backup og meta

8 Cara Hilangkan Panau Dalam Masa Singkat! Kunci Utama, Kena Minum Air Alkali?

8 Cara Hilangkan Panau Dalam Masa Singkat! Kunci Utama, Kena Minum Air Alkali?

Selain jerawat dan jeragat, ada banyak lagi masalah yang biasa terjadi pada kulit termasuk panau. Persoalannya, wujudkah sebarang cara menghilangkan panau dalam masa singkat?

Ada, teruskan baca artikel ini untuk ketahui bagaimana tabiat minum air alkali boleh membantu mengekalkan hidrasi sekali gus menjadi antara cara hilangkan panau di badan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

Ini cara menghilangkan panau dalam sehari!

Mungkin ramai individu yang menyangka bahawa masalah kulit ini boleh datang dan bakal pergi sendiri seiring berjalannya waktu. Ya, tanggapan ini mungkin juga tidak salah sama sekali!

Sebenarnya, wujud banyak cara menghilangkan panau yang anda boleh cuba seperti di bawah:

#1. Mengambil ubat topikal (sapu)

Pertama, anda perlu mendapatkan ubat topikal dalam bentuk krim atau salap dalam usaha untuk menghapuskan kulat punca kondisi ini, sekali gus menyingkirkan panau dari kulit anda.

Sama ada daripada jenis selenium sulphide, propylene glycol, ramuan terbinafine atau kumpulan azole, kesemuanya mungkin mampu untuk mengurangkan lantas menjadi cara menghilangkan panau1.

#2. Mengambil suplemen oral (makan)

Meskipun sehingga kini masih belum ada sebarang ubat oral khusus bagi merawat masalah panau, anda masih boleh mengambil suplemen vitamin A, C, E dan lain-lain yang bagus untuk kulit2.

Suplemen lain seperti alfalfa turut bakal membantu menguatkan sistem imun tubuh badan, lantas meminimumkan risiko untuk individu mendapat jangkitan kulat sekali gus menjadi cara menghilangkan panau.

Beberapa petanda awal anda ada masalah kulit.
Beberapa petanda awal anda ada masalah kulit.

Cara menghilangkan panau #3. Bawang putih

Dari kaca mata perubatan tradisional pula, bawang putih adalah penawar panau yang amat bagus kerana ia memiliki sifat antikulat semula jadi yang sudah tentu boleh mengubati masalah ini3.

Caranya, anda hanya perlu menyapukan ekstrak bawang putih yang telah ditumbuk atau dihancurkan, di atas kawasan kulit berpanau.

 Anda mungkin dapat lihat kesan positif dalam tempoh singkat.

Cara menghilangkan panau #4. Lidah buaya

Selain di atas, gel lidah buaya atau aloe vera adalah antara pelopor kepada penawar tradisional untuk masalah kulit tradisional yang paling popular dan isu panau juga mungkin boleh diselesaikan dengan gel ini4.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan gel tumbuhan ini pada kawasan kulit berpanau dan biarkan seketika. 

Ulang proses ini beberapa kali dalam sehari untuk dapatkan hasil yang bagus.

Cara hilangkan panau di badan #5. Menyapukan lengkuas @ halia

Mungkin masih ramai yang keliru di antara lengkuas dengan halia sedangkan kedua-duanya boleh menjadi cara menghilangkan panau secara tradisional lantas menyelesaikan masalah kulit ini5.

Alasannya, kedua-dua tumbuhan ini turut memiliki sifat antikulat yang boleh membantu melawan jangkitan kulat punca panau.

#6. Menggunakan syampu rambut

Menggunakan syampu rambut untuk rawat panau.
Menggunakan syampu rambut untuk rawat panau.

Cara menghilangkan panau dalam masa singkat yang seterusnya pula adalah dengan menggunakan syampu rambut. Benarkah?

Logiknya, ini kerana bahan-bahan di dalam syampu seperti selenium sulphide dan lain-lain boleh menjadi ‘agen’ untuk membunuh kulat punca panau

Ini sekali gus membantu merawat masalah kulit berpanau dalam masa yang amat singkat (beberapa hari atau lebih)6.

#7. Kerap mandi sebagai cara hilangkan panau di badan

Ramai orang menyangka bahawa panau akan berlaku akibat mandi ketika badan sedang berpeluh dan ini adalah sama sekali tidak benar.

Sebenarnya, lebih kerap mandi tidak kira di saat badan sedang kering atau penuh peluh itu bagus untuk menghambat kuman daripada terus merebak7.

Jadi, ia adalah antara cara menghilangkan panau lebih-lebih lagi jika air yang anda gunakan untuk mandian harian itu merupakan jenis alkali.

Ya, jangan terkejut kerana air alkali dengan nilai pH 8 dan ke atas bukan sahaja selamat, malah bagus digunakan ke atas kulit termasuk jika ada masalah panau!

Cara menghilangkan panau #8. Minum air alkali

Ketahuilah bahawa kulit kita bukan sahaja akan menerima kesan hasil daripada air yang kita gunakan untuk mandi malah air yang kita amalkan ketika minum.

Rahsianya adalah kerana air alkali memiliki potensi untuk membantu meningkatkan hidrasi yang sudah tentu mendatangkan manfaat kepada kulit individu.

Menurut kajian terbitan Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan air tinggi nilai pH ini mampu membantu melancarkan aliran dalam saluran darah, sekali gus meningkatkan hidrasi8.

Dalam erti kata lain, kadar penghidratan kulit yang tinggi mungkin akan mampu membantu menangani pelbagai masalah kulit termasuk panau atau isu lain.

Namun, anda masih memerlukan maklumat dan nasihat lebih lanjut daripada pakar untuk tahu punca panau, cara menghilangkan panauubat panau paling berkesan, ubat panau di farmasi serta lain-lain informasi perubatan.

Pelbagai lagi manfaat air alkali dalam kehidupan

Menggunakan air alkali untuk rawat panau.
Menggunakan air alkali untuk rawat panau.

Sebagai perbandingan, penggunaan air yang tinggi alkali mungkin lebih baik berbanding air yang tinggi asid!

“Individu perlu lebih mengutamakan perlindungan untuk diri sendiri, iaitu dengan memilih minuman atau air alkali berbanding jenis lain. Ini kerana jika tahap alkali air itu melebihi 8.5 sekalipun, ia mungkin masih selamat untuk diminum atau dipakai di dalam kehidupan seharian,” jelas Pakar Perubatan Dalaman, Dr Robert D.Ashley9.

Selain membantu mengekalkan hidrasi, air alkali boleh mendatangkan manfaat kesihatan lain seperti di bawah:


  1. Melegakan masalah usus dan perut
  2. Mendapatkan waktu tidur yang ideal
  3. Memastikan tekanan darah lebih stabil
  4. Menguatkan tulang, sendi dan otot

Produk air alkali yang boleh dipertimbangkan

Berita baik buat anda, kini sudah terdapat banyak produk air alkali yang anda boleh pertimbangkan untuk gunakan di rumah sebagai sumber mandian, minuman atau tujuan lain.

Produk Panasonic Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS 700 boleh dijadikan sumber untuk air mandian, minuman, masakan, cucian serta kegunaan am dalam kehidupan seharian.

Menariknya, anda boleh menentukan tahap pH air itu sendiri yang dikelaskan kepada kategori berikut:

  • Alkaline 1 – nilai pH 8.5 (sesuai dijadikan minuman)
  • Alkaline 2 – nilai pH 9.0 (sesuai untuk minuman & masakan)
  • Alkaline 3 – nilai pH 9.5 (sesuai untuk minuman & masakan)
  • Alkaline 4 – nilai pH 10.0 (sesuai untuk menyingkirkan astrigen dan kotoran pada makanan)

Memiliki kemampuan unik untuk meneutralkan kandungan asid di dalam penapis, ia sudah tentu wajar dipertimbangkan sebagai sumber air utama bagi anda dan seisi keluarga di rumah.

Konklusinya, produk ini mampu memberi kesan kepada kesihatan kulit dan keseluruhan tubuh badan anda. 

Siapa tahu jika ia boleh meningkatkan lagi kualiti kehidupan kita semua?

Dapatkan produk penapis air alkali anda di sini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tinea versicolor, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tinea-versicolor/diagnosis-treatment/drc-20378390, Diakses Okt 2 2024.

Which Vitamins Are Best for Your Skin?, https://www.twssc.org/blog/which-vitamins-are-best-for-your-skin, Diakses Okt 2 2024.

Garlic in dermatology, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4211483/, Diakses Okt 2 2024.

ALOE VERA: A SHORT REVIEW, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2763764/, Diakses Okt 2 2024.

Ginger Benefits, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/ginger-benefits, Diakses Okt 2 2024.

Tinea Versicolor, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17719-tinea-versicolor

Taking the Plunge: 5 Reasons Baths Are Good for You, https://health.clevelandclinic.org/reasons-to-take-a-bath, Diakses Okt 2 2024.

Effect of electrolyzed high-pH alkaline water on blood viscosity in healthy adults, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27932937/, Diakses Okt 2 2024.

Ask the Doctors – Is water with a high pH safe to drink?, https://www.uclahealth.org/news/article/ask-the-doctors-is-water-with-a-high-ph-safe-to-drink, Diakses Okt 2 2024.

Versi Terbaru

19/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini 5 Cara Pantas Rawatan Tradisional Dan Moden!

Jeragat Punca Tiada Keyakinan Diri? Cari Krim Yang Ada 8 Bahan Ini, Boleh Hilangkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan