backup og meta

Bagaimana Ingin Merawat Demam Dengan Segera

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/05/2018

    Bagaimana Ingin Merawat Demam Dengan Segera

    Demam adalah masalah yang sentiasa berlaku dalam masyarakat sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian sahaja yang memahami bahawa demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi petanda kepada masalah kesihatan tertentu seperti jangkitan. Oleh itu, semakin cepat anda merawat demam, lebih banyak anda boleh mengawal simptom masalah kesihatan ada.

    Apa itu demam?

    Demam dianggap sebagai satu keadaan apabila suhu badan manusia tiba-tiba meningkat. Pakar percaya bahawa demam adalah proses semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan jangkitan. Suhu badan manusia yang normal biasanya kira-kira 37 darjah Celsius dan ia boleh berbeza-beza sekitar 1 darjah di siang hari. Demam dianggap signifikan apabila ia melebihi 38 darjah. Pada ketika itu, anda perlu peka dan mencari jalan untuk merawatnya. Baca artikel selanjutnya untuk menemui cara merawat demam dengan berkesan.

    Apa yang menyebabkan demam?

    Punca yang paling biasa bagi demam adalah jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat sebab-sebab lain yang berhubungan dengan masalah kesihatan yang rumit. Ia adalah:

  • Kanser.
  • Vaksin.
  • Kesan sampingan ubat.
  • Keadaan disebabkan oleh keradangan.
  • Darah beku.
  • Apakah tanda-tanda demam?

    Demam sentiasa datang bersama beberapa ketidakselesaan lain yang berlaku kepada kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Berikut adalah tanda-tanda dan simptom-simptom demam.

    • Suhu badan yang tinggi (melebihi 38 darjah Celsius)
    • Seram sejuk atau menggigil.
    • Sakit otot dan sendi
    • Badan lemah.
    • Hilang selera makan.
    • Mengantuk atau pening.
    • Kulit kemerahan.
    • Sakit tekak, sakit kepala, batuk, muntah.

    Terdapat beberapa simptom-simptom lain yang mungkin berlaku seperti sakit mata, kadar degupan jantung laju, halusinasi dan lain-lain

    Bagaimana ingin merawat demam?

    Secara teknikal, jika demam tidak teruk, ia boleh baik dengan sendiri tanpa sebarang bantuan perubatan. Walau bagaimanapun, jika ia menyebabkan ketidakselesaan, ada cara untuk menyelesaikan. Rawatan adalah berbeza-beza bergantung kepada punca.

    Dalam kebanyakan masa, ubat-ubatan tanpa preskripsi digunakan untuk merawat demam. Ia termasuk acetaminophen, ibuprofen, naproxen. Aspirin tidak boleh digunakan jika pesakit adalah kanak-kanak atau remaja.

    Di samping itu, orang yang mengalami demam harus berpakaian dengan selesa, minum banyak air dan meletakkan kain sejuk ke atas dahi mereka.

    Akhir sekali, dapatkan bantuan perubatan jika:

    • Demam lebih 40 darjah Celsius
    • Demam berlangsung lebih daripada satu hari bagi kanak-kanak berumur di bawah dua tahun atau lebih dari tiga hari bagi kanak-kanak berumur lebih dua tahun.
    • Mempunyai sejarah kanser, AIDS , penyakit jantung, kencing manis.
    • Mengambil beberapa ubat-ubatan preskripsi.
    • Mengalami ruam kulit, cirit-birit, muntah-muntah yang berulang.
    • Perempuan mengandung.
    • Tanda-tanda meningitis, jangkitan saluran kencing, pneumonia.

    Demam itu sendiri adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya memerlukan perhatian tambahan. Selepas merawat demam, pesakit tersebut perlu mempunyai pelan untuk meningkatkan imuniti mereka serta mencari doktor untuk mengenal pasti puca demam tersebut yang lebih penting.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/05/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan