Tahukah anda, bayi kepada ibu yang kerap minum susu lembu ketika menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami alahan makanan apabila mereka menginjak dewasa?
Menurut kajian dari Chalmers University of Technology, Sweden, anak kepada ibu yang gemar minum susu lembu kurang berisiko untuk mempunyai alahan berbanding ibu yang langsung tidak mengamalkan pengambilan susu lembu.
Mia Stråvik, penulis utama kajian ini berkata, ada kaitan yang jelas antara susu lembu dan juga alahan dalam kalangan bayi.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud minum susu lembu merupakan penawar alahan makanan.
Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.
Hipotesis kebersihan menerangkan faedah minum susu
Menurut Profesor Ann-Sofie Sandberg, penyelia kajian Mia Stråvik, sistem imun bayi mungkin jadi lebih matang disebabkan bahan yang terdapat di dalam susu ibu.
Sebenarnya, ada satu hipotesis yang bernama ‘the hygiene hypothesis’ yang boleh menyokong penemuan ini.
Menurut hipotesis berkenaan, bayi yang lebih awal terdedah dengan mikroorganisma tertentu boleh bertindak merangsang sistem imun bayi dan membuatkannya matang dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, disebabkan kita sekarang hidup di dalam persekitaran yang lebih bersih, bayi tidak akan terdedah dengan banyak mikroorganisma semasa kecil dengan mudah.
Sebaliknya, sistem imun bayi akan terangsang dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam susu ibu. Oleh sebab itu, Mia Stråvik berpendapat, diet ibu mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap sistem imun bayi.
Tambah beliau lagi, kajian ini bukanlah yang pertama menemui kaitan antara susu lembu dan pengurangan alahan makanan dalam kalangan bayi.
Sebenarnya, ada banyak kajian lain yang dapat menyokong dapatan kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian lalu mungkin tidak berapa lengkap kerana ia melibatkan kaji selidik sahaja.
Namun, kajian yang dilakukan oleh Mia Stråvik lebih teliti dan lengkap.
Ibu yang minum susu lembu ditentukan dengan kehadiran sejenis ‘biomarker’ tertentu manakala alahan anak mereka juga disahkan oleh seorang doktor yang pakar di dalam bidang alahan kanak-kanak.
Baca juga: