Luka di kulit tidak kira luka dalam, terbuka, tercalar atau sebarang jenis lain, mungkin akan membuat anda terfikir untuk membiarkannya terkena udara ataupun menutup dengan plaster luka. Yang mana satu langkah terbaik untuk merawatnya?
Artikel Ditaja Oleh 
Luka di kulit tidak kira luka dalam, terbuka, tercalar atau sebarang jenis lain, mungkin akan membuat anda terfikir untuk membiarkannya terkena udara ataupun menutup dengan plaster luka. Yang mana satu langkah terbaik untuk merawatnya?

Proses merawat luka boleh membuat anda rasa tertekan kerana jika salah caranya, ia akan lambat sembuh. Tenang, anda membuat pilihan yang tepat dengan membaca artikel ini. Berikut panduan untuk merawat luka bagi memastikan ia sembuh dengan lebih pantas!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Ramai orang percaya bahawa membiarkan luka terbuka dan terkena udara tanpa plaster luka itu adalah lebih bagus.
Alasannya, ia dapat menggalakkan proses penyembuhan kerana luka terdedah kepada oksigen, sekali gus ia dapat ‘bernafas’.
Namun, membiarkan ia tidak dibalut dengan pembalut luka bukanlah pilihan yang tepat.
Ini kerana luka memerlukan kelembapan untuk sembuh3 dan sebenarnya, dengan mendedahkan ia kepada persekitaran akan mengeringkan permukaan kulit.2

Akibatnya, ia akan menyebabkan kesakitan serta melambatkan proses penyembuhan.
Dalam pada itu, mengabaikan sahaja luka dan membiarkan ia terdedah akan menyebabkan ia mudah terkena kotoran dan tinggi risiko jangkitan bakteria walaupun anda hanya mengalami luka atau calar yang kecil!
Apa yang lebih bahaya, membiarkan luka tanpa balutan boleh meningkatkan risiko ia bergeser atau tersentuh dengan permukaan lain.
Ini seterusnya akan menjejaskan proses penyembuhan lantas mengakibatkan pendarahan atau risiko keruping atau kudis tercabut lebih awal sebelum ia sepatutnya tertanggal secara semula jadi.
Menutup luka dengan plaster luka akan memberikan kelembapan yang diperlukan.
Kajian3 menunjukkan bahawa persekitaran yang lembap, tetapi bukan terlalu basah, boleh menggalakkan proses penyembuhan, mengurangkan radang serta meminimumkan parut.
Jadi, penggunaan pembalut luka seperti kain kasa akan membantu mengekalkan kelembapan yang ideal.
Pembalut atau persekitaran lembap yang tertutup membantu mengelakkan tisu setempat di sekeliling luka mengalami kekeringan.
Kelembapan juga membantu tisu pada bahagian tersebut mengekalkan ketersediaan lebih lama faktor pertumbuhan tisu dan enzim yang menyokong penyembuhan dan degradasi sel mati.
“Kedua-dua faktor ini meningkatkan kualiti penyembuhan dan tempoh luka.” – Dr Ahmad Wazir Aiman.
Dalam rawatan kecederaan, profesional kesihatan akan menggunakan krim antibiotik atau ubatan topikal jika mendapati terdapat risiko jangkitan jangkitan. Ini diikuti dengan balutan plaster luka budak atau dewasa, bagi menghalang luka daripada mengering.

Menurut American Academy of Family Physicians1, luka dan calar yang kecil adalah selamat untuk dirawat di rumah.
Berikut merupakan langkah-langkah yang betul untuk merawat luka:
Selepas luka sembuh dan keruping tertanggal, parut mungkin dapat dikurangkan dengan menyapukan gel silikon dengan kandungan CPX Silicone (cyclopentasiloxane) atau Vitamin C Ester. Ini dapat membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut.6,7,8
Dalam kebanyakan kes, anda boleh sahaja merawat luka kecil di rumah. Namun, ada juga yang memerlukan rawatan dengan pakar. Segera berjumpa doktor4 sekiranya:
Doktor mungkin akan memberikan pelbagai kaedah untuk merawat luka yang terbuka.
Jika anda menyedari tanda-tanda jangkitan seperti kawasan luka semakin merah dan bengkak, semakin bertambah sakit, luka yang berbau ketika dicuci, demam atau menggigil, segera dapatkan rawatan lanjut!
Penafian: Artikel ini tidak bertujuan sebagai nasihat perubatan khusus. Jika anda mempunyai masalah luka dan parut yang membimbangkan, sila rujuk dengan profesional penjagaan kesihatan anda.
Artikel ini disokong oleh Menarini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
20/05/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Siti Sofiah
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor