Adakah Kapur Barus Selamat Untuk Digunakan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika kita menyebut perkataan kapur barus, antara perkara pertama yang terlintas di fikiran kita adalah pengurusan mayat. Ya, sepertimana penggunaan kemenyan, kapur barus juga sinonim dikaitkan dengan pengurusan jenazah memandangkan ia sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam proses memandikan mayat bagi orang Islam.

Bagaimana pula dengan champor? Adakah anda pernah atau biasa menemui perkataan tersebut? Mungkin anda sering menemukan tulisan champor pada senarai bahan-bahan sesuatu produk seperti ubat-ubatan.

Tetapi percayakah anda bahawa champor dan kapur barus adalah dua benda yang sama? Sekiranya anda baru mengetahuinya, teruskan pembacaan anda kerana terdapat beberapa maklumat menarik mengenai kapur barus yang mungkin anda ingin tahu.

Apakah itu kapur barus?

Kapur barus adalah sejenis bahan pepejal berwarna putih yang diperoleh daripada dua jenis pokok iaitu Cinnamomum camphora dan Dryobalanops aromatica. Ia juga bersifat mudah terbakar selain mempunyai aroma yang kuat.

Disebabkan oleh aroma yang kuat ini, ia turut digunakan dalam pelbagai produk dan tujuan seperti ubat gegat untuk menghalau serangga dan turut digunakan dalam pembuatan bunga api atau senjata api.

Champor telah menjadi salah satu bahan yang telah lama diperdagangkan sejak dahulu dan tahukah anda bahawa perkataan barus itu sendiri mendapat namanya daripada sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di Sibolga, Sumatera, Indonesia.

Pelabuhan tersebut terkenal sebagai pusat perdagangan kapur barus pada suatu ketika dahulu. 

Fungsi kapur barus dalam produk ubat-ubatan

kapur barus

Bahan ini banyak terdapat dalam produk seperti krim, losyen dan salap. Produk ubat-ubatan yang mengandungi bahan ini sering digunakan untuk beberapa fungsi kelegaan seperti berikut:

Melegakan kesakitan

Penggunaan bahan ini pada permukaan kulit membantu memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan keradangan yang dialami.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2015 telah mendapati bahawa semburan yang mengandungi kandungan bahan semula jadi seperti champor, menthol dan minyak pati cengkih dan Eucalyptus berkesan memberikan kelegaan bagi kesakitan kecil dan sederhana.

Semburan tersebut telah digunakan di bahagian sendi, bahu, dan belakang badan untuk tempoh selama 14 hari. 

Merawat kesan terbakar

kapur barus

Salap dan krim yang mempunyai kandungan champor turut digunakan untuk merawat luka kesan terbakar.

Satu kajian terhadap haiwan yang dijalankan pada tahun 2018 telah menemui bahawa salap yang mengandungi kapur barus, minyak bijan dan madu berkemampuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan untuk luka terbakar peringkat kedua dan ia lebih berkesan berbanding penggunaan Vaseline. 

Bertindak sebagai antispasmodik

Produk yang mengandungi bahan ini turut membantu memberikan kelegaan terhadap kekejangan dan kekakuan otot.

Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2014 telah menunjukkan bahawa champor mempunyai ciri antispasmodik dan pelega yang memberi kelegaan terhadap kekejangan otot yang berlaku terhadap seseorang individu.

Adakah kapur barus selamat digunakan?

kapur barus

Ya, secara umumnya ia sememangnya selamat digunakan untuk individu dewasa. Walau bagaimanapun, seperti mana bahan-bahan lain, penggunaan secara berlebihan atau salah mempunyai beberapa kesan sampingan tersendiri.

Terdapat beberapa keadaan dan kaedah tertentu untuk memastikan anda menggunakannya dengan cara yang betul dan teratur untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

  • Jangan sesekali menggunakan champor yang tidak dilarutkan terlebih dahulu atau menggunakan produk dengan kandungan bahan ini yang melebihi 11%.
  • Produk yang mengandungi bahan ini tidak sepatutnya digunakan keatas kulit yang mengalami kecederaan atau luka memandangkan tubuh badan boleh menyerapnya secara mudah dan menyebabkan ketoksikan.
  • Jangan memakan kapur barus untuk tujuan rawatan masalah dalaman kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan yang amat serius sehingga boleh menyebabkan kematian. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati anda jika ditelan.
  • Anda juga tidak disarankan untuk menggunakan produk berasaskan champor jika mempunyai masalah kesihatan berkaitan hati, asma dan epilepsi atau sawan.
  • Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan anak turut tidak digalakkan untuk menggunakan produk kapur barus kerana berpotensi menyebabkan kecacatan kelahiran.

Bagi golongan kanak-kanak terutama mereka yang berumur bawah daripada dua tahun, penggunaan produk yang mempunyai kandungan champor adalah dilarang sama sekali tanpa mengira ia digunakan secara sapuan kulit, dihidu apatah lagi ditelan.

Kanak-kanak adalah golongan yang lebih sensitif terhadap kesan sampingan penggunaan bahan ini. Pastikan anda sentiasa menjauhkan produk-produk yang mengandungi champor daripada capaian kanak-kanak.

Sekarang anda pasti sudah mengetahui fungsi dan kesan sampingan penggunaan kapur barus. Pastikan anda lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan sebarang produk yang mengandungi champor untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang berpotensi untuk terjadi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kesihatan Awam: Kurangnya Akses Terhadap Antibiotik

    Kesihatan awam di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana terus mempunyai risiko kematian akibat kekurangan akses kepada antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 12/04/2019 . 3 minit bacaan

    Bagaimanakah Cara Yang Sesuai Untuk Menyimpan Ubatan Penyakit Buah Pinggang

    Bagi mereka yang mengalami penyakit seperti penyakit buah pinggang, cara penyimpanan ubatan adalah sangat penting. Apakah kepentingannya kepada anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/01/2019 . 3 minit bacaan

    Mengapa Doktor Sering Membawa Stetoskop ke Mana-Mana?

    Apakah perkara paling simbolik bagi seorang doktor? Kalau bukan kot putih, semestinya stetoskop. Lihat sahaja doktor, mesti akan disangkut alat perubatan tersebut di leher ke mana-mana. Apakah sebenarnya fungsi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Doktor Melakukan Diagnosis?

    Antara perkara utama dalam pekerjaan seorang doktor ialah membuat di diagnosis penyakit. Tanpa mengesahkan sesuatu penyakit, rawatan yang tepat tidak akan dapat diberikan. Doktor bukan seorang ahli sihir yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makan ubat

    Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    plaster

    Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Plaster Jenama Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/12/2019 . 4 minit bacaan
    farmasi

    Biasa Nampak Individu Berkot Putih Kat Farmasi? Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tanya Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/10/2019 . 2 minit bacaan
    ahli farmasi

    Bagaimana Ahli Farmasi Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/04/2019 . 2 minit bacaan