backup og meta

Benarkah Ada Herba Yang Boleh Merawat Masalah Prostat Bengkak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/12/2022

    Benarkah Ada Herba Yang Boleh Merawat Masalah Prostat Bengkak?

    Selain kanser, sebenarnya ada satu lagi masalah berkaitan kelenjar ini yang pasti ditakuti kaum lelaki iaitu prostate bengkak!

    Ia bukan sahaja akan menjejaskan sistem perkumuhan malahan sistem pembiakan ekoran efek negatif dalam aspek seksual.

    Persoalannya, apakah wujud herba tradisional yang boleh membantu merawat masalah ini?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang masalah prostat bengkak dengan lebih mendalam lagi.

    Apa itu masalah prostate bengkak?

    Buat anda yang masih belum tahu, kondisi prostat bengkak atau benign prostatic hyperlapsia (BPH) adalah biasa berlaku kepada lelaki lewat usia.

    Ia terjadi akibat kelenjar ini yang terus membesar seiring dengan usia lelaki. Akan tetapi, ia bukanlah bersifat kanser.

    Akibatnya, kondisi ini mungkin akan menyebabkan masalah pada sistem perkumuhan serta sistem pembiakan lelaki.

    Berikut adalah simptom-simptom yang mungkin berlaku kepada lelaki jika alami prostat bengkak:

    • Kerap rasa ingin membuang air kecil
    • Sering rasa pundi kencing penuh dengan air kencing
    • Selalu rasa tidak selesa ketika menahan air kencing
    • Aliran air kencing yang sangat lemah
    • Masalah untuk memulakan atau menghentikan proses membuang air kecil

    prostate bengkak

    Masalah ini tentu sahaja akan menjejaskan kaum lelaki dalam banyak aspek termasuklah kehidupan rumah tangga bersama pasangan.

    Apa kesan masalah prostate bengkak?

    Menurut Profesor Urologi Kevin T. McVary dari Southern Illinois University School of Medicine, lelaki yang terkena bengkak pada prostat lebih berisiko alami masalah seperti berikut:

    Masalah ereksi

    Kebiasaannya, ia didasari oleh masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah atau masalah psikologi.

    Pun begitu, pembengkakan prostat juga boleh jadi salah satu daripada pemicu masalah ereksi yang mungkin boleh membawa kepada mati pucuk.

    Dalam pada itu, lelaki juga mungkin akan mati pucuk akibat transurethral resection of the prostate (TURP) – prosedur pembedahan yang dilakukan untuk merawat pesakit BPH.

    Selain prosedur ini, ubatan alpha blocker seperti doxazosin (Cardura) dan terazosin (Hytrin) yang digunakan untuk merawat penyakit BPH juga adalah antara punca disfungsi erektil.

    Masalah ejakulasi

    Selain mati pucuk, prosedur TURP dan ubatan merawat pembengkakan prostat juga mungkin akan mengakibatkan ejakulasi retrogad.

    Ia akan menyebabkan jumlah air mani yang terkumpul dan terpancut semasa bersenggama menjadi sangat sedikit atau langsung kering.

    Kondisi ini didasari oleh faktor air mani (sperma) yang seharusnya keluar ketika klimaks, masuk kembali ke dalam saluran zakar.

    Harvard Medical School menyatakan sekitar 50 ke 75% lelaki yang menjalani pembedahan TURP dan mengambil ubatan prostate bengkak berisiko tinggi mengalami kondisi ini.

    prostate bengkak

    Tahap libido menurun

    Masalah prostate bengkak juga memerlukan ubatan inhibitor alpha reductase seperti dutasteride dan finasteride.

    Malangnya, ubatan seperti ini turut hadir bersama kesan sampingan tersendiri iaitu menurunkan tahap libido.

    Dalam pada itu, ia juga mungkin akan mengakibatkan kuantiti dan kualiti sperma dalam air mani menurun dengan mendadak.

    Wujudkah herba untuk membantu merawat kondisi ini?

    Bagi mengelakkan masalah-masalah di atas tadi berlaku pada lelaki, sesuatu perlulah dilakukan dengan kadar segera.

    Sudah tentu perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubatan.

    Sementara itu, anda juga mungkin mahu untuk menggunakan kaedah rawatan tradisional yang berasaskan herba seperti berikut:

    #1. Saw Palmetto

    Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2000, ekstrak herba ini dipercayai mampu untuk memulihkan aliran air kencing yang lemah.

    Ia merupakan salah satu daripada simptom prostat bengkak selain mampu membantu mengurangkan keperluan kencing pada waktu malam.

    Namun kajian lanjut pada tahun 2009 menyatakan ia mungkin sekadar kesan plasebo sahaja.

    #2. Stinging nettle

    Herba berasal daripada tumbuhan ini dikenali dengan bebulu pada dedaun yang boleh ‘menyengat’ individu yang menyentuhnya.

    Namun kajian pada tahun 2007 mengatakan ia mampu membantu dalam merawat simptom prostat bengkak. Meskipun begitu, kajian lanjut mengenainya masih diperlukan.

    Selain itu, wujud juga beberapa kesan sampingan pengambilannya seperti sakit perut atau ruam kulit menjadikannya kurang bagus.

    prostate bengkak

    #3. Pygeum

    Herba ini asalnya daripada sebuah pohon pokuk plum Afrika yang dipercayai mampu membantu merawat masalah prostat bengkak.

    Ia dibuktikan melalui sebuah kajian pada tahun 2002 menerusi 18 percubaan klinikal namun keberkesanannya masih lagi disangkal.

    Ini kerana kajian tersebut hanya berskala kecil dan bertempoh pendek serta menggunakan dos herba yang tidak tetap.

    Dapat dikonklusikan di sini bahawa terdapat beberapa herba selain 3 jenis di atas yang dikatakan mampu membantu merawat masalah BPH.

    Pun begitu, kesemua rawatan tradisional ini mungkin tidak begitu efektif dan memerlukan lebih bukti saintifik bagi memastikannya.

    Oleh itu, adalah lebih wajar untuk kalian menyelesaikan masalah prostate bengkak ini dengan berjumpa doktor untuk rawatan dan ubatan okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan