backup og meta

Lelaki Ada Masalah Prostat Bengkak? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Datang Sekali Dengan Mati Pucuk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/03/2022

    Lelaki Ada Masalah Prostat Bengkak? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Datang Sekali Dengan Mati Pucuk!

    Masalah prostat membesar atau membengkak bagi kaum Adam bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ramai yang sedia maklum bahawa kondisi ini akan berlaku kepada lelaki apabila usia mereka semakin lanjut.

    Walau bagaimanapun, adakah penghidap masalah prostat membengkak atau BPH (benign prostatic hyperplasia) akan mengalami kesukaran untuk melakukan hubungan seks? Jawapannya, mungkin ya!

    Untuk pengetahuan anda, ada lelaki yang mempunyai masalah ini turut menghidap disfungsi erektil. Disfungsi erektil atau mati pucuk merupakan satu kondisi yang membuatkan lelaki sukar untuk mengekalkan ereksi.

    Bukan itu sahaja, mereka yang menghidap prostat membesar turut mengalami masalah lain seperti tidak berminat untuk melakukan seks dan sukar untuk mencapai kepuasan ketika di ranjang.

    Tambahan lagi, BPH bukanlah sejenis penyakit yang boleh dipandang remeh.

    Prostat yang membengkak boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah saluran kencing. Ia juga boleh menyebabkan masalah pundi kencing dan juga buah pinggang.

    Prostat membesar dan mati pucuk

    prostat membesar

    Prostat membengkak dan juga masalah disfungsi erektil (ED) merupakan dua kondisi yang berbeza namun berkait rapat antara satu sama lain. Risiko untuk kedua-dua penyakit ini juga semakin meningkat dengan pertambahan usia.

    Masalah mati pucuk selalunya berpunca daripada penyakit seperti sakit jantung, diabetes, tahap testosteron rendah atau masalah psikologikal. Malah, masalah prostat membesar juga boleh menyebabkan disfungsi erektil jadi semakin teruk.

    Pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk merawat BPH selalunya akan mengalami disfungsi erektil sebagai kesan sampingan.

    Namun, perkara yang sebaliknya pula terjadi kepada pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk merawat ED.

    Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat mati pucuk boleh melegakan simptom prostat membengkak.

    Sebagai contoh, ubat-ubatan seperti vardenafil, sildenafil dan tadalafil yang digunakan untuk merawat masalah disfungsi erektil juga berupaya mengurangkan simptom lelaki yang mengalami keadaan prostat membesar.

    Walau bagaimanapun, kesemua ubat-ubatan ini perlulah dibekalkan oleh doktor yang bertauliah. Oleh sebab itu, berjumpalah dengan doktor untuk sesi konsultasi jika anda mengalami masalah prostat bengkak ataupun mati pucuk.

    Merawat masalah prostat membengkak

    prostat membesar

    Masalah prostat membengkak boleh dirawat. Namun, seperti yang dijelaskan sebelum ini, rawatan BPH boleh menyebabkan masalah ejakulasi dan disfungsi erektil.

    Malah, kebanyakan kes prostat membesar tidak memerlukan rawatan. Namun, penghidap BPH yang ekstrem memerlukan rawatan secepat mungkin jika mereka tidak boleh membuang air secara normal atau buah pinggang mulai rosak.

    Jika ini yang berlaku, pesakit perlulah mengambil ubat-ubatan untuk merawat masalah prostat membengkak yang dialami.

    Namun, jika ubat tidak memberikan kesan positif, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan lain seperti pembedahan.

    Sebagai contoh, ubat prostat membengkak seperti alpha blockers boleh menurunkan keinginan kaum Adam untuk melakukan hubungan seks.

    Pada masa yang sama, ia juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti masalah ejakulasi.

    Prosedur yang kurang invasif seperti penggunaan laser atau rawatan haba juga boleh menyebabkan masalah disfungsi erektil atau ejakulasi retrograde (ejakulasi ke arah pundi kencing dan bukannya keluar dari zakar).

    Bukan itu sahaja, prosedur seperti pembedahan juga mempunyai kesan sampingan yang hampir sama. Pembedahan TURP (transurethral incision of the prostate) juga boleh menyebabkan ejakulasi retrograde.

    Ejakulasi retrograde bukanlah satu kondisi yang boleh membawa maut. Namun, untuk pasangan yang ingin menimang cahaya mata, kondisi ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

    Bolehkah masalah prostat membesar dicegah?

    prostat membesar

    Malangnya, masalah prostat membesar tidak boleh dicegah.

    Proses penuaan dan sejarah keluarga boleh meningkatkan risiko BPH seseorang. Malah, mereka yang tidak aktif serta mengalami masalah mati pucuk mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah prostat bengkak.

    Walaupun begitu, itu tidak bermaksud prostat membesar merupakan sesuatu yang pasti berlaku. Ada lelaki yang mampu menjaga kesihatan prostat mereka dengan baik.

    Salah satu cara untuk memastikan prostat kekal sihat adalah dengan menjaga kesihatan jantung.

    Malah, hampir semua perubahan gaya hidup yang boleh membuatkan jantung menjadi lebih sihat dapat membantu mengurangkan risiko prostat membesar.

    Sebagai panduan, pastikan tekanan darah, kadar gula dalam darah dan tahap kolesterol berada pada paras yang normal.

    Selain itu, elakkan mengambil terlalu banyak alkohol dan kafein. Alkohol tidak baik untuk kesihatan jantung dan juga kesihatan prostat.

    Senaman juga boleh membantu mengurangkan risiko BPH ketika usia telah lanjut. Cuba bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

    Menurut laman sesawang Urology Care Foundation, lelaki yang kerap bersenam kurang mengalami masalah prostat membesar!

    Kesimpulan

    Jika anda mengalami simptom prostat membengkak, pastikan untuk berjumpa doktor secepat mungkin, lebih-lebih lagi jika anda sukar untuk membuang air kecil.

    Walaupun ramai lelaki yang akan alami prostat membesar apabila umur mereka semakin lanjut, namun perubahan gaya hidup, pemakanan yang sihat dan juga senaman dapat membantu lelaki kekal sihat.

    Bukan itu sahaja, kehidupan seks mereka juga kekal terjaga sehingga ke akhir hayat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan