backup og meta

Masa Untuk Periksa Kulit Anda! Ini Gejala Bagi 4 Jenis Kanser Kulit Yang Boleh Ancam Nyawa

Masa Untuk Periksa Kulit Anda! Ini Gejala Bagi 4 Jenis Kanser Kulit Yang Boleh Ancam Nyawa

Tanda kanser kulit lazimnya berlaku pada kawasan yang terdedah pada sinaran ultraungu (UV) matahari.

Ia boleh kelihatan seperti tahi lalat, jeragat atau tompokan. Karakter kepada anomali kulit tersebut berlainan mengikut kepada jenis kanser kulit yang dialami oleh pesakit.

Selain daripada kawasan seperti muka, dada, lengan dan tangan, tanda kanser kulit juga boleh berlaku pada kawasan yang kurang terdedah kepada cahaya matahari seperti:

  1. Kulit kepala.
  2. Telinga.
  3. Bibir.
  4. Kemaluan.
  5. Tapak kaki.
  6. Di bawah kuku.
  7. Leher.

Artikel ini akan membincangkan tanda 4 jenis tanda kanser kulit. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

#1 Keratosis aktinik, keadaan pra kanser kulit yang boleh mengancam nyawa

Keratosis aktinik adalah keadaan pra kanser yang membuatkan kulit anda kelihatan berkerak atau bersisik.

Ia boleh muncul di kawasan badan seperti:

  1. Kulit kepala.
  2. Muka.
  3. Belakang tangan.
  4. Lengan.
  5. Bahu.
  6. Leher.
  7. Telinga.
  8. Bibir.

Berbeza dengan keadaan yang menjadi tanda kanser kulit, lesi yang disebabkan oleh keratosis aktinik boleh jadi terlalu kecil sehinggakan ia hanya boleh dikesan dengan sentuhan.

Jika dilihat pada senarai kawasan yang berisiko mengalami keadaan ini, kesemuanya adalah kawasan yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Kebiasaannya, kulit anda akan menjadi kasar seperti kertas pasir disebabkan oleh lesi tersebut.

Warnanya boleh sama dengan kulit anda atau ia boleh bertukar menjadi warna merah atau pink.

Jika anda didiagnosis dengan masalah ini, dapatkan rawatan dengan kadar segera. 

Jika dibiarkan begitu sahaja, ia boleh berubah menjadi kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel skuamos.

#2 Karsinoma sel skuamos, boleh tersebar ke organ lain

tanda kanser kulit

Karsinoma sel skuamos kebiasaannya berlaku pada bahagian badan yang sering terdedah kepada sinaran ultraungu matahari.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana ketumbuhan karsinoma sel skuamos berlaku pada kawasan yang terlindung daripada sinaran ultraungu seperti kemaluan dan di dalam mulut.

Oleh sebab ia mempunyai pelbagai jenis manifestasi fizikal, jenis kanser ini dianggap bahaya dan boleh menyebabkan komplikasi teruk.

Antara karakter bagi kanser jenis ini adalah:

  1. Bersisik dan kelihatan seperti tompokan merah yang berdarah.
  2. Luka terbuka yang berdarah, berkerak dan tidak sembuh.
  3. Ketumbuhan dengan lekukan di bahagian tengah (berdarah dan sakit apabila disentuh).
  4. Ketumbuhan yang menyerupai ketuat, namun ia berdarah dan berkerak.

Tanda kanser kulit karsinoma sel skuamos boleh menyebabkan kegatalan yang amat.

Jika digaru, ia boleh menyebabkan iritasi dan radang pada kawasan kulit. Sekiranya kawasan yang digaru tersebut luka, ia boleh menyebabkan masalah jangkitan.

Tanpa rawatan, jenis dan tanda kanser kulit ini boleh membesar dan tersebar ke organ lain.

#3 Tanda kanser kulit – Karsinoma sel basal, mudah untuk dirawat

Konsep bagi jenis kanser kulit ini menyerupai karsinoma sel skuamos. Bezanya, ia berlaku pada lapisan kulit yang mempunyai sejenis sel kulit yang dipanggil sel basal.

Sel ini terletak di bawah lapisan epidermis yang merupakan lapisan luar kulit.

Mereka yang mengalami masalah kulit ini boleh menunjukkan rupa keadaan kulit yang berbeza. Antaranya adalah:

  • Luka yang tidak sembuh selepas 7 hingga 10 hari
  • Tompokan merah yang gatal, sakit, berkerak atau mudah berdarah
  • Bengkak kulit yang kelihatan pink, merah atau putih (bergantung kepada tona kulit anda). Jika anda mempunyai tona kulit gelap, ia boleh berwarna hitam atau coklat
  • Ketumbuhan pink dengan sempadan yang jelas serta lekukan di tengah-tengah

Berbeza dengan karsinoma sel skuamos, jenis kanser kulit ini mempunyai kadar pertumbuhan yang perlahan dan ia mudah dirawat.

Kebarangkaliannya untuk tersebar ke organ lain sangat rendah.

#4 Melanoma, jenis kanser kulit paling serius

tanda kanser kulit

Walaupun melanoma bukanlah jenis kanser kulit yang paling lazim didiagnosis, tapi ia adalah yang paling serius.

Kebiasaannya, mereka yang menghidapnya akan mempunyai jeragat atau tahi lalat pada kawasan kaki, dada, belakang kepala atau leher.

Terdapat beberapa aspek yang perlu anda pantau untuk mengetahui sama ada jeragat atau tahi lalat anda adalah melanoma atau tidak.

Antaranya:

  • Asimetri: Kebanyakan tahi lalat yang bersifat kanser tidak simetri. Ini bermakna, saiz atau rupa bagi kedua-dua belah tahi lalat (jika anda membahagikannya kepada dua) kelihatan tidak serupa
  • Sempadan: Sempadan bagi jeragat atau tahi lalat yang sihat kebiasaannya rata manakala bagi kanser pula, ia boleh rasa kasar atau sempadannya naik menyebabkan permukaan tidak rata
  • Perubahan warna: Warna tahi lalat atau jeragat tidak sama dengan yang sihat. Perubahan ini boleh berlaku akibat proses patologi kanser
  • Diameter: Bagi tahi lalat atau jeragat yang berukuran 6 milimeter atau lebih, ia mungkin bersifat kanser

Konklusi

Jika anda mempunyai tahi lalat atau jeragat yang kelihatan pelik atau anda mengesyakinya sebagai kanser, rujuk doktor perubatan bertauliah untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Kebanyakan individu tidak begitu peka dengan perubahan kulit mereka, namun inilah masanya untuk anda memberi perhatian kepada sebarang perubahan yang berlaku.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, kelak ia boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam kesihatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can Melanoma Skin Cancer Be Found Early? (https://www.cancer.org/cancer/melanoma-skin-cancer/detection-diagnosis-staging/detection.html). Diakses pada 20 Februari 2021.
  2. Basal Cell Carcinoma Warning Signs. (https://www.skincancer.org/skin-cancer-information/basal-cell-carcinoma/bcc-warning-signs-images/). Diakses pada 20 Februari 2021.
  3. Skin cancer. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/skin-cancer/symptoms-causes/syc-20377605). Diakses pada 20 Februari 2021.
  4. Skin cancer. https://www.aad.org/public/diseases/skin-cancer/types/common. Diakses pada 20 Februari 2021.
  5. Skin cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15818-skin-cancer. Diakses pada 20 Februari 2021.

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cara Mudah Nak Cegah Kanser Kulit, Rajinkan Diri Pakai 'Sunscreen'! Ini Sebabnya

Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan