home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lidah Buaya: Bernutrisi Sebagai Makanan dan Ubatan

Lidah Buaya: Bernutrisi Sebagai Makanan dan Ubatan

Lidah buaya adalah sejenis tumbuhan yang sangat unik. Ia dinamakan sebegitu mungkin disebabkan oleh sifat fizikalnya tirus, tajam, tebal, panjang dan bergerigi seperti lidah haiwan itu. Di sebalik nama dan bentuknya yang mungkin kelihatan ‘menakutkan’, manfaat lidah buaya cukup dikagumi dalam dunia kesihatan dan kecantikan.

Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Apa itu lidah buaya?

Lidah buaya atau aloe vera adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari antara 250 spesies aloe di seluruh dunia.

Ia adalah tumbuhan asli dan liar di wilayah timur, selatan serta utara Afrika dan Madagascar

Ia juga telah tersebar meluas sehingga ke Hindia Barat dan banyak lagi negara-negara tropika yang lain.

Tumbuhan ini telah berjaya membiak dengan banyak di kawasan lembangan Mediterranean dengan merentasi Tunisia, Morocco, Algeria serta kepulauan Madeira dan Canary.

Tumbuhan ini perlu menerima cahaya matahari secara penuh atau separa penuh untuk terus hidup.

Ia akan membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida meskipun berada dalam persekitaran yang gelap, menjadikannya sangat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik sebagai perhiasan.

Jika ditanam secara komersial, tumbuhan ini perlu dituai setiap 6 hingga 8 minggu dengan mengambil 3 hingga 4 helai daun bagi setiap pokok.

Ia mempunyai sejarah penanaman yang sangat luas dan panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di serata dunia, baik sebagai pokok hiasan ataupun sebagai tanaman herba.

Manfaat lidah buaya terhadap kesihatan dan kecantikan

Tumbuhan ini dikenali di serata dunia dengan magisnya terhadap kesihatan dan kecantikan individu.

Secara umumnya, ia boleh digunakan secara oral iaitu dijadikan sebagai makanan atau minuman seperti jus.

Selain itu, ia juga boleh digunakan secara ubatan sapuan iaitu dijadikan sebagai gel, losen atau minyak.

Pendek kata ia adalah tumbuhan semula jadi serbaguna yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk tujuan mengawet makanan segar.

Lebih menarik, gel ini adalah hambar, tidak berwarna dan tidak berbau, menjadikannya bahan pengawet semula jadi yang selamat untuk digunakan dan tidak menjejaskan persekitaran berbanding bahan pengawet tiruan yang mengandungi sulfur dioksida.

Manfaat lidah buaya sebagai makanan dan ubatan

manfaat lidah buaya

Lidah buaya merupakan sebuah ‘pokok ubat’ semula jadi yang terkenal di serata dunia.

Ia telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu ekoran khasiat serta manfaat lidah buaya terhadap kesihatan dan kecantikan individu.

Terdapat banyak kompaun bioaktif yang ada di dalam daun pokok ini termasuk vitamin, mineral, asid amino dan antioksida dan antibakteria.

Menurut Dr. Rupali Datta, tumbuhan ini adalah bahan penting untuk industri pembuatan makanan dan minuman serta farmaseutikal dan kosmetik.

Berikut adalah komponen aktif yang terdapat di dalam lidah buaya:

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin B12
  • Kalsium
  • Folat
  • Choline
  • Copper
  • Magnesium
  • Kalium
  • Natrium
  • Mangan
  • Zink

Merangkumi semua nutrisi di atas, manfaat lidah buaya terhadap kesihatan dan kecantikan individu adalah:

#1. Ia mempunyai kuasa antioksida dan antibakteria

Terdapat pelbagai kompaun antioksida yang ditemui di dalam tumbuhan ini.

Antioksida ini kebanyakannya ialah polyphenol yang membantu membuang radikal bebas yang merosakkan sel kulit badan anda.

Ia adalah bahan yang sangat penting dalam produk kecantikan kerana manfaatnya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Polyphenol ini bersama dengan bahan-bahan lain di dalam tumbuhan ini boleh membantu melawan bakteria berbahaya tertentu yang menyebabkan jangkitan.

Jika digunakan secara topikal, ia membantu merangsang proses pemulihan luka.

Jika diambil secara oral, tumbuhan ini boleh mencegah penyakit dan menyahtoksik sistem penghadaman.

#2. Manfaat lidah buaya: Mengandungi vitamin dan mineral

Tumbuhan ini adalah sangat sarat dengan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan kita.

Satu-satunya perkara yang tidak dapat dijumpai di dalam tumbuhan ini adalah Vitamin D.

Selain itu, namakan sahaja vitamin atau mineral, pasti anda dapat menjumpainya di dalam tumbuhan ini.

#3. Ia membantu melawan masalah penghadaman

Pengambilannya pada setiap hari dipercayai boleh melawan dan merawat pelbagai gangguan pencernaan termasuk pencernaan yang kurang baik, sembelit, keasidan dan gas.

Ia juga bermanfaat untuk merangsang selera makan.

#4. Ia membantu membuang toksin daripada tubuh

Penggunaannya boleh menyingkirkan toksin daripada badan.

Ambil ia secara oral pada awal pagi akan membantu anda dalam banyak cara, daripada mengubati masalah pencernaan untuk membersihkan sistem tubuh badan kita.

#5. Bantu mengimbangi masalah hormon

Tumbuhan ini sering digunakan dalam banyak tonik herba lain yang penting dalam mengubati masalah hormon, serta pankreas dan gangguan yang berkaitan dengan limpa.

Manfaat manfaat lidah buaya sebagai topeng muka

Kepelbagaian dan kepadatan nutrisi yang terdapat dalam tumbuhan ini menjadikannya sangat bermanfaat untuk dibuat sebagai topeng muka.

Ini kerana ia sangat sesuai merawat dan mengubat pelbagai masalah kulit muka dan kulit kepala.

Topeng muka yang diperbuat daripada tumbuhan ini dapat membantu menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit secara semula jadi.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ia dapat membantu merawat jerawat, ruam, gatal, iritasi, bekas luka, parut, gigitan serangga, reaksi alergi serta psoriasis.

Selain itu, manfaat lidah buaya juga dipercayai dapat mengubati kesan luka kebakaran bahkan mampu mengatasi masalah kulit akibat selaran matahari.

Dalam pada itu, jika anda mengalami masalah rambut kusut dan rambut gugur, anda boleh cuba gunakan topeng muka ini pada kulit kepala.

Kandungan enzim yang terdapat padanya mampu mengeluarkan sel kulit mati yang tertanam pada kulit kepala dan seterusnya memberi nutrisi yang secukupnya kepada akar rambut anda.

Ini akan menyebabkan rambut anda lebih kuat, lembut dan mudah diatur dan dibentuk.

Pun begitu, masih penting untuk anda faham bahawa topeng muka ini memerlukan cara dan bahan dalam pembuatannya yang betul untuk mendapatkan manfaat penuh daripadanya.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai jenis kulit yang sensitif yang menyebabkan anda perlu mengubah cara membuat topeng muka tumbuhan ini.

Konklusi

Konklusinya, lidah buaya adalah ‘pokok ubat’ semula jadi yang mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan dan kecantikan kita.

Biarpun dijadikan sebagai makanan atau ubatan, ia tetap kekal bernutrisi. Oleh itu, jangan sesekali memperkecilkan manfaat lidah buaya.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Aloe Vera: A Short Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2763764/. Accessed on July 2019.
  2. Using Aloe Vera Has Multiple Benefits. https://www.bcm.edu/news/skin-and-hair/benefits-of-using-aloe-vera. Accessed on July 2019.
  3. https://www.nccih.nih.gov/health/aloe-vera
  4. https://selecthealth.org/blog/2018/08/5-benefits-of-aloe-vera
  5. https://www.scirp.org/journal/paperinformation.aspx?paperid=39281
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 09/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x