backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!

    Kerap terjadi apabila berada di tempat dengan altitud tinggi, sudah pasti ramai yang akan tertanya kenapa telinga berdesing bukan?

    Tidak kurang juga ramai yang akan mengaitkan punca telinga berdengung dengan jangkitan pada dalam telinga dan ia memang tepat!

    Namun sebenarnya terdapat banyak lagi sebab kenapa telinga berdengung, jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

    Kenapa telinga berdesing terjadi?

    Setiap orang mesti akan pernah mengalami keadaan kesihatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

    Kondisi yang lebih dikenali sebagai tinnitus ini pada dasarnya bukanlah merupakan simptom penyakit yang berbahaya.

    Ini kerana ia biasa terjadi untuk tempoh masa yang sekejap sahaja dan boleh pulih dengan sendirinya seiring perjalanan waktu.

    Namun ada juga punca kenapa telinga berdengung yang berbahaya dan memerlukan perhatian lebih khusus termasuklah:

    kenapa telinga berdesing

    #1. Jangkitan dalam telinga

    Jangkitan yang dinamakan sebagai ‘otitis media’ ini mungkin boleh menyebabkan telinga berdesing namun ia adalah sangat jarang berlaku.

    Disebabkan oleh kuman, jangkitan ini juga akan menyebabkan telinga tersumbat serta gegendang telinga pecah yang memerlukan rawatan lanjutan.

    #2. Terdedah kepada bunyi kuat

    Ini selalu terjadi khususnya buat mereka yang sering menggunakan earphone atau headphone dengan kelantangan yang kuat dan lama.

    Selain itu, mereka yang bekerja dalam sektor buruh juga berisiko terdedah kepada bunyi kuat berterusan atau berpanjangan pada telinga.

    Punca kenapa telinga berdesing #3. Presbycusis

    Ia adalah istilah perubatan untuk menerangkan kehilangan pendengaran frekuensi tinggi yang sering dialami oleh orang tua.

    Gejala yang turut melibatkan telinga berdengung ini berlaku disebabkan oleh gegendang telinga yang terjejas akibat penuaan.

    #4. Kecederaan pada kepala atau tengkuk

    Untuk pengetahuan anda, struktur dalaman telinga sangat sensitif pada perubahan drastik posisi kepala mahupun tengkuk.

    Sekiranya kepala atau tengkuk terhentak atau tercedera, sistem pendengaran juga mungkin boleh terjejas lantas menyebabkan tinnitus.

    #5. Kesan ubatan tertentu

    Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh jadi punca telinga berdengung antaranya gentamicin, aspirin dan anti malaria.

    Disebabkan itu, anda perlu dapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu sekiranya kena mengambil ubatan seperti yang dinyatakan di atas.

    kenapa telinga berdesing

    Punca kenapa telinga berdesing #6. Ketumbuhan

    Ada ketumbuhan bernama Schwannoma Vestibular yang berasal dan terbentuk pada bahagian urat saraf telinga vestibular.

    Ketumbuhan ini seterusnya akan menyebabkan gejala seperti tinnitus, pening kepala, kebas muka, badan tidak seimbang serta pekak.

    #7. Masalah pada salur darah

    Aliran darah yang tidak selari di dalam salur darah arteri atau vena berdekatan dengan telinga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing.

    Sekiranya tidak dirawat dengan segera, kondisi ini boleh membawa kepada komplikasi lebih teruk lantas mengakibatkan strok (angin ahmar).

    Punca telinga berdengung #8. Tahi telinga mengeras lalu tersumbat

    Akhir sekali, masalah ini mungkin hanya berpunca daripada tahi telinga yang mengeras lalu tersumbat dalam telinga.

    Oleh itu, anda perlu lebih kerap membersihkan telinga dengan cara yang betul agar ia tidak terlalu keras dan banyak lalu tersumbat.

    kenapa telinga berdesing

    Apa yang boleh kalian lakukan?

    Kebiasaannya, kes-kes kenapa telinga berdesing atau berdengung seakan bunyi alien ini akan kembali normal tanpa sebarang rawatan.

    Pun begitu, ia sangat bergantung kepada punca ia berlaku dan diagnosis doktor amatlah diperlukan untuk menentukan tahap keparahan kondisi ini.

    Sementara itu, ada beberapa cara yang kalian boleh cuba lakukan untuk mengurangkan dan mengelakkan masalah ini daripada terus berulang.

    Pertama sekali, kalian boleh cuba menelan air liur banyak kali dalam usaha membuka kembali tiub dalam telinga yang tersumbat itu.

    Ataupun, kalian juga boleh mencuba dengan menguap, mengunyah sesuatu atau menarik nafas sedalam yang mungkin.

    Sekiranya ia masih menghantui, adalah sangat disarankan untuk anda segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut yang sepatutnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan