Oleh yang demikian, para wanita haruslah mengambil tahu bagaimana kanser payudara boleh terjadi bagi menjamin kesihatan payudara masing-masing.
Artikel ini akan memberikan informasi kepada kaum Hawa di luar sana mengenai faktor-faktor terjadinya kanser dan tanda-tanda yang harus anda waspada pada payudara anda.
Faktor-faktor boleh terjadinya kanser payudara
Anda harus tahu bahawa kebanyakan wanita yang positif kanser payudara sebenarnya tidak mempunyai faktor penyebab lain selain hanya dengan berjantinakan wanita.
Namun begitu, faktor-faktor yang bakal artikel ini kupaskan juga harus dipandang serius. Ini antaranya:
Secara majoriti, kaum wanita akan lebih berisiko dan cenderung untuk mendapat kanser payudara jika dibandingkan dengan kaum lelaki.
Semakin anda meningkat umur, semakin tinggi peluang anda untuk terkena penyakit kanser ini.
-
Mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kanser
Jika anda mempunyai mana-mana ahli keluarga yang mempunyai kanser sama ada emak, kakak, ibu saudara mahupun nenek, kebarangkalian untuk anda boleh mendapat kanser payudara itu wujud.
Namun begitu, majoriti pesakit kanser payudara tidak mempunyai sejarah keluarga yang memiliki kanser.
Apakah tanda-tanda kanser payudara?
Kanser payudara sering terdapat di bahagian atas luar payudara, tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian payudara.

Antara tanda kanser payudara yang perlu diperhatikan ialah:
- Terdapat ketulan pada bahagian ketiak
- Bengkak pada sebahagian payudara
- Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
- Ketulan atau ketebalan di mana-mana bahagian pada payudara
- Sebarang perubahan terhadap bentuk, tekstur atau warna kulit pada payudara
- Lekukan atau kecutan kulit pada payudara
- Puting yang tertolak ke dalam dan perkara ini tidak pernah berlaku kepada anda
- Keluar cecair daripada puting payudara dan meninggalkan kesan pada pakaian anda
Tanda jika bukan kanser:
- Terdapat ketulan pada payudara sebelah
- Ketulan yang menghilang selepas habis haid
- Ketulan yang bertekstur lembut
- Terdapat beberapa ketulan pada payudara
Rumusan
Semua perubahan ini boleh dilihat atau dirasa jika anda cakna terhadap kesihatan payudara anda.
Pemeriksaan payudara dalam skala yang kerap dapat membantu memantau jika terdapat sebarang tanda-tanda kanser payudara.
Selain itu, perubahan pada payudara juga dapat dilihat atau dikesan oleh pekerja profesional kesihatan semasa melakukan pemeriksaan payudara di klinik.
Jika anda mempunyai gejala-gejala kanser payudara seperti di atas, ambil tidakan segera dengan menetapkan temujanji bersama golongan profesional atau doktor anda.
Yang paling penting, pastikan anda berusaha sebaik mungkin dalam penjagaan kesihatan diri seperti kerap bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat kerana anda bertanggungjawab ke atas kesihatan anda sendiri.