Kanser kolorektal atau sakit usus adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kanser kolorektal atau sakit usus adalah kanser ketiga tertinggi didiagnosis dalam kalangan lelaki dan wanita di seluruh dunia.
Seperti kebanyakan barah yang lain, mereka yang mengalami kanser kolorektal pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang simptom sakit usus.
Hal ini membuatkan proses pengesanannya pada peringkat awal menjadi sukar terutamanya jika ujian saringan tidak dilakukan secara berkala.
Bagi individu yang mengalami gejala sakit usus, secara amnya, ia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan; simptom lokal (khusus pada kolorektal) dan sistemik (menyeluruh).
Artikel ini akan membincangkan perihal simptom barah kolorektal secara terperinci supaya anda memahami proses patologi di sebalik berlakunya kanser.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Kolorektal, sila dapatkannya di sini.
Gejala yang muncul akibat kanser kolorektal tidak spesifik kepada keadaan kesihatan tersebut semata-mata.
Kebanyakan daripadanya turut dimanifestasikan dalam kes kesihatan yang lain seperti jangkitan, radang dan masalah autoimun.
Apa yang lebih parah adalah majoriti daripada individu yang didiagnosis tidak menunjukkan sebarang tanda.
Oleh sebab itu, ujian saringan perlu dilakukan seawal usia 45 (lebih awal jika terdapat faktor risiko).
Oleh sebab simptom lokal hanya melibatkan organ kolorektal (usus besar dan rektum), ia mempengaruhi tabiat buang air besar individu.
Selain daripada itu, sakit pada bahagian abdomen turut menjadi aduan lazim dalam kalangan penghidap semasa berjumpa dengan doktor.
Antara simptom lokal yang sering dialami oleh mereka yang menghidap kanser kolorektal adalah seperti berikut.
Apabila berbicara berkenaan dengan tabiat buang air besar, tiada panduan khusus yang boleh dijadikan rujukan berkenaan dengan istilah ‘normal’.
Setiap manusia mempunyai tabiat yang unik dan perkara ini termasuklah dengan saiz najis, warna dan sebagainya.
Apa yang penting adalah anda perlu tahu apa yang normal pada tabiat buang air besar anda sendiri.
Perubahan yang menjadi fokus kepada pengambilan sejarah pesakit berkisar tentang apa yang berlainan pada sakit usus anda.
Antara perubahan karakter yang boleh dialami oleh penghidap berkaitan dengan tabiat buang air besar adalah seperti berikut:
Simptom sakit pada bahagian abdomen tidak spesifik kepada kanser kolorektal. Walau bagaimanapun, ia merupakan tanda awal atau lewat bagi kanser tersebut.
Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh peningkatan saiz pada ketumbuhan atau pendarahan sehingga boleh menyebabkan iritasi pada lapisan abdomen.
Perubahan pada kekerapan anda kentut juga boleh menjadi tanda kepada kanser kolorektal.
Sebagai contoh, jika normal buat anda untuk kentut 23 kali, kekerapannya boleh berubah melebihi jumlah tersebut atau kurang.
Selain daripada itu masalah kembung perut juga boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alergi terhadap makanan atau mengambil minuman bergas, keadaan ini turut boleh berlaku.
Mereka yang didiagnosis dengan penyakit radang usus turut boleh mengalami simptom kekembungan.
Loya dan muntah boleh berlaku sekiranya ketumbuhan kanser terjadi pada permulaan organ usus besar.
Halangan tersebut menyebabkan proses aliran makanan yang dicerna menjadi sukar dan ia kebiasaannya disertai dengan simptom lain seperti sakit abdomen, kembung perut dan sembelit.
Meskipun begitu, loya dan muntah bukanlah tanda mutlak bahawa anda mempunyai kanser kolorektal.
Pemeriksaan oleh doktor boleh membongkar punca di sebalik terjadinya simptom ini.
Berbeza dengan simptom lokal yang hanya tertumpu kepada organ usus besar dan rektum, simptom sistemik merupakan manifestasi gejala yang melibatkan seluruh badan.
Antara simptom sistemik yang sering diakitkan dengan kanser kolorektal adalah seperti berikut.
Apabila anda hilang kira-kira 5 peratus daripada berat badan asal dalam tempoh 6 hingga 12 bulan tanpa sebarang usaha, ia boleh jadi tanda awal kepada masalah kanser.
Gejala ini boleh berpunca daripada:
Simptom hilang selera makan akibat kanser boleh berpunca dari pelbagai faktor.
Antaranya adalah kelesuan, kesan sampingan rawatan kanser, sakit, kurang beraktiviti dan kemurungan akibat kanser.
Walaupun gejala ini sering dikaitkan dengan tahap lewat kanser, mereka yang berada pada peringkat awal juga boleh mengalami masalah kurang selera makan.
Kelesuan kronik boleh berpunca daripada masalah kanser.
Berbeza dengan kelesuan biasa, ia tidak reda dengan hanya berehat panjang atau dengan mengambil secawan kopi.
Simptom ini boleh mempengaruhi produktiviti harian penghidap kanser kolorektal.
Walaupun bunyinya tidak saintifik, mereka yang menghidap kanser boleh rasa tidak selesa, tidak senang bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan badan sendiri.
Perasaan tersebut boleh berlaku walaupun tiada simptom.
Jika anda rasa ‘tidak sedap badan’, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun simptom kanser kolorektal lebih tertumpu kepada masalah sakit usus, terdapat juga gejala lain yang boleh dialami oleh pesakit.
Antaranya adalah:
Kanser kolorektal boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi. Antaranya komplikasi sakit usus ini adalah seperti berikut.
Mereka yang menghidap kanser kolorektal kebiasaannya akan dipantau jumlah darah mereka untuk memastikan tiada anemia.
Perkara ini boleh berlaku akibat daripada pendarahan mikroskopik yang berlaku pada ketumbuhan.
Oleh sebab salur darah kanser lebih rapuh, ia mudah menyebabkan pendarahan.
Situasi kehilangan darah kronik ini boleh menyebabkan badan tidak berupaya untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup. Maka komplikasi anemia boleh berlaku.
Apabila saiz ketumbuhan menjadi semakin besar, ia boleh menghalang aliran makanan yang telah dicerna untuk dikumuhkan.
Perkara ini boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom seperti sakit abdomen, kekembungan, loya, muntah dan sembelit.
Mereka yang mengalami komplikasi ini kebiasaannya akan ditolak masuk ke dalam bilik bedah untuk dipasangkan stent bagi membuka ruangan usus besar.
Organ hati merupakan lokasi lazim bagi proses metastasis (kanser merebak) kanser kolorektal.
Apabila komplikasi ini berlaku, ia boleh menyebabkan masalah jaundis (kulit dan mata anda menjadi kekuningan).
Walaupun kanser kolorektal sering disinonimkan dengan darah dalam najis, anda patut memberikan perhatian yang lebih kepada faktor perubahan corak buang air besar.
Sememangnya kanser kolon boleh membuatkan anda berasa risau untuk berjumpa dengan doktor namun diagnosis pada peringkat awal boleh memberikan potensi kesembuhan yang tinggi.
Jika anda risau, ingat, simptom yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh masalah yang kurang serius seperti jangkitan dan sebagainya.
#OpenYourMind #CelikKanser
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen