Nama lain bagi keadaan ini adalah transient acantholytic dermatosis (TAD).
Punca
Punca penyakit Grover tidak diketahui. Kadang-kadang ia kelihatan bermula atau bertambah buruk selepas terdedah kepada suhu yang melampau dan kadang kala punca kewujudannya tidak diketahui.
Terdapat beberapa faktor yang disyaki membawa kepada perkembangan penyakit Grover atau simptom yang memburukkan keadannya, iaitu:
- Panas dan berpeluh
- Cahaya matahari
- Pendedahan kepada radiasi pengionan seperti matahari, gelombang mikro dan X-rays
- Penyakit buah pinggang peringkat akhir
- Berbaring berpanjangan
- Pemindahan organ
Selain itu, beberapa kes penyakit Grover juga dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan antiviral, seperti ribavirin dan agen biologi yang digunakan untuk terapi kanser, seperti anastrozole. Penyakit Grover juga telah ditemui pada individu yang mempunyai penyakit dermatologi yang sama, seperti dermatitis atopik dan dermatitis kontak.
Simptom
Simptom utama penyakit Grover adalah:
- Ruam secara tiba-tiba di dada, belakang, dan kadang-kadang di lengan dan kaki.
- Lepuh yang mengandungi cecair, berair dengan folikel rambut di tengah.
- Lepuh berkumpul, dan dikelilingi lingkaran merah yang bengkak.
- Kegatalan mungkn lebih teruk, walau bagaimanapun tidak semua orang mengalami gatal-gatal.
Diagnosis
Doktor akan memeriksa anda dan ruam yang muncul. Kadang-kadang ia boleh menjadi satu kesukaran untuk menerangkan perbezaan antara penyakit Grover dan gangguan kulit yang lain. Biopsi kulit yang dicukur boleh mengesahkan diagnosis.