backup og meta

Cukur Atas Cukur Bawah, Tapi Tahu Tak Cara Mencukur Yang Betul? Kalau Gatal Mesti Salah!

Cukur Atas Cukur Bawah, Tapi Tahu Tak Cara Mencukur Yang Betul? Kalau Gatal Mesti Salah!

Mencukur merupakan pilihan kebanyakan individu untuk menghilangkan bulu badan. Namun adakah anda tahu cara bercukur dengan betul?

Bulu badan

Bulu badan boleh tumbuh pada mana-mana bahagian, antaranya ketiak dan bahagian kemaluan.

Pertumbuhan bulu badan adalah dipengaruhi oleh faktor hormon dan genetik serta penggunaan produk tertentu. Antara hormon yang terlibat adalah hormon androgen.

Hormon androgen merupakan hormon dominan pada lelaki. Walau bagaimanapun wanita juga akan memiliki hormon ini walaupun dalam jumlah yang kecil.

Keadaan inilah yang mempengaruhi pertumbuhan bulu badan.

Umumnya fungsi rambut atau bulu pada badan adalah untuk mengekalkan suhu dan kelembapan kulit. Namun adakalanya individu akan memilih untuk mencukur bagi memberikan keselesaan dan kebersihan diri

Cara cukur salah punca gatal?

Namun, selepas bercukur bulu badan akan wujud pula masalah seperti kegatalan atau razor burn. Apakah itu razor burn?

Ia adalah masalah seperti ruam merah yang cenderung berkembang menjadi kegatalan dan keradangan.

Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa seperti terbakar dan kulit akan menjadi lebih sensitif terhadap sentuhan.

Situasi ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan yang dicukur. Sama ada muka, kaki, ketiak mahupun pada bahagian kemaluan.

Ia bukanlah 1 keadaan yang perlu dibimbangkan kerana dari masa ke masa, rasa gatal itu akan surut. 

Punca kegatalan selepas cukur bulu badan

Terdapat beberapa sebab yang boleh menjadi punca kenapa anda mengalami kegatalan selepas mencukur bulu badan. Berikut adalah beberapa kesilapan yang sering dilakukan:

  • Mencukur tanpa pelincir seperti krim pencukur
  • Cara mencukur salah iaitu ke arah bulu tumbuh
  • Menggunakan pisau cukur yang sudah lama
  • Pisau cukur yang digunakan tersumbat dengan rambut, sabun atau krim pencukur
  • Mencukur secara berulang kali
  • Melakukan proses pencukuran secara tergesa-gesa

Anda harus sedar, pisau cukur yang digunakan untuk mencukur bulu badan harus digantikan selepas 1 tempoh waktu tertentu.

Walaupun anda mungkin melakukan cara mencukur yang betul tetapi pisau cukur yang digunakan sudah berkarat, anda masih berisiko untuk mengalami kegatalan.

Cara bercukur dengan betul

Hakikatnya untuk mengelakkan sebarang masalah ketika bercukur, anda juga perlu mengetahui cara bercukur dengan betul. Ini sudah tentu dapat menghindari kecederaan atau kegatalan. 

Ada beberapa langkah yang boleh anda cuba bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini selepas melakukan cara bercukur dengan betul, antaranya:

  1. Cara bercukur dengan betul – Pemilihan alat pencukur

Terdapat 2 jenis pencukur yang boleh anda pilih, sama ada pencukur manual yang standard atau elektrik. Bagi pencukur standard, boleh dibahagikan kepada 2 iaitu pencukur pakai buang yang boleh digunakan 5 hingga 7 kali atau shaver untuk digunakan berulang kali.

Manakala pencukur elektrik pula adalah pilihan yang menjimatkan kerana boleh digunakan berulang kali dan lebih memberikan keselesaan. Cuma hasilnya mungkin tidak begitu memuaskan seperti pencukur standard. 

cara bercukur dengan betul

Penggunaan pencukur standard boleh mencukur bulu badan dengan lebih bersih sehingga ke pangkal bulu badan. Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati, okay?

  1. Bersihkan kulit

Perkara paling asas sebelum bercukur bulu adalah anda perlu membersihkan kulit terlebih dahulu. Basuh pencukur dengan air dan sabun. Sebaiknya gunakan air panas suam untuk menjadikan kulit lebih tenang dan liang pori akan terbuka, sekali gus menjadikan proses bercukur lebih lancar.

Kulit pada bahagian wajah dan bahagian kemaluan adalah lebih sensitif, jadi gunakan sabun yang khusus untuk bahagian tersebut. 

  1. Cara bercukur dengan betul – Gel atau krim

Untuk mendapatkan hasil cukuran yang lebih baik, anda disarankan untuk menggunakan krim atau gel. Ia dapat membantu membentuk lapisan pelincir antara kulit dan pencukur serta memudahkan pergerakan ketika mencukur.

Penggunaan krim dan gel juga dapat menandakan bahagian kulit yang sudah dicukur dan mengelakkan pencukuran berulang yang cenderung menyebabkan keradangan dan kerengsaan kulit.

  1. Arah cukuran

Untuk bercukur bulu badan pada mana-mana bahagian sekali pun, perkara penting dalam cara mencukur adalah untuk mengetahui arah cukuran yang betul. Anda perlu bercukur mengikut arah tumbuhnya rambut dan bukan arah berlawanan.

Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya razor burn. Elakkan daripada memberikan tekanan berlebihan semasa bercukur. Tarik alat pencukur anda secara perlahan-lahan dan elakkan daripada tergesa-gesa.

cara bercukur dengan betul

  1. Cara bercukur dengan betul: Proses membersih

Selepas selesai bercukur, jangan lupa untuk membersihkan alat pencukur. Membiarkan tanpa mencuci boleh menyebabkan pencukur menjadi tersumbat dan berkarat. Sudah tentu anda perlu membersihkan bahagian badan yang telah dicukur dengan air yang bersih. 

Jika perlu anda boleh menggunakan krim atau sebarang losyen seperti aftershave cream untuk melembutkan dan melindungi kulit anda.

Penjagaan kebersihan

Mencukur merupakan salah 1 cara penjagaan kebersihan. Tetapi elakkan daripada bercukur secara berlebihan atau berulang kali kerana ia akan meningkatkan risiko mengalami luka atau kerengsaan kulit. Berhati-hati, okay?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Shave query. https://kidshealth.org/en/teens/shave-query.html/ Accessed on Feb 19, 2020
  2. Removing pubic hair. https://youngwomenshealth.org/2013/08/22/removing-pubic-hair/ Accessed on Feb 19, 2020
  3. Want a smooth safe shave every time try these 10 tips. https://health.clevelandclinic.org/want-a-smooth-safe-shave-every-time-try-these-10-tips/ Accessed on Feb 19, 2020
  4. How to shave. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/hair/how-to-shave/ Accessed on Feb 19, 2020
  5. How to shave. https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/how-to-shave-pubic-hair. Accessed on Feb 19, 2020

 

 

Versi Terbaru

09/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Malu Ketiak Bau Tengik? Ini 5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan

Pitam Tengok Lelaki Banyak Bulu Ketiak, Ini Sebab Mengapa Anda Kena Kerap Mencukur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan