhadap nikel.

Tanda dan simptom alergi kepada nikel ialah kemerahan atau pertukaran warna kulit, timbul ruam yang gatal, kulit kering seakan dibakar dan dalam keadaan yang lebih teruk boleh menjadi lepuh dan mengeluarkan cecair.

Cara terbaik untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku adalah dengan memakai barang kemas hipoalergenik atau yang diperbuat daripada titanium, emas dan perak.

Jangkitan kuman senang terjadi

Seandainya anting-anting anda tidak pernah dibersihkan atau disterilkan, risiko untuk mendapat jangkitan kuman sangat tinggi.

Bukan anting-anting sahaja yang harus dibersihkan, malah tindikan anda juga.

Tanda dan simptom jangkitan kuman di tindikan telinga anda ialah kemerahan, rasa sakit dan pedih, bengkak dan lebih teruk bernanah.

Tindikan anda senang dibersihkan dengan larutan garam steril.

Pertama sekali, basuhlah tangan anda. Kemudian cuci tindikan anda dengan larutan tersebut. Akhir sekali, ambillah kapas yang bersih untuk mengeringkan tindikan.

tidur dengan anting

Tidur dengan anting-anting penyebab sakit kepala

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana memakai anting-anting ketika tidur mampu menyebabkan sakit kepala? Jawapannya mudah sahaja.

Jikalau anda tidur dengan anting-anting yang besar dan berjuntai, ia akan memberi tekanan kepada kepala anda.

Tidur dalam posisi yang lebih lama menyebabkan lebih banyak tekanan diletakkan di kepala anda. Sesudah anda bangun tidur, anda pasti akan merasa sakit kepala!

Jika anda baru sahaja menindik telinga dan anting-anting membuatkan anda tidak selesa, maka cuba posisi tidur yang lain untuk sementara.

Bolehkah tindikan baru dibuka?

Sepatutnya, anda membiarkan anting-anting yang diberikan selama beberapa minggu untuk memastikan lubang tindikan sembuh sepenuhnya. Usah risau, kerana selalunya anting-anting yang diberikan ialah hipoalergenik.

Jika anda merasa kurang selesa semasa tidur, mintalah kepada penindik anda anting-anting yang lebih rata dan kecil.

Anda harus ingat juga untuk tidak kerap menyentuh tindikan baru anda kerana berisiko mendapat jangkitan kuman. Pastikan anda cuci tangan terlebih dahulu jika ingin menyentuhnya.

Konklusi

Sebelum anda menindik telinga atau bahagian badan yang lain, pastikan kulit di sekitarnya tidak mempunyai luka atau jangkitan kuman.

Selain itu, anda haruslah peka dalam memilih tempat untuk menindik. Pilihlah tempat yang bersih, dan pakar dalam menindik supaya dapat mengurangkan risiko-risiko lain.

Elakkan daripada mandi di kolam renang, tab panas, sungai dan sebagainya semasa tindikan anda dalam proses penyembuhan.

Jika terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, sila rujuk doktor anda dengan segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

jerawat dalam telinga

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan, Ya! BAHAYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
tindik telinga

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
sebelum tindik telinga

8 Perkara Yang Anda MESTI Tahu Sebelum Ambil Keputusan Untuk Tindik Telinga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/04/2019 . 3 minit bacaan