Empat jenis senaman untuk jantung yang sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Aktiviti fizikal dan senaman merupakan salah satu komponen penting dalam pembentukan hidup yang sihat. Dengan kekal aktif, tubuh badan anda, terutama jantung akan dilindungi seterusnya memanjangkan hayat anda. Jantung yang gagal berfungsi dengan baik akan menjejaskan kualiti hidup. Berikut adalah empat (4) jenis senaman yang boleh dicuba untuk menyihatkan jantung.

Senaman kardiovaskular

Senaman kardiovaskular yang juga dikenali sebagai senaman aerobik atau senaman ketahanan adalah salah satu daripada empat (4) jenis senaman yang boleh menguatkan jantung. Senaman ini menggunakan bahagian otot yang banyak lalu meningkatkan penggunaan oksigen oleh tubuh badan berbanding sewaktu rehat. Ia akan mempercepatkan pernafasan dan degupan jantung . Justeru, membantu menguatkan otot jantung dan peparu anda.

Senaman kardiovaskular juga membantu untuk mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan tekanan darah, merendahkan paras gula dalam darah, menceriakan mood, mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik’ (HDL).  Untuk tempoh masa yang panjang, senaman ini membantu mengurangkan risiko kegagalan jantung, strok dan lain-lain masalah jantung.

Jika anda sedang pulih daripada serangan jantung, dengan mengamalkan senaman ini boleh mencegah serangan kedua daripada berlaku. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum anda memulakan sebarang senaman.

Antara contoh-contoh senaman ini ialah berenang, berjalan, menari,joging, mengayuh basikal, dan menaiki tangga. Cuba lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Senaman kekuatan

Senaman kekuatan atau nama lainnya, senaman rintangan boleh  meningkatkan kekuatan dan tona otot. Ia juga boleh membantu anda untuk mengawal paras gula dalam darah, menguatkan tulang, menambahbaik postur / posisi badan dan mengawal berat badan.

Namun, bagi sesetengah pesakit jantung mereka tidak digalakkan untuk melakukan senaman jenis ini dengan banyak.

Antara contoh senaman ini ialah, tekan tubi dan lunges. Pakar terapi fizikal atau pelatih peribadi boleh menyusun program senaman ini khas untuk anda lakukan di rumah atau di gimnasium sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

Regangan

Senaman regangan boleh membantu untuk memanjang dan meregangkan  otot. Ia juga boleh menambah fleksibiliti dan meningkatkan julat pergerakan tubuh badan. Semua perkara ini membantu anda untuk menyelesaikan tugasan harian dengan lebih baik, seperti membongkokkan belakang atau mengikat tali kasut.

Sentiasa ingat untuk memanaskan badan sebelum mula bersenam seperti jalan setempat, memusingkan lengan dan lain-lain. Ia akan membantu otot bersedia untuk sebarang aktiviti dan mengelakkan kecederaan.

Anda boleh meregangkan harmstring, quadriceps, atau otot di belakang, leher dan bahu. Regangan sepatutnya dilakukan setiap hari. Sekiranya tiada masa, lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Senaman keseimbangan

Senaman ini membantu anda untuk mengekalkan  keseimbangan, mengelakkan daripada jatuh serta menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat. Mempunyai keseimbangan badan yang baik dapat membantu melancarkan aktiviti harian seperti berjalan, menaiki tangga dan berlari.

Anda boleh melakukan senaman ini samada di gimnasium atau klinik yang menawarkan senaman seperti tai chi dan yoga. Anda juga boleh meminta khidmat nasihat daripada pakar terapi fizikal yang akan menentukan tahap keseimbangan  dan merangka program latihan yang bersesuaian.

Senaman keseimbangan tidak perlu dilakukan setiap hari, hanya perlu dilakukan mengikut  kemahuan anda, tetapi jika anda berisiko untuk jatuh, lakukan senaman ini sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu.  Maklumkan pada doktor jika anda mempunyai risiko tersebut.

Antara manfaat tambahan senaman ini ialah ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mengalaminya.

Orang yang mempunyai masalah jantung terpaksa menjalani rawatan yang kompleks. Mereka juga mempunyai keupayaan yang sangat terhad dan pelbagai isu-isu lain. Namun,  hanya dengan senaman yang mudah dapat membantu melindungi jantung dengan berkesan. Oleh itu, jangan bermalas-malas, bangun dan amalkan gaya hidup aktif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan