Ada Masalah Pendengaran? Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan! Baca Ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pekak adalah satu keadaan di mana individu tidak mampu untuk mendengar sebarang bunyi atau suara yang terhasil di sekeliling mereka.

Ini menjadikan golongan kurang bernasib baik ini mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Namun dengan kemajuan teknologi masa kini, sudah ada alat yang mungkin boleh membantu kalian mendengar.

Ia dinamakan sebagai alat bantu pendengaran! Apakah ia dan bagaimana ia berfungsi?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Alat bantu pendengaran untuk orang pekak

Alat bantu pendengaran adalah sejenis alat yang membolehkan orang pekak memperbaiki atau memulihkan semula pendengaran mereka.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 komponen utama pada alat ini iaitu:

  • Mikrofon
  • Amplifier
  • Fon telinga
  • Bateri

Ia berfungsi dengan cara menerima bunyian yang terhasil di sekeliling melalui mikrofon lalu menukarkan tenaga bunyi kepada elektrik.

Kemudian, amplifier akan memproses gelombang tersebut lalu menghantarnya ke telinga melalui fon telinga untuk golongan ini mendengar.

Terdapat 3 jenis alat bantu pendengaran yang utama dan ia dibezakan melalui tempat di mana alat ini diletakkan pada kawasan telinga iaitu:

  • Alat bantu dengar belakang telinga
  • Alat bantu dengar dalam telinga
  • Alat bantu dengar dalam salur telinga

Pemilihan jenis-jenis alat ini adalah sangat bergantung kepada tahap keterukan masalah pendengaran ataupun kesesuaian mengikut individu masing-masing.

Persoalannya, siapa sahaja yang boleh menggunakan alat ini?

masalah pendengaran

Untuk siapa alat bantu pendengaran?

Setiap kali terlintas soalan sebegini, sudah pasti jawapan yang paling mudah akan terkeluar adalah untuk orang pekak sahaja bukan?

Ya, namun ia sangat bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Golongan utama yang memerlukannya adalah orang pekak yang mengalami kerosakan pendengaran teruk sehingga menjejaskan kebolehan untuk mendengar dan berkomunikasi.

Keputusan untuk menggunakannya pula bukan hanya tertakluk kepada kemahuan penderita masalah pendengaran itu sendiri kerana saranan doktor pakar juga sangat diperlukan.

Faktor-faktor berikut perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat:

  • Tahap pendengaran berdasarkan ujian klinikal
  • Jenis pekerjaan
  • Masalah perubatan
  • Gaya penampilan
  • Aktiviti seharian yang dilakukan
  • Kos alat bantu pendengaran

Jadi, sila pastikan kalian telah berbincang dengan golongan profesional sebelum sebarang keputusan dibuat okay?

Perlu pakai satu atau dua pada telinga?

Ada kemungkinan di mana individu akan mengalami masalah pendengaran pada sebelah telinga sahaja atau kedua-duanya sekali.

Jika anda hanya pekak sebelah telinga, doktor mungkin tidak mengesyorkan penggunaan alat ini kerana anda masih boleh mendengar.

Namun bagaimana jika anda pekak kedua-dua belah telinga? Ya, anda mungkin perlu menggunakannya!

Sama ada hanya perlu pakai satu atau dua alat ini, ia adalah sangat bergantung kepada cara anda menjalani kehidupan seharian.

Paling penting, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang bakal mengubah kehidupan anda ini.

pendengaran

Alat bantu pendengaran ada pro dan kontra?

Setiap perkara pasti ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri dan alat bantu pendengaran ini juga tidak boleh lari daripadanya.

Kelebihan

  • Dapat membantu orang pekak mendengar
  • Dapat membantu orang pekak berkomunikasi
  • Adalah sangat mudah dan cepat untuk dipasang
  • Terdapat pelbagai jenis mengikut kesesuaian dan kemampuan

Kekurangan

  • Akan menjejaskan penampilan anda
  • Tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai telinga bernanah dan berair
  • Tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai salur telinga sempit atau kecil
  • Kos yang agak mahal

Jika hendak dibandingkan, pro dan kontra alat ini adalah lebih kurang setara sahaja dan kalian perlu berfikir masak-masak sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pun begitu, sebenarnya adalah sangat berbaloi untuk individu dengan masalah pendengaran mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Ini kerana ia adalah satu keputusan yang mampu mengubah kehidupan anda secara total dan membantu kalian mendengar semula.

Bagaimana cara untuk menjaga alat ini?

Mungkin mudah untuk kalian hanya menggunakan tanpa tahu cara untuk menjaga atau memasang alat ini pada telinga anda bukan?

Oleh itu, sila pastikan kalian telah berkonsultasi dengan doktor pakar (audiologi) untuk memilih, membeli dan menggunakan alat ini!

Pertama sekali, sila belajar cara untuk mengendalikan alat ini dan hubungi doktor anda jika masalah berikut terjadi:

  • Alat bantu pendengaran tidak berfungsi
  • Bunyi suara sendiri menjadi terlalu kuat
  • Bunyi persekitaran menjadi terlalu bingit
  • Bunyi berdesing daripada alat itu sendiri

Untuk menjaganya pula, terdapat beberapa perkara yang kalian perlu jauhi atau amalkan termasuklah:

  • Jauhkan alat ini dari persekitaran penuh haba atau lembap
  • Bersihkan alat ini dengan mengikut arahan doktor pakar
  • Elakkan menggunakan produk berbunyi dan berfrekuensi tinggi semasa menggunakan alat bantuan pendengaran seperti pengering rambut atau vakum
  • Padamkan alat bantu pendengaran sekiranya ia tidak digunakan
  • Simpan ia bersama komponennya jauh daripada kanak-kanak dan haiwan
  • Tukarkan bateri yang lemah dengan segera

Pendek kata, alat bantu pendengaran ini memang merupakan penyelamat orang pekak bagi membolehkan mereka mendengar dan berkomunikasi semula.

Terima kasih wahai teknologi!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Keluarkan Tahi Telinga Keras & Kering? Jangan Guna Putik Kapas, Tapi Ini Cara Selamat Nak Buang

Terdapat tahi telinga kering dan basah. Tahi telinga basah agak mudah untuk dikeluarkan. Namun, bagaimana untuk mengeluarkan tahi telinga keras dan kering?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 07/01/2021 . 3 minit bacaan

JANGAN Biarkan Kalau Air Masuk Telinga, Tapi Elak Buat 3 Cara Ini, BAHAYA!

Sekiranya air masuk dalam telinga, ada cara yang betul untuk mengeluarkannya. Paling penting, elakkan 3 perkara ini ya? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Selain Telan Air Liur, Ada 3 Lagi Cara Hilangkan Telinga [email protected], BOLEH CUBA!

Pernahkah anda alami telinga berdengung atau telinga berdesing ketika menaiki lif? Mengapa hal ini terjadi? Berkesankan telan air liur untuk hilangkannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jangan sesuka hati tindik telinga atau kawasan lain tanpa mengetahui bahaya ini terlebih dahulu ya? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bengkak belakang telinga

Perasan Ada Bengkak Belakang Telinga Sampai Pening Kepala? Ini 8 Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
hembus hidung

JANGAN Hembus Hidung Terlalu Kuat Kalau Rasa Gatal, Telinga Yang Akan Dapat Kesannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
jerawat dalam telinga

Sakit Kalau Ada Jerawat Tumbuh Dalam Telinga, Tapi Jangan Pecahkan, Ya! BAHAYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit glue ear

Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan