backup og meta

Menyahkuman Sahaja Dah Cukup? Ini Cara Merawat Luka Kecil, Calar Dan Terbakar!

Menyahkuman Sahaja Dah Cukup? Ini Cara Merawat Luka Kecil, Calar Dan Terbakar!

Jika tangan luka kena pisau dan mula berdarah, perkara pertama yang mungkin dipertimbangkan adalah mencari kit kecemasan untuk mencuci luka tersebut. 

Antiseptik seperti alkohol dan hidrogen peroksida biasa digunakan untuk membunuh kuman, tetapi adakah rawatan ini sahaja sudah mencukupi?

Apa lagi anda boleh lakukan jika tangan luka kena pisau? Teruskan membaca untuk tahu cara merawat luka yang betul.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Adakah sapuan alkohol cukup bagi merawat luka?

Anda mungkin fikir situasi seperti tangan luka terkena pisau, terbakar atau terhiris perlu dicuci dengan sapuan alkohol. Namun begitu, penggunaannya yang berlebihan boleh jadi berbahaya.

Sapuan alkohol mengandungi sekitar 70% etanol atau isopropanol. Ia biasa digunakan ketika mencuci dan menyahkuman permukaan yang keras kerana kemampuannya untuk menguraikan protein dalam bakteria, virus dan kulat, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC)3.

Namun, ia mungkin tidak sesuai untuk mencuci luka4. Apabila disapukan ke kulit, ia boleh merengsakan tisu di sekitar kawasan luka lantas menjejaskan kemampuan kulit untuk sembuh dengan baik.

Tambahan pula, penggunaan alkohol pada luka terbuka boleh menyebabkan kesakitan. Sedangkan anda boleh menggunakan sabun dan air suam yang sudah tentunya lebih bagus, dan tidak menimbulkan sebarang ketidakselesaan jika tangan luka kena pisau.

ubat-cuci-luka
Adakah perlu guna alkohol untuk cuci luka?

Bagaimana cara yang betul mengurus luka di rumah?

Situasi seperti tangan luka kena pisau silet, terbakar atau terhiris yang kecil boleh dirawat di rumah dan mungkin pulih dalam beberapa hari. 

Namun, jika melibatkan luka yang besar seperti tangan luka kena pisau parah dan seumpamanya pula, ia memerlukan perhatian doktor.

Bagi keadaan luka ringan, berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan di rumah:

Rawatan untuk luka dan calar yang kecil

Bagi mencegah jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka2,5, anda boleh mulakan dengan mencuci tangan sebelum menyentuh luka, contohnya selepas tangan luka kena pisau

Sekiranya luka itu berdarah, berikan tekanan lembut dengan kain yang bersih dan tinggikan kedudukan luka sehingga pendarahan berkurangan.

Apabila darah sudah berhenti keluar, perlahan-lahan cuci luka di bawah air paip yang mengalir bagi mengurangkan risiko jangkitan. 

Gunakan kain dan sabun lembut untuk membersihkan kawasan kulit di sekitar luka. Elakkan sabun daripada terkena luka kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan kerengsaan.

Jika perlu, gunakan penyepit kecil yang telah dinyahkuman dengan alkohol untuk membuang kotoran. 

Bagi luka akibat tangan luka kena pisau silet yang berkarat atau jenis luka lain yang telah tercemar dengan kotoran pula, dapatkan nasihat doktor.

Selepas membersihkan luka, lap kawasan sekitarnya dengan kain kering dan bersih. Pertimbangkan untuk menyapu hydrogel bagi memastikan luka kekal lembap agar parut tidak teruk. 

Pastikan juga anda membalut luka dengan pembalut atau kain kasa bagi melindungi luka contohnya kesan tangan luka kena pisau.

Apabila luka dibalut dengan lembapan yang mencukupi, ia merangsang pengeluaran sel keratin baharu yang lebih cepat dan pembentukan sel epidermis kulit yang lebih baik. 

Kedua-dua proses ini membawa kepada penutupan dan penyembuhan luka yang lebih cepat. 

tangan luka kena pisau
Wanita dewasa meletakkan pembalut luka pada jari telunjuk kanak-kanak perempuan.

Selain itu, kelembapan juga mencetuskan pembentukan saluran darah baru. Ini penting dalam membersihkan bahan buangan dan meningkatkan penghantaran nutrien. 

Peredaran darah dipertingkatkan lagi dengan menggerakkan sendi atau bahagian badan di bawah kecederaan secara berkala.

Tukarkan balutan itu sekurang-kurangnya sekali sehari atau apabila balutan tangan luka kena pisau atau lain-lain jenis luka itu telah lembap dan kotor. 

Anda boleh membuka pembalut beberapa hari kemudian selepas luka telah tertutup.

Rawatan melecur terbakar darjah pertama

Perkara pertama anda perlu lakukan jika terjadi luka terbakar yang ringan adalah curahkan atau lalukan air paip yang sejuk di kawasan tersebut dengan segera2

Anda juga boleh menuamnya dengan kompres sejuk dan basah sekitar 10 minit atau sehingga kesakitan itu reda. 

Jika tiada air berdekatan, sebarang cecair dingin dan tidak berbahaya seperti susu juga boleh digunakan.5

Apabila rasa terbakar itu mula menghilang, tuam luka dengan kain yang bersih perlahan-lahan. Pertimbangkan untuk menyapu jeli petroleum atau hydrogel untuk mencegah kekeringan sekali gus melegakan kesakitan.

Lindungi luka akibat melecur atau terbakar dengan pembalut bersih dan tidak melekat atau kain bersih. 

Sekiranya ia mula melepuh, biarkan luka untuk pulih secara semula jadi di bawah balutan tanpa memecahkannya.

Selepas luka sembuh sepenuhnya, pastikan anda lindungi kawasan ini dengan memakai pakaian sesuai atau menyapu krim pelindung matahari dengan nilai SPF 30 dan ke atas. 

Ini akan membantu mengurangkan parut2 serta kemerahan akibat terbakar, yang boleh kekal sehingga berminggu-minggu terutama untuk individu yang berkulit gelap.

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor?

situasi kecemasan
Situasi kecemasan di rumah yang perlu rawatan segera.

Dapatkan bantuan perubatan jika kondisi berikut berlaku selepas tangan luka kena pisau silet atau lain-lain:

  • Jika anda perasan ada tanda-tanda jangkitan atau risiko jangkitan yang tinggi. Ini termasuk kemerahan, kesakitan, kebengkakan atau nanah yang keluar di dalam atau sekitar luka
  • Anda rasa tidak sihat. Anda mungkin rasa kaku atau kebas di kawasan luka, atau sukar untuk menggerakkannya. Untuk luka yang lebih dalam, mungkin terdapat kerosakan tendon atau saraf

Rawatan yang tepat boleh membantu merawat kecederaan seperti tangan luka kena pisau silet atau jenis luka lain agar ia sembuh dengan baik. Jika anda telah merawat luka dengan baik, namun tidak nampak sebarang perubahan, segera dapatkan nasihat doktor.

Berapa lama luka kena pisau sembuh? Luka akibat kejadian sebegini pulih apabila ia sudah tertutup dan keruping tertanggal.

Parut mungkin dapat dikurangkan dengan rawatan dan ubatan termasuk menggunakan gel silikon yang mengandungi silikon CPX (cyclopentasiloxane) dan vitamin C Ester yang boleh mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut6,7,8 akibat tangan luka terkena pisau atau situasi lain.

Penafian: Artikel ini tidak bertujuan sebagai nasihat perubatan khusus. Jika anda mempunyai masalah luka dan parut yang membimbangkan, sila rujuk dengan pakar penjagaan kesihatan anda.

Artikel ini disokong oleh Menarini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Academy of Dermatology Association (n.d.). How to treat a first-degree, minor burn. Accessed November 2023. 
  2. American Academy of Dermatology (n.d.). Proper wound care: How to minimize a scar. Accessed November 2023. 
  3. Centers for Disease Control and Prevention. (2016, September 18). Chemical Disinfectants. Accessed November 2023. 
  4. Drugs.com. (2023, August 17). Isopropyl alcohol (topical).  Accessed November 2023. 
  5. Gina M. (2014). ACEP First Aid Manual 5th Edition: The Step-by-Step Guide for Everyone (pp. 173, 176).. DK Publishing. Accessed November 2023.
  6. Yun IS, et al. Aesth Plast Surg (2013) 37:1176-1181
  7. Chernoff WG, et al. Aesth Plast Surg 2007;31:495-500
  8. Fulton JE. Silicone gel sheeting for the prevention and management of evolving hypertrophic and keloid scars. Dermatol Surg 1995;21:947-951

Versi Terbaru

21/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Cara Nak Buat Air Garam Cuci Luka Di Rumah, Mudah Saja, Hanya Guna 2 Bahan!

Tutup Dengan Plaster Atau Biar Terdedah, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Merawat Luka?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan