backup og meta

6 Tip Untuk Kekal Kuat Berpuasa Walaupun Alami Kondisi Tekanan Darah Rendah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/02/2021

    6 Tip Untuk Kekal Kuat Berpuasa Walaupun Alami Kondisi Tekanan Darah Rendah!

    Tekanan darah rendah atau hipotensi menjadi salah satu masalah kesihatan paling sering berlaku sepanjang berpuasa.

    Ini kerana badan anda sedang menyesuaikan diri dengan pola makan yang baru, yang hanya makan sewaktu sahur dan berbuka puasa saja.

    Akibatnya, tekanan darah mudah turun dan membuat tubuh terasa penat seharian.

    Lantas, adakah cara untuk mengatasi tekanan darah rendah semasa puasa? Semak ulasan lengkapnya berikut ini!

    Berikut adalah cara untuk mengatasi tekanan darah rendah di bulan puasa, antaranya:

    #1. Periksa kesihatan sebelum puasa

    tekanan darah rendah

    Menjelang bulan Ramadan, lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memantau keadaan kesihatan anda, termasuklah masalah darah rendah yang anda alami.

    Pastikan anda disahkan selamat untuk berpuasa walaupun mempunyai tekanan darah rendah.

    Dapatkan saranan doktor apabila anda mengambil ubat-ubatan tertentu dan tanyakan apakah ubat tersebut masih boleh diambil atau harus dihentikan sewaktu berpuasa.

    Oleh itu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang memiliki kesan samping menurunkan tekanan darah.

    #2. Sahur dan berbuka puasa tepat pada waktunya

    Semasa berpuasa, tubuh anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian.

    Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai tekanan darah rendah, anda tentu memerlukan tenaga lebih supaya tubuh tidak cepat penat.

    Oleh itu, usahakan untuk tidak melewatkan waktu sahur dan berbuka puasa.

    Namun ingat, jangan sampai makan berlebihan sewaktu berbuka.

    Haitham Ahmed, MD, seorang kardiologis, mengungkap kepada Cleveland Clinic bahawa makan terlalu banyak dalam masa yang singkat setelah berbuka puasa boleh mengejutkan sistem pencernaan anda.

    Sebagai gantinya, mulakan berbuka puasa dengan makanan-makanan ringan, seperti kurma atau buah kering lainnya.

    Setelah itu, barulah anda boleh makan hidangan utama secara perlahan.

    tekanan darah rendah

    #3. Awasi menu makanan sewaktu sahur dan iftar

    Pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat dan biji-bijian, seperti beras, roti gandum, bijirin, dan pasta.

    Ini disebabkan makanan tersebut akan diserap lebih lama oleh sistem pencernaan sehingga membantu meningkatkan tekanan darah anda.

    Selain itu, tambah kacang-kacang ke dalam menu sahur dan berbuka puasa anda, seperti peas, kacang merah, dan kacang hijau.

    Ini kerana kacang dapat membantu menaikkan tekanan darah anda sewaktu berpuasa, begitu juga dengan sayuran dan buah-buahan.

    Ketika mereka dengan tekanan darah tinggi dianjurkan untuk mengehadkan pengambilan garam pada makanan, anda pula dianjurkan untuk melakukan sebaliknya.

    Anda disarankan untuk menambahkan lebih banyak garam pada makanan untuk menormalkan tekanan darah.

    Jika anda tidak terlalu menyukai makanan masin, cuba tambahkan kicap masin pada makanan anda.

    #4. Perbanyakkan minum air putih

    Sepanjang waktu puasa, anda tentu tidak boleh minum air putih sebebas hari-hari biasa.

    Apabila kadar air dan garam dalam badan berkurangan, ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah dan dehidrasi.

    Untuk mengatasinya, pastikan anda memenuhi keperluan cecair dalam badan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

    Banyaknya cecair dalam tubuh boleh membantu meningkatkan jumlah darah dalam arteri dan mencegah tekanan darah rendah di bulan puasa.

    #5. Teruskan rutin bersenam di bulan puasa

    tekanan darah rendah

    Bersenam secara teratur adalah cara terbaik untuk mengendalikan tekanan darah rendah di bulan puasa.

    Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal boleh menurunkan kadar hormon dalam darah.

    Kesannya, aliran darah dalam tubuh menjadi lebih lancar dan meningkat.

    Anda tidak perlu melakukan senaman berat agar tekanan darah cepat meningkat.

    Pilihlah senaman ringan selama puasa seperti berjalan santai atau berjogging di pagi atau petang hari.

    Yang terpenting adalah usahakan untuk rutin bersenam sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu selama 15-20 minit agar tekanan darah lebih stabil.

    6. Istirahat dengan mencukupi

    Ahli pakar mengungkapkan bahawa mereka yang mempunyai pola tidur yang buruk cenderung mengalami tekanan darah rendah.

    Contohnya kurang tidur, selalu mimpi buruk, berdengkur, atau sering terbangun di malam hari.

    Oleh itu, pastikan anda mempunyai waktu istirahat yang cukup untuk mencegah darah rendah ketika puasa.

    Selain itu, elakkan pergerak tiba-tiba, seperti terlalu cepat berdiri setelah duduk atau bangun tidur.

    Kebiasaan buruk ini akan membuat tekanan darah turun secara mendadak dan tiba-tiba.

    Kesannya, anda terus merasa pening, bahkan mudah pengsan.

    Tekanan darah rendah jenis ini disebut sebagai hipotensi postural atau hipotensi ortostatik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan