Ditulis oleh Morteza Tafakory · Fisioterapi · Hello Health Group
Setiap orang pasti tertanya-tanya, “Mengapa luka rasa gatal jika hampir hendak sembuh?” Pakar perubatan juga tidak tahu mengapa, tetapi terdapat pelbagai teori mengenainya.
Jika anda ingin tahu mengapa luka anda akan rasa gatal semasa hendak sembuh, anda perlu memahami proses penyembuhan dahulu. Kulit anda adalah barisan pertama pertahanan terhadap perkara yang boleh merosakkan anda. Sama seperti satu sistem keselamatan, apabila perimeter ditembusi, penggera akan memberi amaran. Ini akan memberitahu tubuh anda untuk bertindak, dan mula memulih.
Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa kuping memberi rasa gatal. Terdapat histamin dalam kuping yang merengsa kulit di sekeliling luka. Sesetengah doktor menganggap ini sebagai cara tubuh untuk membuang kuping yang mana tidak lagi diperlukan. Apabila ia gatal, anda akan menggarunya dan ia akan tertanggal. Terdapat kecacatan dalam teori ini, kerana ada kalanya anda akan rasa gatal kuping sebelum luka sembuh lagi.
Teori kedua ada kaitannya dengan saraf dalam kulit anda yang terpotong semasa kulit dipotong. Apabila luka sedang sembuh, kulit baru adalah amat nipis, jadi saraf akan jadi lebih sensitif. Semakin ia menyembuh, isyaratnya mungkin terkesan dan otak mendapat jenis isyarat yang salah. Otak mungkin mentafsirkan rasa gatal dan mahu tubuh bertindak balas dengan cara menggarunya.
Teori lain pula adalah semakin pulih luka, kuping akan menarik kulit baru, dan menyebabkan kawasan di sekeliling kuping rasa gatal.
Akhir sekali, kekeringan boleh menjadi sebab kepada kegatalan. Apabila luka berlaku, kulit, saraf, dan kelenjar minyak terjejas, dan tanpa minyak, kulit akan menjadi kering.
Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan gatal kuping kudis:
Bagi menyembuhkan luka anda, beberapa pertolongan cemas adalah diperlukan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen