home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser, Namun Rambut Gugur Dikatakan Salah Satu Kesan Sampingan

Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser, Namun Rambut Gugur Dikatakan Salah Satu Kesan Sampingan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Ada pelbagai jenis rawatan yang berbeza untuk kanser dan setiap rawatan mempunyai kesan yang berbeza. Oleh itu, rawatan yang dicadangkan juga mungkin berbeza mengikut jenis dan tahap barah yang dihidapi pesakit.

Pesakit perlu tahu tentang rawatan yang mereka terima. Oleh sebab itu, pastikan anda berbincang dengan doktor tentang kesan sampingan yang mungkin anda alami.

Penting untuk pesakit faham tentang kondisi yang mereka alami kerana ia boleh membantu pesakit untuk menyesuaikan diri dengan kanser yang dihadapi. Pesakit juga boleh melakukan keputusan yang lebih tepat berkenaan dengan rawatan yang mereka terima.

Matlamat utama rawatan

Rawatan kanser dilakukan dengan tujuan untuk mencari penawar bagi kanser yang dialami. Kadangkala, pesakit kanser hanya perlukan satu jenis rawatan untuk sembuh. Namun, selalunya rawatan kanser diberikan secara kombinasi.

Rawatan kanser mungkin diberikan sebagai:

1. Rawatan primer (Primary treatment)

Rawatan kanser primer merupakan rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit. Rawatan ini bertujuan untuk membuang sel kanser sepenuhnya daripada badan pesakit ataupun membunuh semua sel kanser yang ada.

Semua rawatan kanser boleh dilakukan sebagai rawatan primer. Namun, pembedahan merupakan rawatan yang paling lazim digunakan sebagai rawatan primer.

2. Rawatan adjuvant (Adjuvant treatment)

Pesakit yang telah melalui rawatan primer mungkin memerlukan rawatan kedua atau rawatan adjuvant untuk membuang semua sisa sel yang tinggal pada tubuh pesakit.

Sebagai contoh, pesakit yang telah mengalami pembedahan selalunya akan menerima rawatan lain seperti kemoterapi, terapi radiasi dan terapi hormon sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan kanser tersebut daripada berulang.

3. Rawatan paliatif (Palliative treatment)

Rawatan paliatif bertujuan untuk melegakan simptom yang disebabkan oleh kanser. Doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan tertentu untuk melegakan simptom seperti sesak nafas dan sakit dada.

Individu yang menghidap kanser pada tahap yang serius akan menerima rawatan paliatif yang dapat membantu mereka untuk hidup lebih lama dan selesa walaupun penyakit mereka mungkin tidak boleh dirawat.

Rawatan kanser seperti pembedahan, terapi radio, terapi hormon, kemoterapi dan sebagainya juga boleh digunakan sebagai rawatan paliatif.

Rawatan ini juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit dengan bertindak mengecilkan tumor atau mengurangkan tekanan ke atas saraf ataupun tisu sekeliling.

Selain itu, rawatan paliatif juga boleh diberikan kepada pesakit ketika mereka sedang melalui rawatan lain untuk menyembuhkan kanser.

Jenis rawatan kanser

Rawatan kanser melalui pembedahan

Pembedahan merupakan satu prosedur yang dilakukan untuk membuang sel kanser daripada tubuh badan pesakit. Pesakit mungkin perlukan pembedahan sebagai salah satu langkah untuk mencegah kanser daripada merebak.

Selalunya, pembedahan akan dilakukan secara kombinasi dengan rawatan yang lain seperti kemoterapi dan terapi radiasi.

Pembedahan juga akan dilakukan mengikut keperluan pesakit. Doktor akan mengambil kira jenis kanser, tahap dan juga kesihatan pesakit sebelum melakukan pembedahan.

Salah satu jenis kanser yang mungkin memerlukan pembedahan sebagai rawatan ialah kanser payudara. Doktor mungkin akan melakukan pembedahan ke atas pesakit jika kanser tersebut masih bersaiz kecil dan berada di lokasi yang sesuai untuk dibedah.

Rawatan kanser melalui terapi

1. Terapi radiasi

Terapi radiasi (atau terapi radio) merupakan sejenis rawatan yang menggunakan radiasi untuk membunuh sel kanser dan mengecilkan saiz tumor.

Jangka masa terapi radiasi mungkin memakan masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum kesannya dapat dirasai oleh pesakit.

2. Proses kemoterapi

Proses kemoterapi merupakan sejenis rawatan yang menggunakan ubat-ubatan tertentu untuk membunuh sel kanser.

Rawatan kemoterapi boleh membunuh sel kanser dan memperlahankan pertumbuhan kanser tersebut. Tetapi, pada masa yang sama, rawatan kemoterapi turut membunuh sel yang sihat.

Pesakit yang menerima rawatan kemoterapi mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan yang tidak diingini. Proses kemoterapi akan buatkan pesakit rasa penat, mengalami rambut gugur dan juga kerap rasa mual.

3. Terapi imun

Terapi imun merupakan sejenis rawatan yang membantu sistem imun badan untuk melawan kanser. Terapi imun merupakan sejenis terapi biologikal yang menggunakan bahan yang hidup untuk merawat kanser.

Terapi imun boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser. Namun, rawatan ini masih belum digunakan secara meluas seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.

4. Terapi hormon

Terapi hormon selalunya digunakan untuk merawat kanser yang memerlukan hormon untuk membesar seperti kanser prostat dan kanser payudara.

Sama seperti rawatan lain, terapi hormon bertujuan untuk merawat kanser dan mengurangkan simptom yang dialami pesakit.

Baca juga:

Rawatan kanser melalui pemberian preskripsi

Rawatan kanser juga mungkin terdiri daripada terapi yang menggunakan ubat-ubatan yang khas. Salah satu contoh rawatan yang berkenaan ialah terapi sasaran.

1. Terapi sasaran (targeted therapy)

Terapi sasaran merupakan sejenis rawatan yang menggunakan ubat khas untuk menyerang sel kanser secara spesifik. Terapi sasaran boleh digunakan secara bersendirian ataupun secara kombinasi dengan rawatan jenis lain.

Terapi sasaran berbeza dengan kemoterapi dari segi cara ia melawan kanser. Kemoterapi bukan sahaja membunuh sel kanser, malah ia juga turut membunuh sel yang normal dan sihat.

Disebabkan rawatan ini mempunyai ‘sasaran’ yang tersendiri, maka rawatan ini akan menyerang sel kanser sahaja dan tidak akan mengganggu sel lain yang sihat.

2. Terapi tanpa preskripsi (over-the-counter – OTC)

kesan kanser

Doktor juga boleh memberi ubat yang boleh didapati secara over-the-counter (OTC) kepada pesakit sebagai salah satu cara untuk melegakan simptom yang mereka alami.

Sebagai contoh, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin ataupun ibuprofen untuk melegakan kesakitan yang dialami.

Namun, jika ubat OTC tidak mampu melegakan kesakitan yang dialami, doktor boleh memberi preskripsi untuk ubat yang lebih kuat.

Amalan gaya hidup sihat rawatan kanser terbaik

Pesakit yang menghidap barah bukan sahaja perlu melalui rawatan, mereka juga mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Salah satu daripadanya ialah dengan makan makanan yang sihat kerana pesakit kanser perlu mendapatkan tenaga yang secukupnya daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Elakkan makan makanan yang diproses dan daging merah. Daging merah boleh meningkatkan risiko kanser kerana ia mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan sel yang melapisi bahagian perut lalu mengakibatkan kanser.

Selain itu, pesakit barah juga perlu mengekalkan berat yang normal kerana selepas menjalani rawatan kanser, pesakit menghadapi kehilangan berat badan.

Kesan sampingan rawatan kanser

Rawatan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Namun, kesan sampingan ini mungkin berbeza mengikut individu dan jenis rawatan yang diterima.

Disebabkan sel kanser turut memusnahkan sel yang normal, pesakit mungkin akan menghadapi beberapa kesan sampingan seperti rasa penat, rambut gugur dan turun berat badan.

Pastikan anda rujuk kepada doktor berhubung dengan kesan sampingan rawatan yang anda alami. Segera berjumpa doktor jika anda alami kesan sampingan yang teruk dan boleh memudaratkan.

Berikut merupakan antara kesan sampingan yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit kanser:

1. Rambut gugur

Beberapa jenis rawatan boleh menyebabkan rambut gugur. Kondisi ini turut dikenali sebagai alopecia dan keadaan ini mungkin berkekalan selama dua atau tiga bulan setelah rawatan berakhir.

Normal untuk pesakit rasa sedih jika mereka mula keguguran rambut setelah menerima rawatan. Namun, bukan semua rawatan kanser akan mengakibatkan rambut gugur.

Oleh itu, berbincang dengan doktor jika anda mempunyai persoalan tentang kesan sampingan yang bakal anda alami kesan daripada rawatan kanser.

2. Mual dan muntah-muntah

Rawatan kanser seperti proses kemoterapi mungkin akan mengakibatkan pesakit rasa loya dan muntah-muntah. Simptom ini boleh diatasi dengan cara mengambil ubat-ubatan yang sesuai ketika pesakit mula rasa tidak sedap perut.

Pesakit yang kerap muntah akan alami masalah lain seperti hilang selera makan, malnutrisi dan dehidrasi. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit juga boleh alami tekanan mental akibat kondisi ini.

3. Sakit akibat kanser

Rawatan sendiri menyebabkan pesakit rasa sakit. Rasa sakit ini akan menganggu kehidupan seharian dan menurunkan kualiti hidup pesakit kanser.

Sakit yang pesakit kanser alami ini boleh dikurangkan dengan cara mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian.

Ubat-ubatan lain yang mungkin bersesuaian seperti ubat anti-depresi, anti-sawan dan steroid.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. American Cancer Society. 2019. How Targeted Therapies Are Used to Treat Cancer. December 27. Accessed August 18, 2020. https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/treatment-types/targeted-therapy/what-is.html.
  2. Cancer Council NSW. n.d. Meat and cancer. Accessed August 18, 2020. https://www.cancercouncil.com.au/cancer-prevention/diet-exercise/nutrition-and-diet/making-healthy-food-choices/meat-and-cancer/#:~:text=Red%20meat%20may%20affect%20cancer,bowel%2C%20which%20may%20cause%20cancer.
  3. Cancer Research UK. 2018. Palliative treatment. August 20. Accessed August 17, 2020. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/cancer-in-general/treatment/palliative.
  4. Cancer.net. 2019. What is Cancer Surgery? Mei. Accessed August 18, 2020. https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/how-cancer-treated/surgery/what-cancer-surgery#:~:text=Tumor%20removal%2C%20also%20called%20curative,as%20chemotherapy%20or%20radiation%20therapy.
  5. Mayo Clinic. 2020. Cancer treatment. June 4. Accessed August 17, 2020. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/cancer-treatment/about/pac-20393344#:~:text=Any%20cancer%20treatment%20can%20be,Adjuvant%20treatment.
  6. NIH. 2015. Chemotherapy to Treat Cancer. April 29. Accessed August 18, 2020. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/types/chemotherapy.
  7. —. 2019. Immunotherapy to Treat Cancer. September 24. Accessed August 18, 2020. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/types/immunotherapy.
  8. —. 2019. Radiation Therapy to Treat Cancer. January 8. Accessed August 18, 2020. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/types/radiation-therapy.

 

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 17/09/2020
x