Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemakaian topeng muka sudah menjadi satu kemestian sewaktu keluar rumah. Namun, memakai pelitup muka kadangkala boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemakaian topeng muka sudah menjadi satu kemestian sewaktu keluar rumah. Namun, memakai pelitup muka kadangkala boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.
Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka jelas bertujuan bagi mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19.
Jadi, bagaimanakah untuk elak masalah kulit disebabkan memakai pelitup muka? Mari sama-sama ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Ada sesetengah individu yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan topeng muka.
Apatah lagi jika topeng muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.
Sebagai contoh, petugas barisan hadapan yang memakai pelitup muka selama berjam-jam sewaktu bertugas.
Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.
Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah, yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka.
Selain itu, geseran antara topeng muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.
Berikut adalah 5 jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku, disebabkan pelitup muka:
Pemakaian topeng muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.
Jika pelitup muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering.
Ini kerana kain topeng muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka anda.
Bagaimana untuk merawatnya:
Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian mask muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.
Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask muka yang dipakai itu.
Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.
Bagaimana untuk merawatnya:
Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.
Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan.
Apabila anda memakai topeng muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.
Bagaimana untuk merawatnya:
Pemakaian pelitup muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis.
Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.
Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.
Bagaimana untuk merawatnya:
Baca juga:
Anda pasti boleh bayangkan jika memakai mask muka dalam tempoh yang lama.
Anda akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali topeng tersebut disangkut selain pada hidung.
Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah anda.
Bagaimana untuk merawatnya:
Bagi mengelakkan anda daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah.
Keluar rumah hanya bagi urusan-urusan penting sahaja. Apabila anda kurang keluar rumah, maka anda juga tidak perlu memakai pelitup muka.
Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen