Sila Tengok Kuku Anda – Ini 9 Tanda Masalah Kesihatan Perlu Dikenal Pasti!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin berasakan kuku tidak mendatangkan sebarang fungsi. Tetapi tahukah yang anda boleh mengetahui tanda penyakit melalui kuku? Ada 9 masalah kesihatan yang boleh dikesan berdasarkan keadaan kuku anda!

Tanda penyakit melalui kuku

Tahukah anda, bahawa kuku anda boleh mendedahkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan? Warna putih, warna merah muda, benjolan di kuku adalah mungkin tanda penyakit dalam tubuh  yang berkaitan dengan masalah di hati, paru-paru, dan jantung.

1. Kuku pucat

Masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku seperti:

  • Anemia
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Penyakit hati
  • Malnutrisi

2. Kuku putih

tanda penyakit melalui kuku

Jika kebanyakan kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis. Seperti yang ditunjukkan dalam imej di atas, terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

3. Tanda penyakit melalui kuku: Kuku kebiruan

Turut dikenali sebagai kuku bluish, ia bermakna tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ini boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku kebiruan ini.

4. Kuku kuning

Faktor penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat. Apabila jangkitan semakin teruk, ia berpotensi menyebabkan plat kuku terpisah daripada bahagian dasar kuku, dan kuku menjadi tebal dan rosak.

Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

5. Kuku pecah atau terpisah

masalah kesihatan

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh mempunyai hubung kait dengan penyakit tiroid. Kuku yang pecah dan terpisah disertai warna kekuningan mungkin lebih disebabkan jangkitan kulat.

6. Tanda penyakit melalui kuku: Bengkak sekitar kuku

Jika kulit disekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ia dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

Jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian sekitar kuku kelihatan kemerahan dan mengalami kerengsaan.

7. Kuku ripple

masalah kesihatan

Seandainya pada permukaan kuku, anda merasakan ia tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

Warna kuku yang tidak sekata juga adalah perkara biasa; ini kerana kulit di bawah kuku anda mungkin berwarna coklat kemerah-merahan.

8. Garis gelap di bawah kuku

9-keadaan-kuku-dan-tahap-kesihatan

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Ia mungkin disebabkan melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

9.  Tanda penyakit melalui kuku: Kuku gnawed

tanda penyakit melalui kuku

Tabiat menggigit kuku mungkin dianggap satu tabiat yang biasa dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, ia merupakan simptom kebimbangan yang berterusan yang mungkin memerlukan rawatan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.

Jangan ambil mudah

Dalam kebanyakan kes berkaitan masalah kesihatan, perubahan pada kuku tidak mendatang bahaya. Ini kerana bukan semua individu yang memiliki kuku berwarna putih mempunyai hepatitis.

Namun, sekiranya timbul kebimbangan melihat perubahan pada kuku anda, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Muka Saja Cantik, Tapi Kuku Hitam, Kotor! Ini Tip Kuku Cantik Berkilat & Sihat

Siapa yang tidak mahu kuku yang sihat, cantik berkilat bukan? Ini cara serta tips menarik yang boleh diguna pakai bagi mendapatkan kuku sihat dan berseri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 11/12/2020 . 3 minit bacaan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Hati-hati! Bukan Semua Tahi Lalat Itu Penyeri Wajah, Boleh Jadi Petanda Kanser

Berseri wajah jika ada tahi lalat di bawah bibir macam penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza tu, kan? Tapi hati-hati, ia mungkin petanda barah kulit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser Kulit, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Pernah tak ditegur sebab makan sambil minum air, kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mi segera

Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
ultrasound transvaginal

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan
sakit apendiks

Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/12/2020 . 3 minit bacaan