backup og meta

Benarkah Makanan Berunsur MSG Berisiko Sebabkan Alahan? Apa Tandanya?

Benarkah Makanan Berunsur MSG Berisiko Sebabkan Alahan? Apa Tandanya?

Boleh dikatakan kita mengambil makanan berunsur ini setiap hari tanpa mengetahui sebenarnya ia boleh mendatangkan alahan MSG.

Ia mungkin disebabkan oleh masih ramai yang belum tahu, kurang faham atau tidak peduli tentang tiga huruf yang berbahaya ini.

Maka dengan itu, haruslah kita semua mula mengambil langkah dengan mencari informasi lebih lanjut mengenai alahan akibat bahan ini.

Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu, mari sama-sama teruskan membaca!

Apakah yang disebut sebagai MSG?

MSG adalah singkatan daripada monosodium glutamat iaitu sejenis penambah perisa yang terdiri daripada garam natrium asid glutamat.

Secara khususnya, MSG ini adalah asid amino yang dihasilkan menerusi proses penapaian kanji yang diadun bersama gula, tebu dan molase.

Ia sangat kerap dikaitkan dengan mi segera yang dikatakan merupakan antara makanan dengan kandungan MSG yang sangat tinggi.

Selain mi segera, ia juga sebenarnya terdapat dalam banyak lagi makanan lain terutamanya makanan yang diproses dan ditinkan.

msg

Berikut adalah senarai antara jenis kategori makanan yang mengandungi MSG:

  • Mi segera
  • Makanan ringan
  • Makanan segera
  • Makanan sejuk beku
  • Bahan perasa makanan
  • Daging yang diproses
  • Sup
  • Sos
  • Snek

Apa yang membimbangkan kini, penambah perisa ini sudah menjadi popular di seluruh dunia dan telah dianggap rencah utama dalam diet sehari-harian manusia.

Persoalannya, adakah MSG ini benar-benar mendatangkan kesan buruk terhadap kondisi kesihatan kita semua?

Adakah ia tidak bagus untuk kesihatan?

Telah wujud banyak kajian yang mengaitkan MSG dengan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, peningkatan tekanan darah, pening kepala dan lain-lain.

Penyelidikan lain juga menunjukkan monosodium glutamat ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak manusia.

Berdasarkan satu kajian tabung uji mendapati ia boleh menyebabkan pembengkakan dan kematian sel-sel otak yang telah matang.

Ada sesetengah individu juga mungkin akan mempunyai masalah kesihatan seperti kepekaan (sensitif) terhadap MSG dan harus mengehadkan pengambilannya.

Keadaan ini dikenali sebagai simptom kompleks MSG yang seringkali disalahertikan sebagai sejenis alahan.

Mereka yang mengalami keadaan itu mungkin berdepan gejala seperti sakit kepala, kekejangan otot, kebas dan kesemutan.

Namun, wujudkah apa yang dikatakan sebagai alahan MSG ini?

Alahan MSG itu sebenarnya tidak wujud?

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, terdapat satu kondisi berkaitan yang dikenali sebagai simptom kompleks MSG.

Ia merupakan satu keadaan kesihatan yang disebabkan oleh bahan ini dan akan menyebabkan reaksi seakan sama seperti alahan.

msg

Disebabkan masih kurang bukti saintifik yang berjaya membuktikan bahawa alahan MSG itu benar wujud, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah mengklasifikasikan MSG sebagai ramuan yang ‘diakui secara umum sebagai selamat.’

Meskipun demikian, adalah sangat disarankan untuk kita semua agar lebih berwaspada dan mengehadkan pengambilan makanan berunsur bahan ini.

Ini kerana sama ada ia benar ada reaksi akibat alahan atau simptom kompleks MSG, bahan ini memang benar akan mendatangkan kesan buruk buat tubuh badan.

Apakah tanda-tanda diserang alahan MSG?

Lazim untuk individu dalam kalangan masyarakat kita mengalami beberapa reaksi yang biasanya tidak serius akibat bahan ini.

Ini kerana MSG secara tradisinya telah digunakan secara turun-temurun dalam resipi masakan Asia sebagai perasa makanan penting.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda ringan anda mungkin alami ‘alahan MSG’:

Kebiasaannya, reaksi alahan yang timbul ini tidaklah bersifat serius atau kronik dan akan sembuh dengan sendirinya.

Namun, adalah tidak mustahil juga untuk tanda-tanda ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya tiada tindakan lanjut diambil.

msg

Apakah yang kalian perlu lakukan?

Sekiranya anda dapati diri mengalami tanda-tanda di atas selepas mengambil makanan yang dipercayai mengandungi MSG, perhatikan simptom tersebut terlebih dahulu.

Ini kerana gejala tersebut boleh hilang dengan sendiri selepas beberapa ketika namun perlulah dirujuk kepada doktor seandainya ia masih tidak kunjung sembuh.

Apa yang paling penting di sini adalah kita semua perlu mengehadkan pengambilan makanan berunsur MSG ini.

Ini kerana ia sudah terbukti boleh menyebabkan beberapa kesan negatif terhadap tahap kesihatan tubuh badan kita.

Adalah lebih baik mencegah daripada mengubat bukan? Jadi makanlah secara sihat!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.fda.gov/food/ingredientspackaginglabeling/foodadditivesingredients/ucm328728.htm
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/monosodium-glutamate/faq-20058196
  3. https://www.foodallergy.org/resources/food-additives-and-allergies/intolerances
  4. https://glutamate.org/safety/msg-does-not-cause-allergies/
  5. https://www.medindia.net/patients/patientinfo/monosodium-glutamate-allergy.htm

Versi Terbaru

13/08/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Siapa Kata Mi Segera Tidak Berkhasiat? Ini 3 Hidangan Sihat Berasaskan Mi Instant

Wow! Mi Segera Malaysia Antara Yang Terenak Di Dunia?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan