Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda tentang dua kaedah mudah untuk kesan kanser melanoma? Kanser kulit, lebih-lebih lagi kanser melanoma merupakan kanser yang boleh membawa maut.

Anda boleh elakkan kanser ini kerana kadar kesembuhannya amat tinggi jika dikesan awal. Namun, tahukah anda bagaimana hendak melakukan self check untuk periksa kulit anda?

Apa itu melanoma?

Melanoma ialah sejenis barah kulit yang paling bahaya. Melanoma boleh merebak ke organ lain dengan pantas jika tidak mendapat rawatan awal.

Walaupun begitu, melanoma lebih jarang berlaku daripada jenis kanser kulit yang lain. Selain melanoma, terdapat juga barah kulit lain termasuklah basal cell carcinoma dan squamous cell carcinoma.

Melanoma terbentuk dalam sel yang menghasilkan melanin, sejenis pigmen yang memberi warna kepada kulit.

Barah ini boleh terbentuk di mana-mana sahaja pada permukaan kulit termasuklah dalam mata dan juga bahagian dalam hidung dan tekak.

Penghidap kanser melanoma semakin meningkat tahun demi tahun.

Anda lebih berisiko untuk menghidap kanser ini jika anda berumur lebih daripada 40 tahun ataupun mempunyai keluarga dengan sejarah penyakit kanser kulit.

Kaedah ABDCE untuk kesan melanoma

kanser kulit

Pengesanan awal untuk kanser melanoma amatlah penting untuk memastikan kanser tersebut tidak merebak ke organ lain.

99% daripada pesakit yang mempunyai melanoma boleh sembuh jika mendapat pengesanan awal. Kadar survival kemudiannya menurun ke 65% jika kanser telah merebak ke nodus limfa.

Cara pertama yang boleh anda lakukan untuk mengesan melanoma adalah dengan menggunakan cara ABCDE. Cara ini boleh bantu anda mengesan tanda-tanda awal kanser kulit.

A ialah asymmetry atau bentuk yang tidak sama. Bentuk melanoma selalunya bersifat tidak simetri. Oleh itu, melanoma akan berbentuk sedikit pelik daripada tahi lalat biasa.

B ialah border atau keadaan keliling tanda pada kulit. Melanoma mempunyai bahagian keliling yang tidak rata, kasar, berlekuk ataupun sedikit pudar daripada tanda asal.

C ialah colour atau warna. Tanda pada kulit yang mempunyai warna yang pelbagai merupakan salah satu tanda melanoma. Melanoma mempunyai warna coklat ataupun hitam.

Jika melanoma itu semakin membesar, warna lain seperti merah, putih ataupun biru juga mungkin akan muncul.

D ialah diameter. D juga bermaksud dark atau gelap. Melanoma selalunya adalah sebesar pemadam pensil ataupun berdiameter 6 mm.

Selain itu, penting juga untuk anda melihat jika tanda tersebut lebih gelap daripada biasa.

Ada juga melanoma yang lebih jarang berlaku iaitu melanoma amelatonik yang tidak mempunyai apa-apa warna.

E ialah evolving. Melanoma akan membesar dalam saiz, warna, ataupun bentuk.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, segeralah berhubung dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lengkap dan menyeluruh.

Anda mungkin berminat:

Kesan melanoma menggunakan kaedah ugly duckling

Selain kaedah ABCDE, anda juga boleh gunakan cara ugly duckling untuk mengesan melanoma.

Seperti namanya, kaedah ini memerlukan anda untuk mengesan tanda yang pelik dan lebih menyerlah dari tanda-tanda lain yang ada pada badan anda.

Melanoma akan kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan tahi lalat ataupun tanda lahir lain pada badan anda.

Kadangkala, ia lebih gelap, besar ataupun berlekuk daripada jiran-jirannya. Selain itu, tanda yang besar dan pelik yang berada di tempat yang asing dari tanda-tanda yang lain juga dikira sebagai ugly duckling.

Tidak semua melanoma itu sama

Walaupun anda sudah menggunakan kedua-dua kaedah di atas untuk mengesan kanser melanoma, anda harus ingat bahawa tidak semua melanoma adalah sama.

Antara tanda-tanda lain melanoma ialah:

  1. Tumbuh tanda baru (tahi lalat, kesan seperti tanda lahir) pada badan anda.
  2. Muncul tanda yang asing dan tidak kelihatan seperti tanda lain pada badan anada.
  3. Luka yang tidak pernah sembuh.
  4. Merah atau bengkak di sekeliling tahi lalat atau tanda tersebut.
  5. Warna yang pelik dan kadang-kadang terkeluar daripada lingkungan tahi lalat.
  6. Gatal, sakit atau rasa lembut pada satu-satu kawasan pada kulit.
  7. Perbezaan pada permukaan tahi lalat seperti pendarahan, atau tumbuh sisik.

Kesan awal kanser melanoma, lebih banyak peluang untuk sembuh

kesan melanoma

Kanser melanoma terjadi akibat daripada pancaran UV ke atas kulit. Oleh itu, kanser kulit selalunya terjadi pada bahagian kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Maka, untuk mengurangkan risiko kanser, gunakan pelindung matahari setiap kali anda mahu keluar rumah.

Pelindung matahari bukan sahaja baik untuk elak penuaan, malah ia juga berkesan melawan kanser.

Jika anda dapati ada banyak kesan pada tubuh badan anda yang kelihatan pelik ataupun muncul secara tiba-tiba, segeralah berjumpa doktor untuk lakukan ujian saringan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ooforektomi

Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit wanita

Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kanser kolon

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
barah kulit

Hati-hati! Bukan Semua Tahi Lalat Itu Penyeri Wajah, Boleh Jadi Petanda Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan