Pengambilan Alkohol Membunuh 3 Juta Orang Setiap Tahun

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Lebih 3 juta kematian berpunca daripada penggunaan alkohol pada tahun 2016 menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Angka ini bersamaan 1 daripada 20 kematian dan lebih 3/4 daripada jumlah tersebut ialah lelaki. Secara keseluruhannya, penyalahgunaan alkohol menyumbang kepada 5% beban penyakit di peringkat global.

Laporan Status Global Mengenai Alkohol dan Kesihatan 2018 oleh WHO memberikan gambaran komprehensif tentang pengambilan alkohol dan beban penyakit disebabkan olehnya di peringkat dunia. Ia turut memuatkan langkah yang dilakukan oleh pelbagai negara untuk menanganinya.

“Terlalu ramai orang, keluarga, dan masyarakat merana disebabkan kesan daripada penyalahgunaan alkohol melalui keganasan, kecederaan, masalah kesihatan mental, serta penyakit seperti kanser dan strok,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom. Beliau menambah lagi, “Sudah tiba masanya untuk mengambil langkah bagi mencegah ancaman serius ini demi pembangunan masyarakat yang sihat.”

Daripada semua kematian disebabkan oleh alkohol, 28% disebabkan oleh kecederaan seperti kemalangan jalan raya, mencederakan diri sendiri, dan orang lain; 21% disebabkan gangguan saluran pemakanan; 19% disebabkan penyakit kardiovaskular dan selebihnya ialah penyakit berjangkit, kanser, gangguan mental, dan keadaan kesihatan lain.

Meskipun terdapat sedikit peningkatan positif sejak tahun 2010 pada kadar pengambilan alkohol berlebihan dan angka kematian yang disebabkan olehnya, keseluruhan beban dan masalah yang perlu dihadapi adalah terlalu tinggi terutamanya di Eropah dan Amerika.

Di peringkat global, dianggarkan sebanyak 237 juta lelaki dan 46 juta wanita mengalami gangguan terkait dengan penyalahgunaan alkohol. Peratusan paling tinggi dilaporkan di Eropah (14.8% lelaki, 3.5% wanita) dan Amerika (11.5% lelaki, 5.1% wanita). Masalah ini lebih banyak dihadapi di negara berpendapatan tinggi.

Kadar pengambilan dijangka akan bertambah dalam 10 tahun mendatang

Pada masa ini, dianggarkan sebanyak 2.3 bilion manusia mengambil alkohol. Lebih separuh daripadanya melibatkan populasi di 3 rantau WHO – Amerika, Eropah, dan Pasifik Barat. Eropah mencatatkan angka per kapita tertinggi di dunia walaupun angka tersebut sudah menurun lebih 10% sejak 2010. Pola semasa menunjukkan angka tersebut akan meningkat dalam 10 tahun mendatang terutamanya di Asia Tenggara, Pasifik Barat, dan Amerika.

Lebih banyak negara perlu mengambil langkah wajar

“Banyak langkah yang boleh diambil oleh semua negara untuk mengurangkan kos sosial dan kesihatan yang terkait dengan penyalahgunaan alkohol. Antara langkah yang terbukti berkesan serta kos efektif ialah menaikkan cukai minuman, mengharamkan atau mengehadkan iklan dan membataskan kewujudan fizikal alkohol itu sendiri,” kata Dr Vladimir Poznyak, Penyelaras Unit Pengurusan Penyalahgunaan Bahan WHO.

Hampir semua (95%) negara mengenakan cukai ke atas minuman keras tetapi hanya kurang separuh daripadanya menggunakan strategi kawalan harga yang lain seperti mengharamkan penjualan bawah harga pasaran atau potongan harga mengikut isipadu air. Majoriti negara menyekat pengiklanan produk arak di televisyen dan radio tetapi tidak banyak yang melakukan hal yang sama di internet dan media sosial.

Langkah yang lebih kreatif dan efektif perlu diambil bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa serta memberikan masa depan yang lebih cerah dan sihat kepada generasi akan datang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Alkohol adalah minuman berbahaya yang akan membuat anda mabuk. Ia seterusnya akan mengundang bahaya terutamanya jika anda memandu di jalan raya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2020 . 3 minit bacaan

    3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

    Anda tahu apa pantang larang ibu mengandung ketika awal kehamilan? Ini apa yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama kehamilan demi kebaikan janin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Pertama 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

    Pengambilan minuman alkohol di secara berlebih sudah pasti mempunyai kesannya. Tetapi bagaimana pula harga minuman alkohol juga boleh memberi kesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kesihatan Mental Meningkat Jika Anda Berhenti Ambil Alkohol

    Menghentikan pengambilan alkohol boleh meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan wanita, terutamanya kesihatan mental golongan wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/07/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    pembersih tangan

    Mak Ayah Kena Jaga-jaga! Sudah Ada Kes Anak Termakan Hand Sanitizer, Pantau Si Kecil Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
    tiub fallopio tersumbat

    9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    7-makanan-menjejaskan-kualiti-tidur

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan