backup og meta

Anak Menghidap Kanser Paru-Paru? Ini Apa Yang Boleh Dilakukan Sebagai Ibu Bapa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/05/2023

    Anak Menghidap Kanser Paru-Paru? Ini Apa Yang Boleh Dilakukan Sebagai Ibu Bapa

    Menjaga anak sakit, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit kanser merupakan satu cabaran untuk mana-mana ibu dan bapa di luar sana.

    Tidak dinafikan, ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit kanser perlu berkorban dari segi fizikal, emosi dan juga kewangan bagi memastikan anak mereka kekal sihat.

    Kami faham bahawa menjaga anak-anak yang istimewa ini merupakan sebuah tanggungjawab yang amat besar.

    Menurut kajian, kanser yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak mempunyi punca yang berbeza daripada kanser yang berlaku kepada orang dewasa.

    Kanser yang menyerang orang dewasa selalunya berkait rapat dengan faktor gaya hidup atau faktor persekitaran seperti amalan merokok, minum arak ataupun obesiti.

    Namun, kanser dalam kalangan kanak-kanak pula selalunya terjadi tanpa sebab yang jelas. Puncanya juga selalunya tidak dapat dikenal pasti.

    Selalunya, kanak-kanak yang sakit akan dirawat dengan cara yang berbeza. Keadaan emosi mereka juga perlu diambil kira supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan penyakit yang dialami.

    Kanser yang berlaku pada kanak-kanak selalunya tidak dapat dielakkan atau dikenal pasti dengan lebih awal.

    Kebanyakan kanser dalam kanak-kanak boleh dipulihkan dengan rawatan kanser seperti pembedahan dan terapi radio.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

    Ingatlah bahawa anda tidak berseorangan

    ibu bapa

    Bukan mudah untuk menerima hakikat apabila anak didiagnosis dengan kanser. Ramai yang akan rasa sedih, terluka malah keliru apabila mereka mendapat tahu bahawa anak mereka menghidap penyakit ini.

    Pastikan anda sentiasa ingat bahawa:

    • Anda tidak berseorangan. Malah, anak anda juga akan dijaga oleh satu kumpulan doktor pakar yang boleh merawat kanser yang anak  alami. Fizikal serta emosinya juga lebih terjaga apabila berada di bawah jagaan pakar. 
    • Semakin ramai kanak-kanak sembuh daripada kanser. Disebabkan rawatan kanser kini sudah semakin maju, ibu bapa boleh meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk melihat anak mereka sembuh.
    • Penting untuk mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai kanser. Kini anda boleh belajar mengenai penyakit yang dihidapi anak anda dengan mudah. Kehadiran media sosial dan kemudahan internet membuatkan semua info mengenai kanser boleh diakses di hujung jari.

    Informasi yang boleh didapati di laman sesawang amat berguna jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai jenis kanser yang anak anda alami.

    Selain itu, anda juga boleh memahami lebih mendalam lagi tentang prosedur, rawatan, ataupun percubaan klinikal yang terdapat di Malaysia.

     Jenis penyakit kanser yang selalu menyerang kanak-kanak

    ibu bapa

    Leukemia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ada beberapa jenis leukemia yang anda perlu tahu iaitu acute lymphocytic leukaemia (ALL) dan acute myeloid leukaemia (AML).

    Kanser lain seperti kanser paru-paru juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Namun, peratusannya amat rendah lebih-lebih lagi jenis kanser yang berlaku kepada orang dewasa.

    WHO menjelaskan bahawa 10% daripada kanser yang berlaku dalam kanak-kanak mempunyai kaitan genetik. Tetapi, masih banyak kajian yang perlu dijalankan sebelum pakar boleh memastikan punca sebenar kanser tersebut.

    Kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap kanser dapat menerima rawatan dengan baik dan hampir 80% daripada pesakit boleh hidup lebih daripada 5 tahun.

    Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghidap kanser mungkin perlukan rawatan seumur hidup untuk pastikan kanser tersebut tidak kembali.

    Apa yang anda perlu lakukan jika anak menghidap penyakit kanser?

    ibu bapa

    Mengurus anak yang mempunyai penyakit kanser bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, anda boleh lakukan beberapa perkara untuk pastikan anak anda kekal tenang. Antaranya termasuklah:

    1. Ibu bapa boleh bercakap dengan anak tentang keadaan mereka, penyakit yang dialami dan apa yang sedang berlaku kepada mereka. Pastikan anda gunakan bahasa yang bersesuaian dengan umur anak supaya mudah untuk mereka faham.
    2. Galakkan anak untuk berkongsi perasaan mereka melalui permainan, lukisan ataupun tulisan.
    3. Walaupun anak anda sakit, pastikan anda mempunyai rutin harian yang akan berjalan seperti biasa. Kadangkala, anak akan jadi lebih lega apabila semuanya kekal sama dan tiada apa yang berubah walaupun mereka tidak sihat.
    4. Pastikan anak anda sentiasa bergaul dengan ahli keluarga dan rakan-rakan walaupun mereka sedang berada di hospital ataupun sedang menjalani rawatan. Jika boleh, gunakan teknologi yang ada untuk bantu mereka berjumpa dan bercakap dengan ahli keluarga.
    5. Pastikan anda juga berkomunikasi dengan cara yang sama kepada anak-anak yang sihat. Mereka perlu tahu apa yang sedang berlaku.
    6. Kanak-kanak lebih mudah untuk menyesuaikan diri jika mendapati ibu bapa mereka kekal tenang. Pastikan anda tahu cara untuk mengawal emosi serta perasaan anda. Jika mengalami masalah, anda sentiasa dialu-alukan untuk berjumpa dengan doktor.

     Pastikan anda ikut jadual untuk rawatan tambahan

    Selepas rawatan kanser, pihak hospital selalunya akan menyediakan jadual rawatan tambahan ataupun pemeriksaan follow-up untuk anak anda.

    Pastikan anda sentiasa bawa anak untuk pemeriksaan ketika dijadualkan. Apabila anak semakin membesar, dia mungkin tidak lagi perlukan rawatan yang sekerap dahulu kerana sakit yang dialami akan beransur pulih.

    Walau bagaimanapun, follow-up masih lagi penting supaya doktor boleh memantau keadaan anak anda dan pastikan mereka tidak mengalami apa-apa kesan sampingan daripada rawatan kanser yang diterima.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan