Kanser Payudara. Apa Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia, khususnya dalam kalangan wanita. Malah, di peringkat global juga menunjukkan kecenderungan yang sama.

Di Malaysia, 1 daripada 19 orang wanita berisiko mendapat kanser payudara. Manakala di Eropah, nisbahnya lebih kecil iaitu 1 daripada 8 wanita berisiko menghidap kanser ini.

Apakah punca kanser payudara?

Kanser secara umumnya berlaku apabila sel-sel tertentu di dalam badan berkembang-biak di luar kawalan. Sel-sel ini akhirnya terkumpul dan membentuk ketulan atau ketumbuhan. Sel-sel kanser ini boleh merebak ke nod limfa atau ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Kebanyakan kanser ini bermula daripada saluran susu atau disebut sebagai invasive ductal carcinoma. Ia juga boleh bermula daripada tisu payudara iaitu lobul atau disebut sebagai invasive lobular carcinoma.

Puncanya adalah tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Namun, sesetengah orang adalah lebih berisiko berbanding yang lain. Antara kumpulan yang berisiko adalah:

  • Wanita adalah 100 kali ganda lebih berisiko berbanding lelaki. Kes dalam kalangan lelaki hanya merangkumi 1 peratus daripada keseluruhan kes kanser payudara.
  • Mempunyai sejarah kanser payudara dalam keluarga.
  • Pernah menghidap kanser yang sama sebelum ini.
  • Haid bermula pada usia yang lebih muda dan menopause pada umur yang tua.
  • Faktor keturunan. Mutasi pada gen tertentu meningkat risiko kanser. Mutasi paling kerap adalah gen BRCA1 dan BRCA2.

Apakah tanda-tanda kanser payudara?

Tanda atau simptom utama bagi kanser payudara adalah ketumbuhan atau kebengkakan pada mana-mana bahagian payudara. Ia ditemui sama ada secara tidak sengaja atau semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Selain daripada dua simptom ini, ia juga boleh menyebabkan simptom berikut:

  • Puting masuk ke dalam atau sakit.
  • Puting mengeluarkan cecair dalam bentuk nanah atau darah.
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara.
  • Kulit berkedut seperti kulit limau.
  • Ketulan pada ketiak.

Kanser payudara sangat penting untuk dikesan awal

Kanser ini dibahagikan kepada 4 tahap. Tahap 1 dan 2 adalah dikira sebagai tahap awal dan mempunyai peratusan yang tinggi untuk sembuh. Manakala tahap 4 adalah tahap lanjut dengan peratusan sembuh yang sangat rendah. Tahap 3 pula adalah pertengahan.

Data pada tahun 2008 menunjukkan bahawa hampir 40 peratus daripada kes kanser payudara di Malaysia dikesan pada tahap 3 dan 4. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Ujian mammogram adalah penting untuk diagnosis awal

Untuk mengesan kanser ini pada tahap awal, kesedaran tentang kanser payudara perlu dipupuk. Setiap wanita perlu mengambil langkah aktif. Apa yang boleh dilakukan ialah:

  • Pemeriksaan sendiri payudara (PSP). Pemeriksaan mudah ini harus dilakukan oleh semua wanita selepas 18 tahun 3 hingga 5 hari selepas haid. Belajar teknik PSP daripada doktor atau jururawat di hospital. Di laman sesawang juga ada banyak tersedia teknik PSP.
  • Mamogram. Ini adalah ujian X-ray payudara. Ia dilakukan oleh wanita berumur antara 40 hingga 69 dan mereka yang berisiko tinggi. Mamogram mampu mengesan kanser lebih awal sebelum simptom berlaku.

Kanser payudara boleh dirawat

Banyak pilihan rawatan yang ada pada hari ini, berbeza mengikut tahap kanser payudara. Kanser ini adalah antara kanser yang mencatatkan peratus kematian yang rendah berbanding kanser lain di Malaysia.

Namun, angka kematian yang dicatatkan tetap tinggi kerana bilangan kes yang banyak. Antara pilihan rawatan yang ada adalah:

  • Pembedahan.
  • Radioterapi.
  • Kemoterapi.
  • Terapi hormon.

Perkembangan teknologi perubahan telah memberikan harapan serta menyelamatkan banyak nyawa pesakit kanser payudara. Namun, ia harus dikesan awal untuk memberikan hasil yang lebih meyakinkan.

Dengan 40 peratus kes yang dikesan pada tahap 3 dan 4, lebih banyak kesedaran dan penyediaan program mammogram perlu digiatkan.

Rawatan kanser payudara bermula dari pencegahan dan pencegahan bermula dari kesedaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan