home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

5 Alternatif Pengganti Kopi

5 Alternatif Pengganti Kopi

Secawan kopi panas merupakan antara perkara pertama yang diperlukan oleh kebanyakan individu pada waktu pagi. Kafein yang terkandung dalam kopi boleh membantu melawan rasa mengantuk dan membuatkan anda lebih merasa bertenaga. Walau bagaimanapun, kafein boleh mendatangkan mudarat kepada badan jika diambil untuk tempoh yang lama dan terdapat pelbagai kaedah semula jadi lain yang boleh diaplikasikan sebagai pengganti kopi untuk menjadikan diri anda sentiasa bertenaga dan segar.

Bangun dan berjalan-jalan

Luangkan masa untuk berjalan kaki dengan cepat selama 10 minit boleh meningkatkan oksigen di otak, urat dan otot anda. Tenaga ini akan kekal di dalam tubuh anda untuk tempoh yang agak lama. Jika anda bekerja di meja dan hanya menghadap komputer atau kertas, luangkan sedikit masa untuk berdiri dan berjalan beberapa minit.

Pada waktu rehat, anda boleh berjalan ke restoran untuk makan atau membawa bekalan makanan sendiri ke tempat yang selesa untuk anda makan, seperti taman, balkoni atau tingkat atas bangunan pejabat anda. Anda tidak perlu berjalan di luar, luangkan masa berjalan di dalam dan sekitar pejabat juga boleh membuatkan anda lebih segar.

Makanan sihat

Tekanan gula dalam darah rendah boleh membuatkan anda merasa letih dan sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran atau kerja. Makanan manis boleh membantu meningkatkan tenaga anda dengan segera. Anda boleh mencuba makanan yang dapat memberikan tenaga dan baik untuk kesihatan. Antaranya:

  • Yogurt
  • Buahan segar
  • Biskut atau keropok gandum
  • Batang sederi
  • Kekacang
  • Pencicah krim keju rendah lemak

Tetapi, jangan mengambil terlalu banyak makanan manis, kerana ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

Berbual

Jika mengantuk, mulakan perbualan atau berborak dengan rakan atau teman sekerja. Pilih topik yang menarik minat anda seperti fesyen, makanan, perniagaan, politik ataupun agama. Ini boleh membuatkan anda lebih bersemangat, keseronokan dan juga tambahan ilmu serta maklumat.

Teknik pernafasan

Menarik nafas dengan dalam dapat meningkatkan tahap oksigen dalam darah. Ini membuatkan jantung anda berdenyut lebih perlahan, menurunkan tekanan darah, menggalakkan aliran darah, dan meningkatkan tenaga.

Kaedah pernafasan yang ideal adalah dengan menyedut nafas ke bahagian perut. Anda boleh melakukan senaman ini di mana sahaja tanpa mengira waktu. Untuk memulakan senaman, duduk tegak dan lurus, letakkan satu tangan pada perut. Sedut melalui hidung sehingga anda merasakan pergerakan pada perut, pastikan dada anda tidak bergerak. Kemudian hembuskan nafas keluar melalui mulut.

Dapatkan cahaya

Hidupkan lampu di dalam bilik untuk meningkatkan pencahayaan. Anda akan lebih cenderung merasa mengantuk pada persekitaran yang malap dan suram, kerana itu apabila tidur waktu malam, kita perlu mematikan lampu. Cahaya terang membantu anda melawan rasa mengantuk dan membuat anda lebih berjaga.

Cahaya dapat membantu menjadikan anda lebih segar, luangkan sedikit masa melakukan senaman, berjalan di sekitar taman atau pergi ke balkoni untuk mendapatkan udara segar.

Anda boleh meneruskan tabiat minum kopi pada waktu pagi untuk melawan rasa mengantuk. Tetapi ia boleh menyebabkan insomnia, kegelisahan, kelesuan, atau sakit perut. Untuk mengelakkan keadaan ini, cuba amalkan keadah semula jadi ini, ia selamat dan pasti berkesan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 18/12/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor