backup og meta

Jenis-jenis Alahan Makanan dan Panduan Pemakanan Khas

Jenis-jenis Alahan Makanan dan Panduan Pemakanan Khas

Alahan atau alergik makanan adalah disebabkan oleh kesilapan sistem imun badan dalam mengenal pasti bahan di dalam makanan – selalunya protein. Ia merupakan sesuatu yang membahayakan dan membina sistem pertahanan diri (sejenis sebatian yang dipanggil antibodi) untuk melawannya.

Tindak balas alahan berlaku apabila antibodi sedang melawan protein makanan yang sedang “menyerang”.

Walaupun seseorang itu boleh mempunyai alahan terhadap hampir setiap makanan, 8 makanan yang berikut boleh mengakibatkan hampir 90% tindak balas alahan yang berkaitan dengan makanan: susu, telur, kacang tanah, kacang pokok (seperti gajus dan walnut), ikan, kerang-kerangan, soya, dan gandum.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.

Pemakanan untuk alergik makanan terhadap susu

Jika anda mempunyai alahan terhadap susu, anda perlu menghindari susu dan produk tenusu lain yang diperbuat menggunakan susu dalam diet anda.

Produk tenusu adalah sumber yang bagus bagi kalsium dan vitamin D, maka amat penting untuk anda makan makanan lain yang kaya dengan nutrisi ini, seperti brokoli, bayam dan produk soya.

Sentiasa periksa label bahan sebelum anda menggunakan sebarang produk. Kebanyakan makanan yang diproses atau dibungkuskan mengandungi susu.

Sebagai tambahan, periksa label setiap kali anda menggunakan produk tersebut. Pihak pengeluar kadangkala akan menukar resipi, dan bahan yang boleh menyebabkan alahan mungkin akan ditambah ke dalam resipi.

Petua pemakanan: Cuba gantikan soya, susu beras atau almond berbanding susu lembu. Terdapat banyak produk bukan tenusu yang dijual termasuklah marjerin yang tertentu (periksa label), aiskrim bukan tenusu, coklat bukan tenusu, keju bukan tenusu dan yogurt bukan tenusu.

Pemakanan untuk alahan terhadap telur

alergik makanan

Alahan terhadap telur selalunya berlaku kepada bayi, kanak-kanak kecil dan orang dewasa. Diet tanpa telur merupakan diet yang mengelakkan telur dan sebarang produk yang mungkin mengandungi telur.

Baca label makanan dengan berhati-hati dan elakkan sebarang produk mengandungi telur atau bahan yang berkaitan dengan telur, termasuklah makanan yang mungkin diperbuat daripada telur.

Petua pemakanan: Pastikan anda membaca label dengan berhati-hati. Sebagai contohnya, sesetengah pengganti telur mempunyai telur putih.

Pemakanan untuk alergik makanan terhadap kacang tanah

alergik makanan

Kacang tanah ialah salah satu allergen makanan (bahan yang mencetuskan tindak balas alahan) yang paling lazim ditemui. Alahan terhadap kacang tanah merupakan di antara alahan yang paling serius – dan boleh membawa kematian.

Petua pemakanan: Kebanyakan makanan yang dibungkus – termasuklah makanan yang dibakar, gula-gula dan makanan tradisi – boleh dicemari kacang tanah sekiranya produk mengandungi kacang tanah disediakan dalam tempat yang sama atau pihak pengilang yang sama. Sentiasa bersedia kepada kemungkinan ini dan risiko terhadap tindak balas alahan.

Pemakanan untuk alergik makanan terhadap kacang pokok

Terdapat risiko untuk pencemaran ketika proses penyediaan kacang dalam makanan.

Untuk itu, kebanyakan ahli alergi menasihatkan supaya anda menghindari semua jenis kacang pokok dan produk yang mempunyai bahan yang ditulis “kacang”, walaupun sekiranya anda hanya mempunyai alahan terhadap sejenis kacang sahaja.

Petua pemakanan: Kacang pokok selalunya digunakan dalam losen dan syampu. Pastikan untuk memeriksa label produk, termasuklah pada label makanan.

Baca juga:

Pemakanan untuk alahan terhadap ikan

Protein di dalam pelbagai jenis ikan boleh mempunyai kesamaan, maka anda mungkin perlu mengelakkan daripada semua jenis ikan, melainkan pakar alergi anda boleh menentukan jenis ikan yang akan menimbulkan tindak balas alahan.

Petua pemakanan: Anda harus mengelakkan diri daripada makan di restoran makanan laut jika anda mempunyai alergik makanan terhadap ikan. Walaupun anda meminta makanan tanpa ikan, makanan anda mungkin mengandungi protein ikan daripada sudu, minyak masak, atau tempat memanggang ikan.

Pemakanan untuk alahan terhadap kerang-kerangan

alahan

Sebagaimana ikan, pelbagai jenis kerang juga mungkin mempunyai protein yang sama. Anda perlu elakkan semua jenis kerang-kerangan, melainkan ahli alergi anda boleh menentukan jenis kerang yang akan menimbulkan tindak balas alahan.

Petua pemakanan: Mereka yang mengalami alergik makanan terhadap kerang perlu sentiasa berhati-hati dengan makanan bergoreng.

Sesetengah restoran menggunakan minyak masak yang sama untuk menggoreng udang, ayam, dan kentang goreng. Makanan laut tiruan masih menggunakan kerang-kerangan sebagai perasa. Sebelum anda menggunakannya, baca label untuk memastikannya.

Pemakanan untuk alahan terhadap soya

Kacang soya ialah kekacang. Makanan lain daripada keluarga kekacang termasuklah kacang Boston, kacang buncis, kacang hitam, kacang pinto, kacang kuda (kacang garbanzo atau chichi), lentil, kacang karob, licorice dan kacang tanah. Kebanyakan orang mempunyai alergik makanan terhadap lebih daripada satu jenis kekacang.

Petua pemakanan: Kacang tanah digunakan dengan meluas dalam pemprosesan produk makanan. Kacang soya dan produk kacang soya ditemui dalam kebanyakan makanan yang dibakar, bijirin, biskut, susu bayi, sos dan sup.

Tambahannya, soya selalunya digunakan sebagai “meat extender” dalam daging yang diproses, seperti sosej atau daging deli.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Allergy UK’s Translation Cards. https://www.allergyuk.org/. Accessed on September 26, 2022.
  2. Allergy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/allergies/symptoms-causes/syc-20351497. Accessed on September 26, 2022.
  3. Allergy Overview. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8610-allergy-overview. Accessed on September 26, 2022.
  4. What is Allergy? https://www.allergy.org.au/patients/about-allergy/what-is-allergy. Accessed on September 26, 2022.
  5. Allergies. https://acaai.org/allergies/. Accessed on September 26, 2022.
  6. Allergy. https://www.aaaai.org/conditions-treatments/allergies. Accessed on September 26, 2022.

Versi Terbaru

28/09/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!

Ibu Takut Anak Datang Alergik Termakan Kuih Raya Berkacang? Ini Fakta Mitos Alahan Kekacang


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan