backup og meta

Umur Bawah 40-an Sudah Boleh Dapat Barah Payudara! Wanita Muda, Ini Cara Nak Kesan Penyakit!

Umur Bawah 40-an Sudah Boleh Dapat Barah Payudara! Wanita Muda, Ini Cara Nak Kesan Penyakit!

Apabila bercakap mengenai kanser payudara, ramai yang mengakui penyakit ini amat sinonim dalam kalangan wanita berusia. Ketika wanita berusia 60 tahun, risiko untuk mereka menghidap kanser adalah 1 dalam 28 orang. Untuk perempuan muda pula, risiko mereka adalah 1 dalam 277 orang.

Risikonya nampak rendah bukan? Namun, di Amerika Syarikat, hampir 250,000 wanita muda telah disahkan menghidap kanser payudara.

Jelaslah, usia yang muda bukan bermaksud anda terkecuali daripada penyakit kanser.

Malah, ramai yang terlupa bahawa kanser payudara boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Ramai wanita muda menghidap kanser payudara

perempuan muda

Menurut statistik, 5% kes kanser payudara berlaku kepada wanita di bawah usia 40 tahun.

Walaupun risikonya rendah, masih ada kemungkinan untuk perempuan muda mendapat kanser payudara.

Apabila kanser payudara didiagnosis dalam kalangan wanita muda, ia selalunya lebih agresif dan merebak dengan pantas.

Lebih teruk lagi, kebanyakan wanita tidak akan melakukan ujian saringan hinggalah usia mereka mencecah 45 atau 50 tahun.

Oleh sebab itu, kanser payudara dalam kalangan mereka ini selalunya dikesan ketika ia sudahpun berada di tahap yang lebih tinggi.

Kanser payudara merupakan penyakit yang boleh memberikan impak negatif terhadap fizikal dan juga emosi wanita.

Penyakit ini dapat mempengaruhi wanita melalui pelbagai segi.

Mereka bukan sahaja akan menghadapi pelbagai cabaran bermula daripada diagnosis dan rawatan, malahan kesuburan mereka juga akan terkesan disebabkan rawatan kanser.

Selain itu, perjuangan mereka menentang kanser juga akan menjadi satu perjalanan yang sunyi.

Disebabkan kanser payudara amat jarang berlaku kepada wanita di bawah umur 45 tahun, mereka mungkin akan rasa terasing dan berseorangan.

Apakah yang membuatkan wanita muda lebih berisiko?

Secara amnya, perempuan muda mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap kanser payudara.

Namun, ada beberapa faktor risiko yang membuatkan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini.

Sebagai contoh, mereka mungkin mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser payudara.

Selain itu, mutasi genetik tertentu seperti BRCA1 atau BRCA2 juga membuatkan wanita tersebut lebih berisiko untuk menghidap penyakit ini.

Diagnosis kanser payudara dalam kalangan wanita muda (bawah 40 tahun) juga adalah lebih sukar. Tisu payudara mereka lebih mampat berbanding wanita yang lebih tua.

Oleh sebab itu, mamogram kurang berkesan untuk mengesan kanser dalam kalangan wanita muda.

Malah, kebanyakan wanita juga akan mengabaikan tanda-tanda awal kanser kerana beranggapan mereka terlalu muda untuk menghidap penyakit ini. Akibatnya, mereka akan menerima diagnosis dan rawatan yang lewat.

Bagaimana kanser mempengaruhi kesuburan wanita?

penyakit kanser payudara

Untuk perempuan muda, rawatan kanser payudara mungkin akan menyebabkan masalah kesuburan pada masa hadapan.

Sebagai contoh, beberapa jenis rawatan kanser seperti terapi radiasi dan kemoterapi boleh merosakkan sel pada kawasan ovari.

Kadangkala, kesan sampingan yang berlaku disebabkan rawatan kanser hanya bersifat sementara. Namun, kerosakan tersebut boleh juga menjadi sesuatu yang kekal.

Oleh sebab itu, wanita yang didiagnosis dengan kanser pada usia muda perlu mengambil kira beberapa perkara.

Merawat kanser merupakan perkara utama, namun mempunyai anak pada masa hadapan juga merupakan sesuatu yang penting.

Berbincanglah dengan doktor dan juga ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain itu, rawatan kanser juga mungkin akan membuatkan wanita tidak lagi berkeinginan untuk melakukan hubungan seks.

Kadangkala, rawatan boleh menjadi sesuatu yang sangat meletihkan hingga pesakit terlalu penat untuk melakukan seks atau bermesra bersama suami.

Baca juga:

Bolehkah kanser payudara dalam kalangan wanita muda dielakkan?

Perempuan muda yang mempunyai sejarah kanser payudara dalam kalangan keluarga boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi. Doktor mungkin dapat membantu pesakit dengan mencadangkan ujian saringan awal.

Selain itu, wanita juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara dengan cara:

  1. Mengekalkan berat badan ideal.
  2. Mengurangkan pengambilan alkohol.
  3. Bersenam dengan kerap.
  4. Menyusukan anak.
  5. Tidak merokok

Walau bagaimanapun, jika kanser masih terbentuk, pengesanan dan rawatan awal amat penting untuk meningkatkan kadar survival pesakit.

Malah, hampir 90% wanita yang mempunyai kanser payudara pada tahap awal boleh sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mengesan kanser dalam kalangan perempuan muda

Perempuan muda

Sukar untuk mengesan siapa yang akan mendapat kanser payudara pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang membuatkan perempuan muda mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Tetapi, jika anda risau mengenai risiko kanser payudara, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan.

Antaranya adalah berbincang dengan doktor dan melakukan ujian genetik. Melalui ujian ini, anda dapat mengetahui sama ada anda membawa mutasi genetik BRCA.

Selain itu, pemeriksaan payudara kendiri juga mungkin dapat membantu. Malah, hampir 80% wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara telah mengesan sebarang abnormaliti pada buah dada mereka melalui pemeriksaan kendiri.

Jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit kanser payudara, berjumpalah doktor secepat mungkin.

Jangan sesekali abaikan simptom kanser. Malah, jika ia dikesan awal, besar kemungkinan kanser tersebut boleh pulih melalui rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fertility and breast cancer treatment. https://breastcancernow.org/information-support/facing-breast-cancer/breast-cancer-in-younger-women/fertility-breast-cancer-treatment. Accessed July 2, 2021.
  2. Breast Cancer in Young Women. https://www.cdc.gov/cancer/breast/young_women/index.htm. Accessed July 2, 2021.
  3. Breast Cancer in Young Women. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/16805-breast-cancer-in-young-women. Accessed July 2, 2021.
  4.  Too Young to Screen: Breast Cancer in Younger Women. https://www.yalemedicine.org/news/breast-cancer-younger-women. Accessed July 2, 2021.
  5. Breast Cancer Statistics in Young Adults. https://www.youngsurvival.org/learn/about-breast-cancer/statistics. Accessed July 2, 2021.

Versi Terbaru

30/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Fakta Menarik Jika Wanita Tekad Mencegah Kanser Payudara, Lihat Yang Terakhir!

Periksa Buah Dada Anda Sekarang! Jika Besar Sebelah Ini Mungkin Tanda Awal Kanser Payudara


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan