home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Fon Telinga Tanpa Wayar Boleh Rosakkan Fungsi Otak? Baca Ini Sebelum Pakai!

Fon Telinga Tanpa Wayar Boleh Rosakkan Fungsi Otak? Baca Ini Sebelum Pakai!

Tidak dinafikan, fon telinga tanpa wayar adalah trend masa kini. Dengan memakainya, ia akan membuat seseorang itu nampak seperti ada gaya dan kaya dengan wang ringgit. Wow!

Akan tetapi, ada efek sampingan penggunaan alat teknologi ini terhadap kesihatan yang mungkin ramai tidak tahu. Ada yang mengatakan bahawa ia boleh merosakkan fungsi otak.

Adakah benar earphone wireless ini sebenarnya berbahaya kepada kesihatan tubuh badan kita? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai bahaya fon telinga dengan lebih lanjut.

Bahaya fon telinga tanpa wayar terhadap kesihatan

telinga

Para saintis di seluruh negara sebulat suara menyatakan kebimbangan terhadap teknologi tanpa wayar yang kini sudah menjadi trend di seantero dunia. Ini kerana tiada badan regulasi yang dapat merungkai dan menghalang masalah ini daripada terus melarat.

Dr Joel Moskowitz, profesor kesihatan komuniti dari University of California menyatakan bahawa pendedahan alat teknologi seperti ini adalah sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia terutamanya otak.

Tambah beliau lagi, komunikasi seperti ini boleh memberikan efek yang sangat mendalam kepada otak kerana ia menggunakan teknologi induksi magnetik.

Dalam erti kata yang lebih mudah, gelombang yang terhasil daripada fon telinga mungkin akan menjejaskan fungsi otak!

Gelombang fon telinga yang bahaya untuk otak

sakit kepala

Menurut kajian yang dilakukan terhadap haiwan makmal, gelombang yang terhasil daripada fon telinga tanpa wayar mampu menjejaskan sistem neurologi, reproduktif dan genetik.

Menurut National Institutes of Health (NIH), ia juga mungkin boleh mengakibatkan beberapa jenis kanser!

The International Agency for Research on Cancer menyimpulkan bahawa fon telinga tanpa wayar yang menggunakan teknologi Bluetooth dan WiFi mungkin merupakan karsinogen, agen pencetus sel kanser.

Pun begitu, Dr Moskowitz mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk mengetahui sama ada kesan penggunaan fon telinga terhadap otak ini akan berlaku dalam tempoh masa yang pendek atau jangka masa yang panjang.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

Ya, mungkin segala pandangan yang telah dikemukan oleh pakar ini masih berada dalam peringkat kajian dan belum terbukti sepenuhnya. Pun begitu, adalah lebih baik untuk kita meminimunkan setiap risiko bukan?

Sebaiknya, anda perlu mengelakkan diri daripada memakai earphone yang melekat pada telinga. Sebagai alternatif, headphone adalah pilihan yang lebih baik berbanding fon telinga tanpa wayar.

Ketika menggunakannya pula, jangan pasang kadar kelantangan yang terlalu kuat. Bukan sahaja ia akan menjejaskan sistem pendengaran, malah ia turut berbahaya kepada otak.

Konklusi

Kesimpulannya, adalah lebih baik mencegah daripada mengubat. Jadi, apa kata anda hindarkan atau kurangkan penggunaan alat teknologi seperti fon telinga tanpa wayar ini demi kesihatan otak dan tubuh badan anda secara keseluruhannya. Tidak guna ada gaya dan kaya jika tidak sihat, bukan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada [date}
x