Rasanya kita semua pernah dimomokkan dengan kepercayaan di mana perlu mengetuk telinga lagi sebelah jika air masuk dalam telinga.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Rasanya kita semua pernah dimomokkan dengan kepercayaan di mana perlu mengetuk telinga lagi sebelah jika air masuk dalam telinga.
Ini kerana aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di dalam bilik air juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku lalu menyebabkan ketidakselesaan.
Persoalannya, apakah yang perlu dan tidak perlu dibuat untuk mengeluarkan air masuk dalam telinga?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang ENT, sila dapatkannya di sini.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu akan bahayanya terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu.
Ini kerana kita semua sangat kerap terdedah kepada air terutamanya ketika membersihkan diri sendiri.
Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk dalam telinga.
Meskipun ia normal dan biasa, kalian tidak harus memandang ringan akan perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan begitu sahaja.
Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear.
Apakah ia? Ia adalah sejenis jangkitan yang berpunca daripada bakteria!
Jika dijangkiti dengannya, inilah yang akan terjadi apabila telinga masuk air:
Disebabkan itu, adalah penting untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga dengan cara yang akan kami nyatakan di bawah nanti.
Air masuk ke telinga mungkin akan menyebabkan anda kekurangan atau kehilangan pendengaran yang boleh jadi bersifat sementara atau kekal jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan susulan.
Jadi, apa yang perlu dibuat sekiranya keadaan ini terjadi?
Adalah sangat disarankan untuk kalian pergi berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang diagnosis mengenai telinga masuk air.
Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu cara yang betul untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga melalui 5 langkah yang kami berikan di atas tadi.
Berbalik pula pada persoalan utama artikel ini iaitu apakah 3 perkara yang menjadi pantang larang tersebut?
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi jika cuba merawat keadaan ini.
Ketahuilah bahawa penggunaan teknik yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.
Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan lebih teruk.
Oleh itu, JANGAN buat 3 perkara ini jika air masuk telinga:
Konklusinya, sila buat 5 langkah dan elak 3 perkara di atas ini untuk menyelesaikan masalah air masuk dalam telinga anda okay!
Mungkin ramai yang menyangka bahawa tiada apa yang perlu dibuat jika air masuk ke telinga kerana ia akan keluar dengan sendiri.
Ya, pemikiran sebegitu mungkin ada benarnya namun ketahuilah bahawa kalian juga berisiko mendapat jangkitan bakteria yang teruk.
Dalam pada itu, mencegah air masuk telinga adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi sila elak ia daripada berlaku!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika melakukan aktiviti yang melibatkan air.
Tidak kira sama ada kalian mandi di dalam bilik air rumah sendiri atau di takungan air awam, langkah ini wajar diamalkan untuk langkah berjaga-jaga.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen