Apa itu CPR? Ramai yang mungkin tahu definisi namun belum kenal cara untuk melakukan ia di saat kecemasan. Jadi, adalah penting untuk kalian tahu panduan CPR seperti dalam artikel ini!
Apa itu CPR? Ramai yang mungkin tahu definisi namun belum kenal cara untuk melakukan ia di saat kecemasan. Jadi, adalah penting untuk kalian tahu panduan CPR seperti dalam artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Maksud CPR dan fungsinya ialah pemulihan pernafasan dan jantung, dan ia merupakan suatu kaedah pertolongan cemas yang dilakukan apabila denyutan jantung dan pernafasan seseorang terhenti, serta hilang kesedaran.
Dalam keadaan ini, CPR dapat mengekalkan aliran darah yang beroksigen secara berterusan ke dalam otak kerana kematian otak akan terjadi jika tidak mempunyai oksigen yang mencukupi.
Oleh itu, panduan CPR memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kehidupan otak semasa kecemasan berlaku.
Dalam 4 minit pertama ketika seseorang mangsa kehilangan pernafasan dan denyutan jantung, beliau adalah dinyatakan dalam keadaan kematian klinikal di mana boleh diselamatkan dengan melakukan CPR untuk memastikan aliran oksigen berterusan ke dalam otak.

Selepas 4-6 minit tanpa oksigen, sel otak akan mula mati dan 10 minit seterusnya, kematian otak akan terjadi.
Keadaan ini adalah kematian kekal di mana mangsa tidak dapat diselamatkan lagi.
Baca artikel ini untuk mengetahui gerak panduan CPR yang berkesan sepertimana yang disarankan oleh Persatuan Kebangsaan Jantung Malaysia (NHAM).
Mengapakah CPR penting? Ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa! Apabila melakukan CPR, ingatlah kata kunci ini iaitu: D-R-C-A-B.

Garis panduan CPR untuk bayi (umur kurang daripada 1 tahun) dan kanak-kanak (umur 1 tahun hingga akil baligh) adalah lebih kurang sama dengan garis panduan untuk orang dewasa.
Jadual di bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan CPR untuk orang dewasa, bayi, dan kanak-kanak.

Kesimpulan
Diharapkan informasi yang dikongsikan ini bermanfaat untuk sesiapa yang berminat mempelajari ilmu mengenai CPR.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
29/07/2025
Ditulis oleh Pei Yu Ng
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor