backup og meta

Kulit Gatal Gara-gara Gigitan Kutu? Ketahui Tip Menanganinya

Kulit Gatal Gara-gara Gigitan Kutu? Ketahui Tip Menanganinya

Apakah cara mengatasi kulit kepala gatal disebabkan kutu? Kutu adalah serangga kecil tanpa sayap yang bergerak dengan melompat dari satu tempat ke tempat lain. Gigitan kutu kebiasaannya berlaku pada haiwan tetapi serangga ini boleh menggigit dan menjangkiti manusia juga.

Menghapuskan kutu daripada rumah anda mungkin sangat sukar kerana ia boleh bertahan selama lebih dari 100 hari tanpa hos.

Gigitan kutu sangat biasa terjadi, dengan tanda gigitan yang muncul sebagai benjolan kecil, merah terutama di sekitar buku lali atau kaki.

Gigitan kutu sangat menggatalkan, dan kulit di sekitar setiap gigitan boleh menjadi sakit. Anda juga mungkin mengalami geligata atau mengalami ruam berhampiran tapak gigitan.

Menguruskan kegatalan yang disebabkan gigitan kutu adalah sangat penting untuk mengelakkan anda menggaru yang akhirnya boleh membawa kepada keadaan serius yang lain.

Kutu didapati membuang air besar apabila mereka mengigit untuk makan, disebabkan itu, menggaru boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kemasukan bakteria lebih dalam pada kulit, menyebabkan jangkitan.

Untuk melegakan kegatalan disebabkan gigitan kutu, terdapat pelbagai ubat-ubatan tanpa preskripsi dan rawatan di rumah yang mungkin berkesan. Sebelum mencuba sebarang tip, cuci dahulu bahagian yang digigit kutu dengan air sabun yang suam dan sapu antiseptik.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Cara mengatasi kulit kepala gatal disebabkan kutu

1. Pek ais

cara mengatasi kulit kepala gatal

Anda boleh meletakkan pek ais untuk mengurangkan bengkak dan kegatalan. Letakkan pek ais tersebut pada bahagian yang terjejas selama 10 minit diikuti dengan jarak 10 minit sebelum mengulanginya.

Lakukan ini selama satu jam. Sekiranya anda tidak mempunyai pek ais, gunakan pek sayuran beku atau bungkus ais dalam beg plastik.

2. Losyen calamine dan kortison 

cara mengatasi kulit kepala gatal

Produk melegakan kegatalan tanpa preskripsi seperti losyen calamine atau hydrocortisone boleh membantu meredakan rasa gatal.

Kedua-duanya bertindak sebagai antihistamin topikal (sapuan kulit) dan dapat membantu meredakan gatal dan mengurangkan kerengsaan akibat gigitan kutu.

Losyen calamine menggunakan ferric oxide sebagai cara mengatasi kulit kepala gatal manakala hydrocortisone adalah krim steroid ringan.

Cara mengatasi kulit kepala gatal 3: Ubat antihistamin oral

gigitan kutu

Sekiranya keadaan anda teruk, anda mungkin perlu mengambil ubat antihistamin oral (ubat makan). Diphenhydramine memberikan kelegaan cepat untuk kebanyakan masalah kegatalan tetapi sering membuat pengguna mengantuk.

Anda boleh memilih antihistamin lain yang tidak menyebabkan rasa mengantuk. Sekiranya tiada antihistamin tanpa preskripsi yang boleh membantu anda, anda mungkin perlu meminta preskripsi khusus daripada doktor anda.

Hydroxyzine, antihistamin yang hanya boleh didapati melalui preskripsi, berfungsi dengan mengurangkan histamin semula jadi dalam tubuh.

4. Gel lidah buaya

Sapukan beberapa gel lidah buaya pada bahagian gigitan. Anda boleh mematahkan daun lidah buaya dan menggosok gel pada gigitan atau menggunakan losyen, krim kulit atau gel komersial berasaskan aloe vera untuk melegakan bengkak dan kemerahan.

Baca juga:

Cara mengatasi kulit kepala gatal 5: Mandian oat

gigitan kutu

Ambil mandian oat dengan air suam. Anda boleh membuatnya dengan sendiri dengan mengisar satu cawan oat mentah, tanpa perisa ke dalam pengisar atau anda boleh membeli produk siap berasaskan oat daripada farmasi setempat.

Gunakan air suam bukan air panas kerana air panas cenderung mengeringkan kulit.

Dalam kebanyakan kes, gigitan kutu akan reda sendiri tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan jangkitan bakteria, adalah penting untuk mengelakkan diri menggaru.

Merawat gigitan akan membantu mengurangkan kegatalan dan seterusnya mengelakkan komplikasi kulit yang lain.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do fleas leave you scratching your head? https://www.newlodgevets.co.uk/do-fleas-leave-you-scratching-your-head/. Accessed on August 17, 2022.
  2. Flea Bites. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21718-flea-bites. Accessed on August 17, 2022.
  3. Flea Control and Prevention. https://entomology.ca.uky.edu/ef602. Accessed on August 17, 2022.
  4. Fleas. https://www.canada.ca/en/health-canada/services/pest-control-tips/fleas.html. Accessed on August 17, 2022.
  5. Fleas. https://www.cdc.gov/fleas/index.html. Accessed on August 17, 2022.

 

Versi Terbaru

17/08/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Kudis Buta: Memahami Jangkitan Kutu Sarcoptes Scabiei

Gatalnya Kena Gigitan Kutu Rambut! Kenali Penyakit Bawaan Kutu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 17/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan