Ubat hilangkan parut mana yang terbaik?
Di pasaran kini, telah wujud banyak jenis ubat untuk hilangkan bukan sahaja parut malah jerawat, jeragat, kudis dan masalah kulit lain yang boleh ditemukan di farmasi, klinik atau pasar raya.
Dipasarkan dalam variasi jenama, kesemua ubat mempunyai fungsi yang sama iaitu memperbaiki struktur kulit berparut supaya ia berjaya untuk dipudarkan, dikurangkan bahkan dihilangkan.
Baca lagi artikel berkaitan:
Majoriti ubat parut yang bagus itu perlu mengandungi bahan tepat bagi kulit seperti di bawah ini:

#1. Silikon
Silikon boleh membantu mengurangkan kebesaran, kekerasan, ketimbulan dan kemerahan parut dengan cara menghambat pertumbuhan parut daripada terus terbentuk dengan tidak terkawal.
Ubat hilangkan parut #2. Retinoid
Retinoid akan membantu mengurangkan tekstur parut yang degil di atas kulit. Maka, tidak hairan jika bahan ini biasa digunakan di dalam produk kecantikan dan kesihatan kulit terutama wajah.
#3. Asid niasimida
Parut yang telah mengalami kondisi hiperpigmentasi bakal sangat sukar untuk dihilangkan. Untuk mengurangkan kesan parut pula, asid jenis ini mampu meminimumkan kesan kondisi tersebut.
#4. Pelbagai bahan semula jadi yang lain
Selain 3 bahan di atas, ada banyak lagi jenis bahan yang biasa digunakan dalam produk kulit. Ubat hilangkan parut, jerawat, jeragat, kudis dan lain-lain perlu mengandungi banyak lagi bahan lain.
Antara bahan semula jadi yang boleh membantu masalah parut adalah gel lidah buaya, buah keras, kulit pisang, mentega shea, mentega kokoa, dan macam-macam lagi bahan alami di dapur rumah.
Justeru, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi dahulu sebelum gunakan sebarang produk!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen