backup og meta

Sakit Tekak, Tak Semestinya Ambil Antibiotik! Ada Ubat Tekak Yang Lebih Efektif Anda Perlu Tahu!

Sakit Tekak, Tak Semestinya Ambil Antibiotik! Ada Ubat Tekak Yang Lebih Efektif Anda Perlu Tahu!

Sudah berbagai-bagai jenis ubat, langkah dan cara dilakukan namun tekak masih rasa perit. Mungkin anda belum jumpa lagi ubat sakit tekak paling berkesan yang perlu diamalkan? Teruskan baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.

Apa punca dan kesan masalah ini terjadi?

Semua orang pasti pernah menghidapi masalah ini bukan? Ia akan menyebabkan anda mengalami rasa sakit pada tekak seperti terluka atau terbakar terutama ketika menelan air liur, makan dan minum.

Jadi, apa punca sebenar di sebalik kondisi sakit tekak?

Punca utama kondisi ini adalah infeksi virus seperti influenza, croup, mononucleosis atau COVID-19, infeksi bakteria daripada genus Streptococcus serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor risiko yang berbeza.

Dalam usaha untuk merawat dan mencegah masalah ini berlaku, ubat sakit tekak paling berkesan boleh membantu!

Ubat sakit tekak tradisional

ubat sakit tekak paling berkesan
Masalah sakit tekak yang berlanjutan.

Menariknya, ada banyak bahan dapur yang mungkin boleh digunakan dengan cara memakan, meminum, mengunyah atau berkumur. Pun begitu, tahap keberkesanannya masih belum dapat dipastikan 100%.

Di bawah merupakan antara ubat tradisional yang mungkin boleh membantu melegakan kondisi ini:

  • Air garam
  • Air suam
  • Aiskrim vanila
  • Akar manis
  • Bawang putih
  • Cuka epal
  • Madu
  • Pudina
  • Serbuk penaik

Dalam erti kata lain, senarai di atas ini mungkin cuma akan membantu melegakan tetapi tidak merawat dan mencegah masalah sakit tekak. Jadi, anda memerlukan ubat sakit tekak paling berkesan cara klinikal.

Ubat sakit tekak klinik

Lupakan bahan-bahan dapur tadi, apa yang anda lebih perlukan adalah ubat sakit tekak farmasi atau ubat sakit tekak klinikal! Sebaiknya, dapatkan nasihat, maklumat dan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu ya?

ubat sakit tekak paling berkesan
Masalah sakit tekak yang berterusan.

Selepas itu, barulah anda boleh mencari dan memakan ubat sakit tekak farmasi ataupun ubat sakit tekak klinik seperti berikut:

Ubatan antiradang

Kesakitan pada tekak terjadi akibat tekak yang merengsa dan meradang. Jadi, pengambilan ubatan antiradang bukan steroid (ibuprofen, naproxen) boleh diambil bersama preskripsi bagi melegakan rasa sakit di tekak.

Cecair semburan oral

Cecair ini boleh ditemukan di kaunter klinik, farmasi atau hospital dan disemburkan pada tekak yang sedang sakit. Ia turut mengandungi agen penyejuk seperti menthol dan eucalyptus yang boleh melegakan keperitan tekak.

Cecair kumuran oral

Sama seperti di atas, cecair kumuran mudah didapati di mana-mana pusat kesihatan dan juga di pasar raya. Sebagai nilai tambah, ia juga mengandungi agen pembasmi kuman yang bagus untuk kesihatan keseluruhan mulut.

Lozeng

Untuk pengetahuan anda semua, ubat sakit tekak paling berkesan ini mengandungi sebatian yang mampu membantu melegakan sakit tekak seperti:

  • Amylmetacresol
  • Benzocaine
  • Benzydamine
  • Dichlorobenzyl
  • Menthol
  • Tylenol

Antibiotik untuk sakit tekak tidak efektif?

Sebenarnya, pengambilan antibiotik ini adalah salah satu metode yang efektif jika hanya kondisi ini disebabkan oleh infeksi bakteria! Selain daripada mikrob bakteria pula, ia tidak akan berkesan.

Bagi jangkitan yang diakibatkan oleh virus atau faktor risiko lain, anda memerlukan ubatan atau rawatan yang lain.

ubat sakit tekak
Punca sakit tekak yang biasa.

Jadi, apa ubat sakit tekak paling berkesan?

Tidak dinafikan, ada banyak kaedah yang anda boleh cuba untuk merawat dan mencegah sakit tekak. Daripada metode tradisional ke moden, macam-macam petua telah wujud untuk menangani masalah ini.

Agar lebih selamat, kita semua mungkin boleh mengandaikan bahawa ubat sakit tekak paling berkesan adalah ubatan atau rawatan klinikal yang hanya disarankan oleh golongan doktor dan pakar.

Metode pengambilan lozeng adalah yang paling praktikal dan efektif. Ini kerana ia bukan sahaja mudah untuk diambil malah murah untuk dibeli serta mesra poket bagi setiap golongan masyarakat.

Adalah tidak salah juga untuk cuba ubat tradisional di rumah kerana ia hanyalah salah satu ikhtiar daripada bahan-bahan dapur sahaja. Cuma, kesannya mungkin berbeza bergantung individu itu sendiri.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sore Throat: Symptoms, Causes & Treatment, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/8274-sore-throat-pharyngitis, Accessed Oct 4 2023.
  2. Sore Throat – How to Get Rid of A Sore Throat, https://familydoctor.org/condition/sore-throat/, Accessed Oct 4 2023.
  3. When is a Sore Throat a More Serious Infection?, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/ear-nose-throat/Pages/When-a-Sore-Thoat-is-a-More-Serious-Infection.aspx, Accessed Oct 4 2023.
  4. Home Remedies For A Sore Throat, https://www.franciscanhealth.org/community/blog/home-remedies-for-a-sore-throat, Accessed Oct 4 2023.
  5. Antibiotics for adults and children with sore throats, https://www.cochrane.org/CD000023/ARI_antibiotics-adults-and-children-sore-throats, Accessed Oct 4 2023.

Versi Terbaru

15/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan