backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Alami Sakit Perut Berpanjangan? Ini Mungkin Antara 11 Tanda Kanser Perut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Ā· Disemak pada 06/02/2024

    Alami Sakit Perut Berpanjangan? Ini Mungkin Antara 11 Tanda Kanser Perut

    Seperti kebanyakan kanser yang lain, penghidap barah perut kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda pada peringkat awal. Jika ada pun, simptom yang dialami tidak spesifik kepada kanser perut semata-mata seperti hilang berat badan, loya, muntah danĀ sakit perut berpanjangan.

    Meskipun begitu, diagnosis kanser perut perlu dibuat seawal mungkin memandangkan potensi kesembuhan bergantung kepada tahap kanser yang dialami oleh pesakit semasa rawatan bermula.

    Walaupun kebanyakan gejala kanser adalah tidak spesifik, pengetahuan berkenaan dengannya boleh menggalakkan pesakit untuk membuat pemeriksaan awal.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Perut, sila dapatkannya di sini.

    Tanda kanser perut #1: Hilang selera makan

    Jika anda tiada selera makan untuk sehari dua atau ketika anda mendapat jangkitan, ia adalah satu perkara yang normal.

    Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi tahap selera makan individu.

    Namun, jika anda masih tidak lalu makan lebih daripada 2 hari, anda perlu berjumpa doktor.

    Kanser merupakan salah satu daripada diagnosis yang berkemungkinan dialami oleh pesakit sekiranya mereka mengalami penurunan selera makan.

    #2 Hilang berat badan

    Anda mungkin gembira sekiranya berat badan menurun namun jika simptom tersebut berlaku walaupun tiada usaha diambil, maka ia mungkin petanda awal kanser.

    Simptom hilang berat badan merupakan kesan kepada gejala selera makan menurun yang boleh dialami oleh pesakit kanser perut.

    Secara amnya, jika berat badan anda berkurangan melebihi 5% dalam tempoh masa 6 hingga 12 bulan tanpa sebarang usaha, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

    Pengesahan diagnosis kanser pada peringkat awal boleh membantu doktor bagi mengatur modaliti rawatan pesakit untuk mencapai kesembuhan.

    Tanda kanser perut #3: Sakit perut berpanjangan atau abdomen

    sakit perut berpanjangan
    Sakit perut boleh menjadi antara tanda awal kanser perut.

    Kenapa rasa senak perut?

    Sakit perut berpanjangan merupakan simptom dan tanda lazim bagi pesakit yang didiagnosis dengan penyakit kanser perut.

    Ia merupakan simptom kanser perut yang menjadi pencetus kepada individu untuk hadir ke fasiliti kesihatan bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

    Walaupun sakit perut berpanjangan boleh dikaitkan dengan kanser perut, namun ia bukanlah satu simptom yang spesifik kepada keadaan kesihatan tersebut.

    Terdapat juga penyakit kanser lain yang turut dimanifestasikan sebagai sakit perut berpanjangan seperti:

    1. Kanser pankreas.
    2. Kanser hati.
    3. Kanser saluran hempedu.
    4. Kanser hempedu.

    Kesakitan yang dialami kebiasaannya boleh mempengaruhi produktiviti harian.Ā 

    Oleh sebab itulah jika anda mengalami simptom sakit perut berpanjangan, jangan teragak-agak untuk membuat pemeriksaan.

    #4 Rasa tidak selesa pada perut juga tanda kanser perut

    Bukan semua individu yang didiagnosis dengan penyakit kanser perut akan mengalami sakit perut berpanjangan.Ā 

    Ada juga dalam kalangan penghidap yang hanya rasa tidak selesa pada bahagian di atas pusat.

    Perkara ini seringkali dipandang ringan memandangkan ia kebiasaannya akan reda dengan sendirinya.

    Walau bagaimanapun, rasa tidak selesa tersebut boleh beransur-ansur bertukar menjadi sakit perut berpanjangan jika pemeriksaan dan rawatan tidak dilaksanakan.

    #5 Perut kenyang walaupun makan sedikit

    Terdapat penghidap kanser perut yang tidak mengalami masalah penurunan selera makan.

    Namun, mereka kebiasaannya akan berasa cepat kenyang walaupun hanya mengambil makanan pada kuantiti yang sangat sedikit.

    Perkara ini boleh menjadi tanda kepada keadaan kesihatan berbahaya seperti kanser perut dan sakit perut berpanjangan.Ā 

    Oleh sebab ketumbuhan memenuhi ruangan perut, isipadu perut menjadi lebih kecil menyebabkan penghidap kanser perut mudah berasa kenyang.

    #6 Pedih ulu hati atau ketakcernaan juga tanda kanser perut

    Walaupun simptom kanser perut pedih ulu hati lebih berkait rapat dengan masalah kesihatan yang boleh menyebabkan iritasi pada esofagus seperti refluks, namun kanser perut turut menyebabkan implikasi yang sama.

    Mereka yang menghidap kanser perut boleh mengalami simptom sakit perut berpanjangan ini lebih daripada 3 minggu (pada kebanyakan hari).

    Selain itu, ketakcernaan juga merupakan gejala yang tidak asing bagi pesakit kanser perut.

    Keadaan ini sering menyumbang kepada rasa tidak selesa pada perut terutamanya di kawasan atas pusat.

    Tanda kanser perut #7: Rasa loya

    sakit perut berpanjangan
    Antara tanda lazim kanser perut yang perlu diperhatikan.

    Loya adalah simptom kepada pelbagai jenis keadaan kesihatan termasuklah jangkitan, penyakit kronik dan kanser.

    Ia bukanlah satu gejala yang boleh dikaitkan dengan kanser perut semata-mata namun jika disertai dengan muntah berdarah, ia boleh menjadi petanda yang kuat menunjukkan anda mungkin menghidap masalah berkaitan dengan perut.

    Loya secara amnya boleh mempengaruhi selera makan anda.

    Apabila ia berlaku dalam satu tempoh yang panjang, ia turut boleh menyebabkan masalah hilang berat badan dan keadaan kesihatan yang lain.

    #8 MuntahĀ 

    Gejala muntah, terutamanya muntah berdarah merupakan tanda yang sering dikaitkan dengan penyakit kanser perut.

    Tidak kiralah banyak manapun darah di dalam muntah anda, pesakit perlu bergegas ke hospital dengan kadar segera berikutan ia merupakan satu fenomena kecemasan perubatan.

    Jika jumlah darah yang dimuntahkan itu banyak dalam tempoh masa tertentu, pesakit berisiko mengalami komplikasi seperti pening kepala, kelesuan dan anemia.

    Tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat kejutan hipovolemik kesan daripada pendarahan yang berlaku dan kematian.

    #9 Abdomen atau perut kembung antara tanda kanser perut

    Jika anda mengalami simptom abdomen kembung terutamanya selepas makan, ia mungkin tanda bahawa anda menghidap kanser perut.

    Namun, seperti gejala lain, masalah ini tidak spesifik kepada barah perut semata-mata.

    Terdapat pelbagai jenis faktor bukan kanser, terutamanya pemakanan, yang boleh menyebabkan abdomen anda kembung.

    Misalnya seperti kanser ovari, boleh menyebabkan masalah abdomen kembung kesan daripada proses patologi yang mengakibatkan cecair berkumpul di ruangan organ yang terdapat di abdomen.

    #10 Darah di dalam najis

    Walaupun darah di dalam najis boleh berpunca daripada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti jangkitan usus dan buasir, tapi perbezaan warna pada najis tersebut boleh memberikan tip berkaitan dengan lokasi berlakunya pendarahan tersebut.

    Najis yang diselaputi dengan darah berwarna merah cair jarang berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.Ā 

    Namun terdapat keadaan kesihatan serius seperti kanser kolorektal yang turut dimanifestasikan dengan keadaan tersebut.

    Apabila warna darah pada najis hanya merah cair, sumber pendarahan kebiasaannya berada di lokasi berdekatan dengan dubur.

    Jika pendarahan tersebut berlaku di organ perut, warna darah kebiasaannya bertukar menjadi lebih gelap dan ada kalanya hitam. Keadaan ini dipanggil sebagai melena.Ā 

    Perubahan warna darah pada najis dalam kes kanser perut berlaku kesan daripada aktiviti enzim pencernaan dan bakteria usus.

    Semakin jauh lokasi organ yang mengalami pendarahan daripada lubang dubur, semakin gelaplah warna darah pada najis.

    Walau bagaimanapun, bukan semua darah pada najis boleh dilihat dengan mata kasar.

    Terdapat kes di mana najis pesakit diselubungi dengan darah mikroskopik.

    Darah tersebut hanya boleh dikesan melalui ujian makmal.

    #11 Anemia dan kelesuanĀ 

    Sakit perut berpanjangan
    Anemia boleh membuatkan badan tidak bertenaga.

    Apabila menghidap penyakit kanser perut, anda berisiko untuk mengalami simptom pendarahan yang sering dimanifestasikan sebagai gejala muntah darah atau berak berdarah.

    Perkara ini boleh meningkatkan keperluan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah dan jika ia tidak tercapai, anda boleh mengalami simptom kanser perut anemia (kurang sel darah merah).

    Komplikasi tersebut boleh menyumbang kepada masalah kelesuan kanser.

    Berbeza dengan keletihan yang berpunca daripada masalah tidak cukup tidur, tetapi kelesuan kanser kebiasaannya tidak reda dengan tidur atau secawan kopi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Ā· Disemak pada 06/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan