Cara buat perangkap cicak DIY dalam rumah!
Menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah sahaja, anda sudah boleh buat satu alat atau benda yang boleh memerangkap lalu menangkap cicak daripada terus menjadi igauan di rumah anda.
Jika mahu cuba membuat perangkap untuk menangkap cicak di rumah, ini bahan yang anda perlukan:
- Botol plastik kosong.
- Kapas.
- Air.
- Minyak masak.
- Gula atau susu pekat.
Cara membuat perangkap cicak ini juga sangat mudah. Pertama, potong botol plastik yang telah kosong menjadi dua bahagian. Kemudian, tolak tepi dahulu bahagian atas dan ambil bahagian bawah.
Selepas itu, letakkan kapas di dasar botol plastik tersebut bersama dengan air serta gula atau susu pekat, ke dasarnya agar bahan ini boleh berfungsi bagi memerangkap cicak di dalam botol.
Setelah itu, sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam serta luar botol untuk melicinkan permukaannya. Selanjutnya, ambil semula bahagian atas botol dan pasang ia secara terbalik di atas botol yang telah diletakkan dengan bahan-bahan di atas tadi.

Apabila alat ini telah siap, lekatkan ia di dinding dengan pita pelekat, gam atau paku pada kawasan yang anda jangkakan akan ada banyak cicak terutama pada tempat tinggi serta di celah perabot.
Hasilnya, cicak akan terperangkap dan tertangkap di dalam botol lantas memudahkan kerja anda!
Apa lagi yang kita semua boleh lakukan?
Sebenarnya, kami bukan mahu mengajar anda mencipta alat perangkap cicak atas dasar suka-suka kerana ketahuilah bahawa ia bukan sahaja haiwan yang kotor bahkan juga membawa bahaya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen