backup og meta

Lalat, Lipas, Semut Selalu Masuk Rumah? Cuba Petua Ini Halau Serangga Perosak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/05/2023

    Lalat, Lipas, Semut Selalu Masuk Rumah? Cuba Petua Ini Halau Serangga Perosak!

    Di mana-mana rumah pun, pasti ada sekurang-kurangnya satu atau dua jenis serangga perosak yang sering buat kacau. Jika tidak dibanteras dan hanya dibiarkan sahaja, serangga perosak dalam rumah pasti akan bermaharajalela dengan lebih dahsyat.

    Ini kami kongsikan petua halau haiwan perosak dalam rumah mengikut jenis haiwan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Cara-cara halau haiwan perosak dalam rumah

    Terdapat pelbagai jenis haiwan perosak yang hadir dalam rumah kita. Antara contoh haiwan perosak ialah seperti tikus, lipas dan juga lalat.

    Ada kediaman yang sering dikerumuni semut, dan ada juga yang kerap diserang oleh tikus.

    Mungkin ada beberapa petua halau serangga perosak dalam rumah yang anda boleh cuba di bawah ini.

    Cara halau haiwan perosak 1: Lalat

    serangga perosak

    Apabila anda menyiang ikan, ayam atau mana-mana jenis makanan yang berbau kuat, lalat pasti akan mudah mengerumuninya.

    Deria bau lalat amat kuat dan serangga ini boleh datang secara berkumpulan ke dalam rumah.

    Jika lalat semakin banyak, dikhuatiri ia akan hinggap pada masakan anda dan bertelur di dalamnya.

    Lebih teruk lagi, jika lalat tersebut membawa bersama penyakit atau bakteria berbahaya.

    Jadi apa yang boleh anda lakukan? Guna serai wangi sahaja. Lalat atau nyamuk amat benci kepada bau serai wangi.

    Oleh sebab itu, ada petua yang menyarankan untuk menanam serai wangi di sekeliling rumah bagi menghalau lalat. Anda juga boleh membuat semburan serai wangi anda sendiri.

    Caranya ialah:

  • Ambil beberapa batang serai wangi.
  • Kisar bersama air dan perap air serai selama satu malam.
  • Kemudian, tapis air serai daripada hampasnya dan masukkan ke dalam botol semburan.
  • Semburkan pada kawasan yang sering didatangi lalat. 
  • Cara halau serangga perosak 2: Semut

    Semut yang masuk ke rumah biasanya terdiri daripada tiga jenis. Semut hitam, semut merah atau semut gatal, dan semut halus.

    Semut hitam dan semut halus kerap memasuki rumah kerana menghurung makanan.

    Manakala semut merah atau semut gatal biasanya masuk ke kediaman sewaktu hujan atau jika terdapat bangkai haiwan kecil.

    Apa pun jenis semut yang datang, ia boleh dihalau dengan cara di bawah ini:

    1. Buat larutan cuka dengan mencampurkannya ke dalam air.
    2. Masukkan larutan ini ke dalam botol penyembur.
    3. Sembur pada laluan atau lubang semut.
    4. Buat beberapa kali setiap hari.

    Cara halau haiwan perosak 3: Lipas

    serangga perosak

    Seberani mana pun anda, jika lipas mula terbang, ia pasti menjadi saat yang paling menggerunkan.

    Mana tidaknya, dengan baunya yang busuk itu sememangnya amat mengerikan jika ia terbang dan hinggap pada muka.

    Lipas bukan sahaja berbau busuk, tetapi ia juga adalah serangga yang boleh membawa penyakit.

    Ini kerana lipas biasa membiak dan mencari makanan dalam kawasan yang kotor dan gelap.

    Oleh sebab itu, ia lebih mudah dijumpai dalam parit, tempat-tempat tersorok atau kawasan yang lembap dan kotor.

    Apa yang boleh anda buat untuk halau lipas daripada membiak dalam rumah? Ikut cara di bawah ini:

    1. Kisarkan bawang putih dan bawang merah bersama-sama serbuk lada putih atau hitam.
    2. Campurkan dalam 1 liter air dan kacau sehingga sebati.
    3. Semburkan pada kawasan lipas membiak atau laluannya.
    4. Bau bawang dan lada yang kuat boleh membuatkan lipas lari.

    Cara halau serangga perosak 4: Anai-anai

    Anai-anai boleh dikatakan sebagai serangga yang amat membimbangkan kerana ia boleh merosakkan struktur kediaman anda.

    Ini termasuklah mana-mana alatan, ruang atau perabot yang diperbuat daripada kayu.

    Hal ini kerana anai-anai memakan dan membina sarangnya dalam kayu.

    Antara cara menghalau anai-anai yang boleh anda cuba ialah:

  • Rendamkan tembakau dalam air dan perapkan selama satu malam.
  • Kemudian, siram kawasan yang diserang anai-anai dengan air tembakau tersebut. 
  • Ia juga boleh disiram terus pada sarang anai-anai.
  • Buat beberapa kali sehinggalah jumlah anai-anai mula berkurangan. 
  • Cara halau serangga perosak 5: Tikus

    serangga perosak

    Terdapat banyak petua yang boleh anda buat untuk menghalau tikus.

    Antaranya adalah dengan menggunakan serbuk lada hitam yang ditaburkan pada laluannya.

    Selain itu, anda juga boleh mencuba dengan meletakkan daun pudina atau minyak patinya di kawasan laluan tikus kerana tikus tidak gemarkan bau pudina yang kuat.

    Kesimpulan

    Terdapat banyak lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau binatang perosak.

    Namun yang kami kongsikan ini adalah antara yang paling berkesan dan berbaloi untuk dicuba. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan