backup og meta

Ingin Tahu Alami Kanser Usus Atau Tidak, Lihat 9 Tanda Ini!

Ingin Tahu Alami Kanser Usus Atau Tidak, Lihat 9 Tanda Ini!

Kanser kolorektal adalah sejenis kanser yang bermula pada organ kolon (usus besar) atau rektum. Mereka yang menghidap kanser usus tahap 1 atau lebih awal kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang kanser seperti penyakit barah yang lain.

Menurut Persatuan Kanser Amerika (ACS), 1 daripada 23 lelaki atau 1 daripada 25 wanita akan didiagnosis dengan masalah kesihatan ini sepanjang hidup mereka.

Seperti masalah kanser yang lain, tahap keterukan kanser ini bergantung kepada peringkat dan perubahan patologi kanser yang dialami oleh pesakit.

Artikel ini akan membincangkan perubahan kanser yang dialami oleh mereka yang didiagnosis dengan tahap awal kanser kolorektal.

Teruskan membaca dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Bagaimana pengelasan kanser kolon dibuat?

Seperti masalah kanser lain, pengelasan bagi kanser kolon turut dibuat b

erdasarkan klasifikasi TNM yang lazim digunakan di seluruh dunia.
  • T merujuk kepada saiz tumor –  Sebesar mana ketumbuhan kanser telah membesar dan adakah sel kanser telah merebak ke organ berdekatan
  • N merujuk kepada kelenjar limfa – Sama ada sel kanser telah tersebar ke kelenjar limfa berdekatan dengan lokasi kanser
  • M merujuk kepada metastasis – Sama ada sel kanser telah merebak ke organ jauh di seluruh badan seperti peparu dan hati

Terdapat juga jenis pengelasan lain yang sering digunakan oleh pakar untuk mengelaskan kanser, namun sistem TNM kebiasaannya digunakan untuk menjelaskan perihal tahap kanser kepada pesakit.

Kanser usus peringkat awal dan perubahan patologi yang berlaku

kanser usus tahap 1

Berdasarkan kepada istilah yang digunakan, kanser usus peringkat awal membawa maksud proses penyakit yang eksklusif kepada organ asal tanpa melibatkan mana-mana organ lain (jauh atau dekat) atau kelenjar limfa.

Berdasarkan kepada definisi yang diberi, berikut merupakan tahap kanser yang boleh dikira sebagai ‘peringkat awal’ bagi kanser usus:

  • Tahap 0 – Tahap terawal dan ia dikaitkan dengan ketumbuhan pada lapisan mukosa atau lapisan dalam organ usus
  • Tahap 1 – Kanser usus tahap 1 merujuk kepada perubahan kanser yang telah tumbuh ke lapisan submukosa namun belum tersebar ke mana-mana kelenjar limfa
  • Tahap 2A – Ketumbuhan yang dialami telah sampai ke permukaan luar organ namun ia belum menembusi sepenuhnya
  • Tahap 2B – Ketumbuhan telah tumbuh melepasi permukaan luar organ dan mencecah lapisan membran yang melindungi organ abdomen. Sel kanser masih belum tersebar ke kelenjar limfa

Terdapat satu lagi kanser usus tahap 2 yang dilabelkan sebagai kanser usus tahap 2C. 

Namun, bagi pengelasan kanser tersebut, ia sudah mula melibatkan organ dan struktur berdekatan menyebabkan ia tidak lagi seperti apa yang didefinisikan sebagai kanser usus peringkat awal.

Kanser usus tahap 1, ini tanda yang mungkin anda alami

Kanser usus tahap 1 mempunyai manifestasi yang berbeza jika dibandingkan dengan penghidap kanser usus tahap akhir.

Namun, apa yang membuatkan penyakit ini berbahaya adalah penghidap kanser usus peringkat awal kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Mereka seperti individu sihat yang lain berikutan saiz dan patologi sel kanser pada peringkat itu tidak menyebabkan sebarang perubahan fungsi yang ketara pada organ usus.

Lama-kelamaan mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser usus tahap 1 boleh menunjukkan simptom seperti:

  1. Sembelit.
  2. Cirit-birit.
  3. Perubahan warna pada najis.
  4. Perubahan bentuk najis terutamanya jika ia kurus seperti pensel.
  5. Darah pada najis.
  6. Pendarahan pada rektum.
  7. Gas berlebihan.
  8. Kram abdomen.
  9. Sakit abdomen.

kanser usus tahap 1

Seperti yang anda boleh lihat, bagi penghidap kanser usus, tanda pada tahap awal lebih tertumpu kepada sistem gastrousus.

Sekiranya kanser tersebut menjadi bertambah teruk, ia boleh menyebabkan simptom yang lebih bersifat sistemik (seluruh badan) seperti:

  1. Kelesuan.
  2. Rasa lemah tanpa punca yang nyata.
  3. Hilang berat badan tanpa mencuba.
  4. Rasa kembung perut.
  5. Loya dan muntah.
  6. Jaundis.
  7. Kaki dan tangan bengkak.
  8. Sesak nafas.
  9. Sakit kepala kronik.
  10. Penglihatan kabur.
  11. Tulang mudah retak.

Konklusi

Bagi penghidap kanser usus tahap 1, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom memandangkan proses penyakit tersebut masih berada pada peringkat awal.

Namun, jika ia tidak dikesan dan dirawat, perubahan patologi yang bakal berlaku boleh mempengaruhi fungsi sistem gastrousus serta menyebabkan penurunan pada kualiti hidup pesakit.

Bagi golongan berisiko, sangat penting untuk anda menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang optimum setiap masa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colorectal Cancer Stages. (https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer/detection-diagnosis-staging/staged.html). Diakses pada 18 Februari 2021.
  2. Screening for Colorectal Cancer in Asymptomatic Average-Risk Adults: A Guidance Statement From the American College of Physicians. (https://www.acpjournals.org/doi/10.7326/M19-0642). Diakses pada 18 Februari 2021.
  3. Early stage colon cancer. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3870492/). Diakses pada 18 Februari 2021.
  4. Bowel Cancer Stage 1. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/bowel-cancer/stages-types-and-grades/number-stages/stage-one. Accessed February 10, 2022.
  5. Colorectal Cancer: Stages. https://www.cancer.net/cancer-types/colorectal-cancer/stages. Accessed February 10, 2022.
  6. Colon Cancer Treatment (PDQ®)–Patient Version. https://www.cancer.gov/types/colorectal/patient/colon-treatment-pdq. Accessed February 10, 2022.
  7. Colon cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669. Accessed February 10, 2022.

Versi Terbaru

07/11/2023

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Alami Sakit Perut Berpanjangan? Ini Mungkin Antara 11 Tanda Kanser Perut

Ini 7 Tanda Usus Anda Tidak Sihat! Nak Atasinya, Ikut 7 Langkah Mudah Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 07/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan