backup og meta

'Wakanda Selamanya!', 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    'Wakanda Selamanya!', 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Siapa sahaja yang tidak kenal dengan bintang filem popular dari Hollywood Chadwick Boseman? Beliau adalah salah seorang ikon lakon layar di seantero dunia!

    Malangnya, industri perfileman dunia kini telah kehilangan sebutir permata pada tanggal 28 Ogos 2020 akibat antara kanser yang paling berbahaya di dunia iaitu kanser kolon.

    Sangat dikenali dan diminati melalui lakonan hebatnya dalam filem Black Panther anjuran Marvel Studios, mendiang telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 43 tahun.

    Mari kita sama-sama ikuti artikel ini untuk menyusuri serba sedikit mengenai perjuangan mendiang.

    4 tahun berjuang melawan kanser

    black panther chadwick boseman

    Dilahirkan di South Carolina, Amerika Syarikat, bekas graduan Universiti Howard ini memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2002 dengan membawakan watak kecil dalam sebuah drama televisyen.

    Nama beliau mula menyinar selepas membawakan watak pemain baseball terkenal, Jackie Robinson menerusi filem 42 pada tahun 2013.

    Di kemuncak kerjayanya, mendiang telah berjaya memainkan watak Black Panther sehingga namanya dikenali ramai di seantero dunia.

    Namun keberadaan beliau di puncak tidaklah begitu lama kerana mendiang telah meninggal dunia akibat kanser kolon yang telah dihidapinya sejak 4 tahun yang lalu.

    “Berita yang cukup meremukkan hati. Boseman seorang yang istimewa. Seorang bintang filem asli. Beliau sangat komited dan memiliki sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Tidak ramai pelakon yang memiliki kuasa dan berkebolehan sepertinya”, kata Chris Evans yang lebih dikenali dengan watak Captain America lakonannya.

    Untuk pengetahuan anda, mendiang telah didiagnosis menghidapi kanser kolon pada tahun 2016 dan terus berjuang melawan penyakit ini sehingga tahap 4.

    Akhirnya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2020 dan meninggalkan seorang isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

    Apa itu kanser kolon?

    punca kanser usus

    Seperti mana tragedi yang telah menimpa Raja Wakanda King T’challa, sudah pasti kita semua sudah sedar dan cakna tentang bahaya kanser kolon.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah sejenis kanser yang bermula pada usus besar (kolon) dan biasanya berlaku kepada individu lewat usia.

    Ia bermula dengan sel polip kecil yang terbentuk di dalam kolon yang akan berubah dan bersifat kanser seiring perjalanan waktu.

    Ia turut dikenali sebagai kanser kolorektal sekiranya terdapat gabungan kanser kolon dan juga kanser rektal yang bermula di bahagian rektum.

    Untuk mengetahui sama ada kalian menghidapi kanser berbahaya yang sukar untuk dikesan ini, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian termasuklah:

    Pada peringkat awal, penderita mungkin tidak akan menghidapi sebarang simptom dan lambat mendapatkan rawatan lanjutan boleh membawa maut.

    Apa bahaya kanser kolon?

    sindrom usus pendek

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, bahaya kanser kolon yang paling utama adalah ia akan hadir tanpa sebarang simptom pada peringkat awal.

    Ini menjadikan ia sangat sukar untuk mengetahui sama ada kalian telah menghidapi kanser jenis ini atau belum.

    Dalam pada itu, simptom-simptom ini juga mungkin akan timbul lewat dan ketika itu ia mungkin sudah berbahaya.

    Selain itu, adalah wajar juga kita tahu akan risiko dan bahaya kanser kolon ini mungkin lebih tinggi kepada individu yang ada kondisi kesihatan seperti berikut:

    • Warga emas berusia 50 tahun ke atas
    • Sejarah kesihatan berkaitan kanser atau polip kolorektal
    • Sejarah kesihatan ahli keluarga berkaitan kanser atau polip kolorektal
    • Keradangan usus seperti penyakit Crohn atau ulcerative colitis
    • Sindrom yang meninggikan risiko kanser kolon seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC)
    • Diet rendah serat dan tinggi lemak
    • Gaya hidup sedentari
    • Menghisap rokok
    • Meminum alkohol
    • Diabetes
    • Obesiti
    • Menjalani rawatan terapi radiasi kanser

    Justeru adalah wajar untuk kalian cuba ubah gaya hidup agar kondisi kesihatan yang kami nyatakan di atas dapat diatasi sekali gus mengurangkan risiko dan bahaya kanser kolon.

    Dalam pada itu, sila lebih kerap berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan berkala terutamanya selepas anda berusia 50 tahun ke atas untuk diagnosis yang lebih awal.

    ‘Wakanda Selamanya!’

    Laungan ini sudah sangat sinonim dengan watak Black Panther lakonan hebat mendiang Chadwick Boseman.

    Seperti mana pejuang kanser yang lain, beliau juga merupakan salah seorang daripada individu yang wajar kita ingati melalui persembahan dan perjuangan hebatnya.

    Semoga kisah beliau ini menjadi tauladan buat kita semua dalam usaha menjalani kehidupan yang lebih baik, sihat dan sejahtera.

    Wakanda selamanya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan