Perkara yang Tidak Patut Dilakukan Semasa Perut Kosong

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/05/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Lewat petang hampir waktu berbuka semua orang sudah bersedia dengan makanan masing-masing. Malah tidak sabar untuk terus menikmati hidangan. Namun, segera berbuka tidak semestinya anda perlu menghabiskan makanan secara terburu-buru dan bagi yang menghidap penyakit tertentu anda perlu menitikberatkan pengambilan makanan semasa berbuka. Berikut beberapa perkara yang tidak patut anda lakukan ketika perut kosong terutamanya semasa puasa.

Pengambilan ubat-ubatan

Sesetengah ubat perlu diambil ketika perut kosong, tetapi sesetengahnya tidak. Dan anda perlu mengelakkan daripada melakukannya kerana ia berpotensi mengakibatkan pendarahan gastrik, dan juga akan mengurangkan keberkesanan ubat. Perkara terbaik yang perlu dilakukan semasa mengambil ubat pada waktu pagi adalah untuk mencuci dengan banyak air. Jadi pada bulan Ramadan anda perlu berbincang dengan doktor waktu dan dos yang bersesuan supaya tidak menjejaskan puasa anda. Kebiasaannya anda dinasihatkan mengambil ubat-ubatan selepas berbuka atau sebelum tidur.

Bersenam

Ramai orang mendapati bahawa bersenam semasa berpuasa adalah lebih baik untuk menghilangkan lemak. Tetapi pada hakikatnya, dengan hanya sedikit bahan bakar dalam diri anda dapat menghasilkan output tenaga yang jauh lebih tinggi. Tetapi ketika berpuasa anda dinasihatkan untuk melakukan beberapa bentuk senaman aerobik seperti jogging daripada melakukan senaman yang memerlukan tenaga yang banyak.

Minum kopi

Berbuka puasa dengan kopi adalah sangat tidak digalakkan kerana ia membuatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada perut kosong dan seterusnya menyakitkan mukosa perut. Tetapi sekiranya anda seorang penagih kopi yang ingin menikmatinya, sebaiknya anda meminumnya selepas 2 jam kerana badan akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu. Walau bagaimana pun, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan anda dehidrasi selama seharian berpuasa.

Minum jus citrus

Jus buah-buahan citrus antara pilihan utama bagi kebanyakan orang yang berpuasa bagi mendapatkan kesegarannya dan sekali gus menghilangkan rasa pahit mulut. Namun, asid dan serat yang terkandung dalam buah-buahan citrus boleh merengsa perut kosong anda, yang mana sangat berbahaya bagi mereka yang mengalami gastritis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pedih Ulu Hati, Rawat Dengan BAKING SODA? Hati-hati, Ada KESAN Sampingan, Jangan Main Cuba Saja!

    Sering alami masalah asid refluks atau GERD? Pernah tak terima saranan untuk merawatnya dengan menggunakan soda bikarbonat? Ada kesan sampingan tak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

    Aduh, sakitnya dada! Adakah anda sedang diserang heartburn atau sakit jantung? Ikuti ulasan dalam artikel yang kami sediakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

    Anda mempunyai masalah gastritis? Jangan berdiam diri sahaja! Patuhi 6 pantang larang gastrik ini untuk elak ia berlaku dan perut lebih sihat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

    Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis kanser perut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    pembedahan bariatrik

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
    pedih ulu hati

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah asid refluks

    Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan