backup og meta

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/10/2022

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Masalah kulit kering sekitar mulut boleh berpunca daripada pelbagai jenis keadaan, ini termasuklah dermatitis perioral, masalah kekeringan, alergi, dan kerengsaan akibat penggunaan produk tertentu.

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

    Punca kulit kering sekitar mulut

    Kulit pada wajah adalah sensitif dan senang untuk sentiasa terdedah kepada pencemaran persekitaran.

    Menggunakan produk solek dan kecantikan secara berkala juga mampu menyumbang kepada perubahan jenis kulit, menjadikannya lebih sensitif.

    Berikut adalah beberapa faktor utama yang bertanggungjawab untuk kondisi kekeringan kulit tersebut:

    • Dermatitis perioral

    Kondisi kulit ini biasanya berlaku pada wanita dewasa, dermatitis perioral boleh menyebabkan tompok-tompok kering dan bersisik di sekitar mulut dan ia juga boleh merebak ke hidung dan bawah mata.

    Menurut American Osteopathic College of Dermatology (AOCD), masalah kulit ini biasanya berwarna merah dan bersisik. Ia juga boleh disertai dengan rasa gatal atau sensasi seakan terbakar.

    Lebih-lebih lagi, masalah kekeringan sekitar mulut ini boleh merebak hingga kulit di sekitar mata, dan ia lebih banyak mempengaruhi wanita daripada lelaki atau kanak-kanak.

    • Ekzema

    ekzema

    Ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik, menjadi kemungkinan kepada penyebab kulit kering sekitar mulut anda.

    Ini adalah faktor genetik yang menjadikan kulit anda sukar dilindungi daripada perkara seperti alergen dan perengsa.

    Anda mungkin mengalami:

    • Kulit kering
    • Keretakan kulit
    • Kegatalan

    Namun begitu, kekeringan kulit ini tidak mempengaruhi bibir anda, hanya kulit di sekitarnya.

    • Kekurangan sebum

    Kulit kita menghasilkan minyak agar kekal terhidrat. Kadangkala, jika ia menghasilkan terlalu banyak minyak, jerawat boleh tumbuh, atau kondisi sebaliknya akan mengakibatkan kulit kering.

    Kulit yang kering tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi dan permukaan kulit akan kelihatan kasar atau bersisik.

    Selain itu, mencuci muka secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan minyak muka, yang turut menyebabkan masalah kekeringan.

    • Dermatitis kontak yang merengsa

    Salah satu penyebab kulit kering sekitar mulut adalah dermatitis kontak yang bersifat merengsakan, yang berlaku apabila kulit anda terdedah kepada bahan-bahan yang merengsakan kulit.

    Ini boleh menyebabkan:

    • Tompok-tompok merah
    • Kulit lepuh
    • Kegatalan atau sensasi seakan terbakar

    Di samping itu, perkara ini boleh berlaku di sekitar mulut daripada air liur atau tindakan menjilat bibir anda.

    • Alahan

    Mendedahkan kulit anda kepada produk kecantikan yang memiliki bahan yang keras boleh menyumbang kepada alahan dan kulit kering sekitar mulut.

    Rawatan bagi masalah kulit kering sekitar mulut

    Ini adalah cara bagaimana anda dapat menghilangkan masalah kekeringan di sekitar mulut:

    • Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut

    Sebilangan besar pencuci muka di pasaran mempunyai asas alkali, jadi pastikan pembersih wajah anda tidak mengandungi bahan kimia atau pewangi yang berbahaya.

    Selain itu, anda harus memastikan tahap pH pembersih adalah antara 4.7 sehingga 5.7.

    Justeru, elak gunakan pembersih yang mengandungi alkohol, wangian dan warna tiruan kerana ia boleh menyebabkan reaksi alergi dan merengsakan kulit sensitif.

    Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit yang kering. Sapukan pelembap dengan lembut pada kawasan sekitar mulut, 2 kali sehari.

    • Amalkan krim pelindung matahari

    krim-pelindung-atasi-kanser-kulitDengan mengamalkan krim tabir suria secara konsisten mampu membantu anda mencegah masalah ini.

    Elakkan terdedah pada matahari dalam jangka masa lama antara pukul 10 pagi sehinga 2 petang, kerana sinaran matahari paling kuat pada waktu puncak ini.

    • Pengelupasan

    Sel-sel kulit mati berpotensi untuk melekat pada permukaan kulit, dan menyebabkan liang pori tersumbat dan kelihatan kusam.

    Oleh itu, melakukan pengelupasan dapat membantu menyingkirkan tompok-tompok kering di mulut anda, sekali gus menghasilkan sel-sel kulit baru dan sihat.

    • Tabiat gaya hidup

    Makan secara sihat dan kekal hidrat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kulit.

    Justeru, disarankan agar anda beralihlah kepada diet rendah karbohidrat, dan tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Tabiat gaya hidup seperti merokok dan pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan dehidrasi, yang mungkin menyumbang kepada masalah kulit kering sekitar mulut anda.

    • Amalkan pemakaian pelembap bibir

    Memakai pelembap bibir atau lebih dikenali sebagai lip balm sama pentingnya dengan memakai pelembap kulit anda.

    Ini kerana, bibir perlu sentiasa terhidrasi sama seperti kulit. Ia juga dapat membantu mengelakkan anda daripada tabiat menjilat bibir.

    Kesimpulannya, jika anda ada masalah kulit kering sekitar mulut, cuba 5 tip yang kami berikan di atas. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan