
Metastasis tulang berlaku apabila sel-sel kanser merebak dari tapak asalnya ke tulang. Hampir semua jenis kanser boleh menyebar (metastasize) ke tulang. Tetapi beberapa jenis kanser terutama menyebar ke tulang, termasuk kanser payudara dan kanser prostat.
Metastasis tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi biasanya berlaku pada tulang belakang, pelvis dan paha. Metastasis tulang mungkin merupakan tanda pertama bahawa anda mempunyai kanser, atau metastasis tulang mungkin terjadi bertahun-tahun selepas rawatan kanser.
Penyanyi dan pelakon, Elyana dalam petikan Berita Harian semalam menyatakan bahawa sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.
Elyana juga mendedahkan bahawa dirinya berisiko lumpuh andai tidak membuang sel yang bersarang pada bahagian berkenaan.
Simptom
Kadang-kadang, metastasis tulang tidak menyebabkan tanda-tanda dan simptom.
Apabila berlaku tanda-tanda dan simptom metastasis tulang, ia termasuk:
- Sakit tulang
- Tulang patah
- Kencing tidak terkawal
- Pembuangan najis tidak terkawal
- Kelemahan pada kaki atau lengan
- Tahap kalsium dalam darah tinggi (hypercalcemia), yang boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sembelit dan kekeliruan
Punca
Metastasis tulang berlaku apabila sel-sel kanser melepaskan diri dari tumor asal dan menyebar ke tulang, di mana mereka mula membiak.
Doktor tidak pasti apa yang menyebabkan kanser itu tersebar dan tidak jelas mengapa sesetengah kanser bergerak ke tulang daripada tapak umum lain untuk metastasis, seperti hati.
Bila perlu berjumpa doktor
Metastasis tulang boleh menyebabkan sakit dan patah tulang. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, kanser yang merebak ke tulang tidak boleh sembuh. Rawatan boleh membantu mengurangkan kesakitan dan simptom lain metastasis tulang.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan simptm yang berterusan, segera berjumpa doktor. Jika anda pernah dirawat untuk kanser sebelum ini, maklumkan juga kepada doktor.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.