Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Navigation

Kenali 4 Jenis Penyakit Tekak Yang Lazim Dialami

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 25/07/2021

Kenali 4 Jenis Penyakit Tekak Yang Lazim Dialami

Tekak adalah organ badan yang mempunyai peranan penting dalam hidup manusia. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pernafasan dan pencernaan.

Laluan organ badan tersebut kemudiannya terbahagi kepada esofagus (laluan makanan) dan trakea (laluan udara).

Jika terdapat sebarang masalah yang mempengaruhi integriti ruang pada tekak, ia boleh menyebabkan masalah bergantung kepada sistem yang terkesan.

Sebagai contoh, jika terdapat ketumbuhan sehingga menghalang pergerakan masuk makanan, ia boleh mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrien.

Artikel ini akan memfokuskan kepada penyakit tekak yang lazim didiagnosis dalam kalangan pesakit.

Tonsillitis

Tonsillitis atau radang tonsil berlaku apabila dua kelenjar limfa (turut dikenali sebagai tonsil) mengalami keradangan akibat jangkitan kuman.

Keadaan kesihatan ini boleh berlaku pada semua peringkat usia namun ia lazim didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak.

Gejala yang boleh dialami oleh pesakit termasuklah:

  1. Demam.
  2. Sakit tekak berpanjangan.
  3. Tonsil bengkak dan kelihatan merah (atau putih kekuningan).
  4. Bau nafas busuk.
  5. Sakit leher dan dagu akibat daripada kelenjar limfa bengkak.

Jangkitan tonsil boleh berlaku disebabkan oleh virus atau bakteria. Namun, agen yang paling lazim dikaitkan dengan masalah ini adalah bakteria.

Tempoh kebolehjangkitan adalah di antara 24 hingga 48 jam sebelum anda menunjukkan sebarang gejala.

Jika anda telah mengambil antibiotik, ia tidak lagi boleh berjangkit kepada individu lain.

Krup (Croup)

organ badan

Apabila struktur di sekeliling kotak suara anda membengkak akibat jangkitan, ia merupakan keadaan kesihatan yang dikenali sebagai krup.

Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan simptom batuk teruk yang bunyi seakan-akan anjing laut menyalak.

Terdapat banyak virus yang boleh menyebabkan masalah tekak krup.

Walau bagaimanapun, kebanyakan virus yang dikesan merupakan virus parainfluenza (selesema).

Ada juga kes krup yang berpunca daripada masalah alergi, terhidu masuk bahan iritasi atau jangkitan bakteria. Namun ia jarang berlaku.

Mereka yang didiagnosis dengan masalah kesihatan ini boleh menunjukkan simptom seperti:

  1. Batuk seakan-akan anjing laut menyalak.
  2. Demam.
  3. Bernafas laju.
  4. Suara serak.
  5. Selesema.

Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom yang lebih serius seperti:

  1. Bunyi nafas bernada tinggi.
  2. Kesukaran untuk menelan sesuatu/ makanan tersekat di dalam tekak.
  3. Kulit pada sekitar hidung, mulut dan kuku jari menjadi biru atau kelabu.

Rawatan krup kebiasaannya tertumpu kepada rawatan simptom.

Laringitis

Sama seperti tonsillitis, laringitis adalah masalah kesihatan yang berlaku kesan daripada proses keradangan.

Cuma kali ini, kotak suara anda terlibat dalam proses penyakit ini.

Keadaan ini boleh berlaku akibat jangkitan, penggunaannya secara berlebihan atau iritasi.

Mereka yang didiagnosis dengan masalah laringitis boleh menunjukkan gejala seperti:

  1. Suara lemah.
  2. Hilang suara.
  3. Tekak kering dan serak.
  4. Sering berasa gatal tekak.
  5. Sakit tekak berpanjangan.
  6. Batuk kering.

Simptom yang dialami kebiasaannya tidaklah begitu teruk dan ia boleh dirawat dengan merehatkan suara anda.

Oleh sebab kotak suara sedang mengalami proses keradangan disebabkan proses patologi tertentu, apa yang anda perlu buat hanyalah mengambil sejumlah air mencukupi seperti yang disarankan oleh pakar.

Jika punca laringitis adalah jangkitan virus atau bakteria, ia boleh tersebar dengan pantas terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Laringitis juga boleh berlaku sekiranya anak anda sering menjerit atau selalu menyanyi dengan nada yang kuat.

Jika anda sedar suara anak anda serak, lemah atau mereka mengadu sakit tekak, pastikan mereka merehatkan suara mereka.

Lazimnya, masalah ini akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 2 minggu.

Namun, jika ia masih tidak sembuh, bawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.

Kanser tekak

sakit tekak berpanjangan

Jika dibandingkan dengan kanser organ badan lain, kanser tekak jarang didiagnosis dalam kalangan pesakit.

Institut Kanser Amerika Syarikat menganggarkan:

Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan gejala seperti:

  1. Perubahan suara.
  2. Kesukaran menelan.
  3. Susut berat badan.
  4. Sakit tekak berpanjangan.
  5. Rasa gatal pada tekak.
  6. Batuk yang tidak berhenti (boleh jadi berdarah).
  7. Kelenjar limfa pada leher bengkak.
  8. Nafas berbunyi.
  9. Sakit telinga.
  10. Suara garau.

Jika dibandingkan dengan wanita, lelaki lebih cenderung untuk mendapat kanser tekak disebabkan oleh faktor risiko seperti merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan kurang penjagaan oral.

Rawatan lebih tertumpu kepada pembedahan, terapi kemo, terapi radio dan rawatan untuk menguruskan kekurangan fungsi selepas pembedahan.

Konklusi

Tiada simptom spesifik yang boleh memberi klu kepada anda terutamanya jika ia berkaitan dengan penyakit tekak mana yang dialami.

Oleh sebab itulah, jika anda mendapat simptom, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk siasatan lanjut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 25/07/2021

Iklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

Iklan
Iklan
Iklan